Monday, 30 January 2017

Sedap ke Meatball di IKEA?!

Tiba-tiba Fiqqq mengidam pula nak makan. Maka, hidupkan enjin kereta dan menuju ke IKEA di Damansara. Fiqqq tahu ada yang baharu di Cheras. Dah pergi dan orang dia macam apa ntah. Ramai yang amat. Sempat jugalah mereput beratur nak ambil makanan. Waktu nak beli makanan kena beratur. Nak makan pun kena tunggu meja kosong. Hahaha. 

Nasib baik kali ini, orang belum nak berpusu-pusu ke IKEA. Jadi, Fiqqq boleh terus ambil troli dan ambil makanan dan bayar. Meja pun boleh dikatakan penuh tapi tidak lah rasa azab menunggu untuk makan. Hahaha.


Fiqqq ambil meatball 10 biji. Ikut nafsu makan, nak saja ambil 15 biji tapi fikir nak rasa makanan yang lain juga. Kalau tidak habis, dah membazir. Kan ... kan ... kan ? Fiqqq sedikit kagum sebab rasa meatball ini sama je macam dulu-dulu punya. Sos dia dan ditambah dengan jem apa ntah. Cuma Fiqqq kurang sikit kalau makan meatball dengan benda manis. Tak kena betul dengan tekak ni. Hahaha. 

Dalam sedang asyik melayan meatball, terperasan yang mereka bagi seketul kentang dan bukan lagi kentang lenyek. Hahaha. Kawan dapat seketul kentang yang sebiji. Fiqqq dapat seketul kentang yang separuh. Tak senonoh sungguh. Huh. Harga RM 12.00.


Mereka betul-betul berjaya mempengaruhi Fiqqq untuk datang makan bukan sekadar meatball semata. Ternampak ayam goreng ini di papan iklan tu lalu terambil dan terbayar. 1 set ada 5 ketul. Besar juga. Puas makan. Sedap pun ya juga lah. Dan ... dan ... dan ... Jangan rasa-rasa sepinggan 5 ketul tu boleh habis makan seorang ya kalau ada beli meatball sama. Anda akan kekenyangan tahap maksima. Tiga ketul je Fiqqq boleh sumbat. Selebihnya bagi member. Harga 1 set RM12.00.



Bagus susanan mereka. Setiap kali lalu, setiap kali itu Fiqqq jadi rambang mata. Masa sebelum bayar ternampak pula bahagian roti-roti dan sup cendawan. Weyhhhh, sup cendawan dia sangat pekat. Sekali hirup puas hati. Kenyang tu dah tentu. Cicah pula dengan roti bawang putih (garlic bread). Padu betul rasa dia. Dalam perut yang kekenyangan, perlahan-lahan je Fiqqq hirup nak habiskan. Terseksa jugalah sebenarnya. Tapi tidak mahu membazir. Penat cari rezeki. Hehehe. Harga untuk sup cendawan RM 4.20 dan harga Garlic Bread adalah RM 2.90.


Alhamdulillah dapat juga memenuhi keinginan tekak. Cuma satu je Fiqqq rasa macam dah tidak ada. Kek coklat Daim. Rasa nya macam pernah makan. Tapi cari-cari sudah tiada lagi. Makan kempunan sampai sekarang ni. Hahaha. Apa pun, datang tempat macam ini perlu bijak set masa. Apabila sampai waktu kemuncak, fuhhhhhhhh. Itu je Fiqqq boleh cakap. 

Thursday, 5 January 2017

Foodsbury : Seksyen 9, Shah Alam

Fuyoooo !!! Foodsbury sudah berwajah baharu. Woot woot. Tidaklah baharu sangat tapi ... Almaklumlah, kalau nak diikutkan agak lama Fiqqq tidak datang ke sini. Kali terakhir kalau tidak silap waktu zaman Foodsbury baru buka. Waktu zaman-zaman belajar di Shah Alam. Hahaha. 

Makin maju. Susun atur kedai pun makin cantik, selesa dan kemas. Kebetulan waktu sampaipun dah hujung-hujung waktu maka tidak terlalu ramai. Aman sedikit untuk makan. Hahaha. Cuma, harapan yang Fiqqq letak pula macam tinggi untuk makanan. Terutama pada kualiti. Sama tak macam mula-mula Fiqqq datang. 

