Wednesday, 22 February 2017

Menang RM1, 000 dengan #SayaSihat anjuran #YeosMalaysia!

Woaaahhhh !!! Banyak betul !!! RM 1, 000 kot. Boleh beli macam-macam dengan hadiah tu. Senang-senang je #YeosMalaysia nak beri pada mereka yang bertuah bersempena kempen #SayaSihat. 


Kempen #SayaSihat ini sebenarnya untuk menarik minat rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Almaklumlah, Fiqqq sendiri pun tidak jaga gaya hidup. Makan apa yang ada di depan mata, bersukan memang sangat jarang, tidur pula tidak menentu dan asyik duduk menternak lemak. Sama juga kah kita? Hahaha. 

Jadi, #YeosMalaysia mengambil satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya menjaga pengambilan makanan seharian, diet yang seimbang dan melakukan aktiviti yang sihat supaya dapat mengeluarkan peluh semasa bersukan, bersenam dan sebagainya. 

#SayaSihat bermula pada 13 Februari - 23 April 2017. Maka, jangan lepaskan peluang untuk sertai kontes yang #YeosMalaysia anjurkan. 

Cara-cara Menyertai #SayaSihat bersama #YeosMalaysia:


1. Ambil gambar yang berkonsepkan aktiviti sukan dan kesihatan. Bagi mereka yang mempamerkan produk Yeo's dalam gambar akan mendapat markah tambahan. (Fuyoooo ... Ada markah bonus... Cingggg!!! Peluang untuk menang lebih cerah).

2. Muat naik gambar tersebut ke Instagram dan letak #SayaSihat bersama #YeosMalaysia. Pastikan ejaan untuk hashtag itu betul ya. Hihihi.

3. Pastikan akaun Instagram disetkan untuk tontonan umum. Ini memudahkan lagi pihak Yeo's mencari pemenang dengan menggunakan hashtag tersebut. 

4. Rajinkan diri anda untuk tag dua orang rakan melakukan aktiviti sukan atau rakan jaga diet anda untuk melengkapkan satu penyertaan. 

Senangkan !!! Tiba-tiba Fiqqq rasa ingin cabar diri agar lebih sihat dan lebih aktif dalam melakukan aktiviti riadah atau bersukan. Selain daripada sihat, Fiqqq juga berpeluang untuk memenangi RM 1, 000. 


Ehhhh ... Sekejap ... Bukan itu sahaja ya !!! Ada lagi ni ...

Pemenang Pertama : RM 1, 000 Baucar tunai Sports Direct berserta produk Yeo's.

Pemenang Kedua : RM 800 Baucar tunai Sports Direct berserta produk Yeo's.

Pemenang Ketiga : RM 300 Baucar tunai Sports Direct berserta produk Yeo's.

10 Pemenang Mingguan : RM 150 Baucar tunai Sports Direct berserta produk Yeo's.

Apa tunggu lagi? Cergaskan diri. Banyakkan lakukan aktiviti riadah dan bersukan. Paling penting, jangan tinggal minum air minuman daripada Yeo's untuk hilangkan dahaga dan kekal bertenaga semasa melakukan aktiviti. Gambar sila kongsikan di Instagram. Untuk mengetahui berkenaan #SayaSihat dengan lebih terperinci, layari www.yeos.com.my atau hubungi mereka di talian 1300-80-2828. Sihat dapat. Hadiahpun dapat. Kan ... kan ... kan ???

Tuesday, 7 February 2017

Gunung Nuang : Ada trust issue dengan "10 minit je lagi"


Akhirnyaaaaaa ... Fiqqq berjaya juga menjejakkan kaki di puncak Gunung Nuang dengan ketinggian 4,898 ft. Dengar cerita, Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi di Negeri Selangor. Antara gunung yang sangat mencabar mental dan fizikal. Bangga sekejap untuk diri ini yang bukan kaki hiking dapat menjejakkan kaki di puncak. Tapi, sedikit azab untuk sampai ke puncak. Haaaaa ...


Kami berkumpul di Pangsun dalam pukul 2.10 pagi. Seperti biasa, perasaan teruja itu mesti ada. Lebih-lebih lagi tempat yang belum pernah Fiqqq pergi. Kita selalu dengar orang bercerita jadi Fiqqq tekad untuk pergi dan dapatkan pengalaman sendiri. Baru ada feel. Betul tak? Hahaha. Selepas semua ada. Baca doa sikit supaya selamat mendaki dan selamat pulang. Maka, kami mulakan perjalanan pada pukul 2.45 pagi.


Kami tiba di Kem Lolo pada pukul 4.51 pagi. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih. Bagi Fiqqq, laluan daripada tempat permulaan ke Kem Lolo hanya jalan biasa. Bermula dengan yang berturap dan selepas beberapa kilometer mula dengan jalan tanah merah. Cuma yang meletihkan sebab perlu naik dan turun bukit serta ambil masa yang lama. Nasib baik gelap. Jadi, tidak terasa sangat jalan jauh.

Bagi mereka yang nak bermalam, boleh pacak khemah di sini. Sejuk dan bersebelahan dengan sungai. Super eksited apabila Fiqqq bercakap dan ada keluar asap-asap. Sebab sejuk. Hahaha. Selepas rehat dalam 5 minit, kami teruskan pendakian kerana bercadang untuk berehat di Kem Pacat.