Seafood Carbonara



Memandangkan Fiqqq teringin sesuatu yang cheesy atau creamy dan yang ringan-ringan maka pesan makanan ini. Apabila melihat kuantiti udang dan beberapa bahan-bahan yang lain terus 'wow'. Banyaknya hidupan laut dalam pinggan ini. Ditambah pula dengan hirisan cendawan dan juga brokoli. Berselera saja tekak ini nak telan. 

Ambil garfu, gaulkan dengan limpahan sos creamy yang banyak dalam pinggan dan makan. Fiqqq terus tak cakap dengan orang depan. Khusyuk nikmati makanan yang ada dalam pinggan. Jangan ganggu. Fiqqq sedang fokus. Tapikan, kalau udang tu ada lebih lagi sikit mesti seronok dah bagi siapa-siapa yang makan. Hahahaha. Harga RM 17.50.

Loaded Mashed with Chicken Tortilla



Tergelak sikit waktu menu ini sampai di meja. Haha. Maaf. Mungkin saiz pinggan yang besar maka makanan ini kelihatan comel je. Huhuhu. Namun, kita akan jadi berselera sebab susun atur makanan dalam pinggan sungguh menyelerakan. Pertama kali Fiqqq makan makanan yang bernama Tortilla. Ke dia sebenarnya sama je dengan Chicken Wrap dan sebagainya? Hahaha.

Dan ... apa yang Fiqqq suka untuk menu ini ialah kentang putar yang disekalikan dengan kepingan daging tu. Sangat sedap. Kalaulah mereka jual kentang putar itu sahaja, mungkin Fiqqq orang rajin beli hari-hari. Harga RM 17.50.

Chilli Cheese Fries



Kentang ni sedap makan waktu panas-panas. Waktu keju dia meleleh. Daging kisar yang masih panas berasap. Campurkan dan makan. Sedap. Tapi, Fiqqq suka tambah sos cili bagi pedas sikit. Ralat rasanya kalau makan kentang goreng tidak ada rasa pedas. Hahaha. Lagi sedap kalau dapat cecah dengan mayonis. Lupa minta masa tu. Hahaha. Walaupun dalam bekas yang kelihatan kecil, namun cukup untuk buat kita rasa kenyang. Harga RM 9.50.

Mushroom Soup



Abaikan tau warna garing itu. Hahaha. Apapun, Fiqqq suka rasa sup cendawan di sini. Banyak dan sedap. Kalau kongsi berdua pun boleh. Puas hirup. Sambil-sambil tu ambil roti garing itu dan buat cecah. Fiqqq gemar untuk cubit roti jadikan potongan kecil dan rendam seketika dalam sup cendawan. Kemudian, makan. Seronok ... Seronok ... Tapi lagi seronok kalau roti dia banyak sikit dan bakar betul-betul. Hahaha. Harga RM 10.40.

Almond Salted Caramel Crepe Cake



Kalau datang Foodsbury, wajib rasa crepe ni. Antara crepe yang Fiqqq suka. Apabila sebut pasal crepe, Fiqqq akan secara tidak langsung teringat Foodsbury. Tekstur crepe yang lembut apabila dipotong dan sedap apabila di dalam mulut. Kalau boleh tak nak makan laju-laju. Hahaha. Ditambah pula manis karamel dan rangup buah badam memang memukau pada sesiapa sahaja yang makan. Haaaa. Harga RM 13.80.

Nutella Pancake



Tidak tahu kenapa Fiqqq boleh terbayang tepi pancake tu adalah seketul kentang putar. Hahaha. Mana lah tahu kan kalau-kalau ada sedikit kelainan yang ingin diberi dalam set ni. Hihihi. Tapi semua halusinasi itu berubah seolah-olah kau adalah kanak-kanak riang yang gembira mendapat pancake paling lazat disapu dengan coklat nutella. Campur pula sesudu aiskrim dan calitkan sos beri sedikit. Selepas itu makan. Kombinasi rasa semua tu memang terbaik. Harga RM 13.40.



Banyakkan makanan yang best-best di Foodsbury. Nanti kalau datang, buat pesanan ikut selera masing-masing tau sebab ada banyak pilihan. Terima kasih juga pada cousin sebab sudi layankan Fiqqq punya perangai nak makan macam-macam. Ada juga geng tukang habiskan makanan malam tu. Hahahaha. 

Layanan di sini memang terbaik. Secara keseluruhan Fiqqq boleh bagi 3.7/5. Untuk makanan, mungkin bukan rezeki kot untuk semua menu yang Fiqqq pesan terhidang sempurna. Apa pun crepe tersebut tidak mengecewakan daripada dulu sampai lah Fiqqq rasa lagi untuk sekarang. Suka betul Fiqqq dengan crepe kat sini sampai tak boleh move on. Hahaha. Harap selepas ini, mereka jaga kualiti makanan sebelum sampai di meja pelanggan. 