Perjalanan daripada Kem Lolo ke Kem Pacat mula sedikit sukar. Sedikit je lah tapi. Sedikit-sedikit pun, semput juga lah. Hahaha. Adakalanya Fiqqq terasa lama untuk sampai ke kem seterusnya. Maka, bermulalah ada Trust Issue dengan perkataan '10 minit je lagi ni'. Setiap kali tanya, itulah jawapan yang diberikan. Hahahaha.

Apabila dengar jawapan lagi 10 minit tu, terus rasa semangat sikit untuk gunakan kudrat yang ada sebab fikir nak rehat. Tapi, 10 minit tu selepas kali ke 10 baru betul-betul sampai. Hahahaha. Apabila fikirkan balik, bagus juga sebab apabila kita dengar lagi 10 minit, kita akan percepatkan langkah sebab nak cepat sampai. Dalam keadaan itu, sesemput nak tarik nafas, gagahkan juga untuk teruskan perjalanan. Kan ... kan ... kan ???


Tiba di Kem Pacat pada pukul 7.11 pagi. Cari tempat rata, subuh terlebih dahulu. Bentang kain, terus lelapkan mata. Tak fikir apa dah. Serius penat. Dapat rehat sekejap pun jadilah. Si Johnny pun rehat sama. Sibuk je orang nak tido, dia duduk di kaki. Nasib baik dia behave.


Sepanjang perjalanan kami daripada tempat permulaan sampai lah di Kem Pacat, mereka ikut sama. Ada lagi satu, nama dia John tapi macam garang sikit. Jadi Fiqqq tidak berapa berani untuk dekat. Comel je. Hahaha.

Ada satu pesanan khidmat masyarakat. Mereka (Johnny dan John) ini binatang tau. Waktu perjalanan Fiqqq ke Kem Lolo, mereka ikut sama. Waktu berjalan dan Fiqqq terperasan bahawa si Johnny gonggong botol kosong yang manusia buang. Dia bawa sampai satu tempat dan letakkan di tepi jalan. Guys, tolonglah jaga kebersihan bersama. Elok-elok tempat itu cantik, boleh jadi sakit mata melihatnya sebab sampah yang kalian buang merata. Simpan sampah tu dalam beg. Bawa turun tau.


Selepas berehat beberapa jam, kami teruskan perjalanan untuk ke Gunung Nuang pada pukul 9.15 pagi. Cabaran untuk mental dan fizikal pun bermula. Banyak jalan yang berbatu dan mencanak tingginya. Satu dua mungkin boleh tahan lagi tapi malangnya nasib sebab banyak halangan yang sama.


Menjadikan ianya bahaya apabila jalan itu licin. Mudah tergelincir. Mengah juga nak naik kalau bertubi-tubi halangannya. Bukan takat mengah, hilang kudrat semua ada. Senang cerita, sekali Fiqqq perah baju yang dipakai macam baju lepas dibasuh. Lencun habis. Hahahah.


Dalam pukul 10.31 pagi, kami tiba di Puncak Pengasih. Puncak sebelum sampai ke puncak Gunung Nuang. Fiqqq paling suka pemandangan di sini. Sangat cantik sebab banyak hijau, sejuk mata memandang dan lepak lama sedikit di sini. Macam taman di puncak gunung. Selepas puas rehat dan bergambar segala, kami mengorak langkah untuk ke puncak Gunung Nuang.



Sepanjang perjalanan daripada Puncak Pengasih ke Puncak Gunung Nuang keadaan sangat redup dan hijau. Batu-batu besar yang seolah tersusun. Pokok-pokok dan semualah. Ada satu situasi di mana Fiqqq dan yang lain berehat, tiba-tiba kabus lalu. Ibarat berada di alam fantasi. Hahaha. Teruja lah sebab baru pertama kali nikmati suasana seperti itu. Hahaha.

Agak lama juga kami berjalan. Turun dan mendaki semula. Seksa. Hahaha. Sampai tersasul-sasul cakap dengan geng semua. Adoiyai. Adakalanya Fiqqq rasa macam tidak mahu teruskan perjalanan sebab rasa tersangatlah penat.

Kemudian, seorang geng ni beritahu "Rugi kalau rasa nak give-up sekarang sebab dah lebih daripada separuh perjalanan." Jadi, terus jalan. Mana tahu memang betul-betul lagi 10 minit dan ...... kami sampai.


Fuhhhhhhhh. Gembira + teruja + seronok + rasa macam tidak percaya semua ada sebab beberapa kali Fiqqq rasa give-up. Lebih daripada sekali. Lebih-lebih lagi waktu daripada Kem Pacat nak ke Puncak Gunung Nuang. Apabila sampai di atas, terus ajak mereka yang ada disekeliling untuk bergambar sama. Buat tambah kenalan. Kan ... kan ... kan !!!


Memang seronok dan rasa sangat puas apabila tiba di puncak. Terima kasih kepada semua yang bagi semangat dan bersabar layan karenah Fiqqq saat hilang semangat. Lebih-lebih lagi waktu turun. Dengan hujannya, dengan mula rasa tidak larat, rasa macam nak pitam, semua ada. Terus #seriknakhiking.

Fiqqq berada di sana secara keseluruhan dalam 14 jam. Tiba di tempat permulaan pada pukul 6.35 petang. Kaki, badan dan mental semua barai. Hahaha. Apapun, pengalaman yang tidak akan Fiqqq lupakan. Rugi kalau tidak cuba. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sihat untuk ke atas. Sekali pun cukup lah kan???