Monday, 2 January 2017

Burgerbyte 'grilled with soul' : Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam

Lepas habis main futsal dalam pukul 10.30 malam terus berkeroncong perut sebab lapar. Lapar tahap 'Fiqqq kena makan sesuatu yang banyak.' Hahaha. Balik, siap-siap dan terus gerak tanpa hala tuju dan tersinggah di Burgerbyte di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Almaklumlah, sudah pukul 11.20 malam dan kedai yang buka pun tak berapa nak banyak.

Pertama kali datang kedai si Zizan Razak ni. Apabila dapat sahaja menu Fiqqq terus macam rambang mata. Weyyyyyy, banyak betul pilihan yang semua tangkap leleh. Lagi-lagi bagi orang yang suka makan burger yang di grill. Payah-payah. Hahaha. Dengan lafaz bismillah, Fiqqq pun .....

Fabulous Naked Burger - Combo 1 Naked (Beef & Chic)



Fiqqq teruja sebab waktu mereka hantar pesanan ni penuh dengan asap-asap dan sewaktu dia letak atas meja, sos lada hitam yang melimpah ruah ini masih menggelegak. Ada pula kepingan keju yang meleleh di atas daging burger beserta bawang istimewa mereka di bahagian atas. Oleh kerana sangat lapar, bismillah dan terus potong kecil lalu makan. Fuhhhhh. 

Rasa burger daging yang digrill memang sangat sedap. Dagingnya yang lembut, berjus, ditambah pula sos lada hitam, keju, dan bawang tu buat Fiqqq teruskan makan walaupun panas. Diselang dengan rasa kentang lenyek dan sayur-sayur yang digrill. Kombinasi rasa yang terbaik dan rasa sedap tu Fiqqq masih rasa hingga ke cebisan burger yang terakhir. Power. Harga RM 21.80.

Cheese Burger - Lamb




Menu ini kelihatan biasa. Ada burger. Ada kentang goreng dan sayur segar. Mungkin, boleh dapat di mana-mana kedai lain. Tapi, selepas Fiqqq makan sepotong burger kambing ini terus nikmati setiap kunyahan. Rasa daging kambing yang sedap, lembut, tambah pula ada keju dan mayonis yang mereka hasilkan sendiri menjadikan burger kambing mereka tidak sama dengan kedai lain. Terlalu awal Fiqqq meletakkan pendapat namun berubah selepas rasa sendiri. Haaaaaa. Dan harga RM 14.80.


Chili Fries




Seronok betul Fiqqq lihat limpahan keju yang menutupi kentang goreng dan daging kisar. Dalam gambar nampak macam sedikit namun apabila sampai di meja, nahhhh ambil dan makan lah kau puas-puas Fiqqq. Hahaha. Keju dia memang tidak mengecewakan. Rasa daging kisar juga akan jadi menambah sedap apabila makan kentang yang ada. Cicah pula dengan sos cili yang disediakan. Ada umppphhh. Walaupun makan kongsi dua orang tetap tidak habis. Tapikan, rugi tau kalau dah sampai lepak makan sini tak cuba. Hihihi. Harga RM 8.80

Ice Lemon Tea



Kalau ikutkan menu dan nafsu makan yang membuak-buak. Fiqqq akan pilih air istimewa di Burgerbyte. Namun, memandangkan makan sesuatu yang berminyak makan Fiqqq minum Ice Lemon Tea sahaja. Dengan harapan boleh menghakislah lemak-lemak burger di dalam perut nanti. Hahaha. Lagipun, Fiqqq lebih suka minum sesuatu yang bukan sesuatu yang ada coklat atau bersusu kalau makan makanan yang berat. Harga segelas RM 4.00.


Secara keseluruhan, Fiqqq memang suka rasa daging burger yang digrill di sini. Hargapun tidak terlalu mahal dan berpatutan dengan rasa kenikmatan setiap suapan daging burger serta menu-menu yang lain. Harap nanti kalau Fiqqq datang lagi rasa masih sama. Selepas ini Fiqqq macam nak cuba pasta mereka pula sebab nampak sangat menyelerakan dalam gambar dan beberapa menu yang lain. Hahahaha.

Apa pun nasib baik sampai di Burgerbyte sebelum pukul 12 sebab itu adalah waktu mereka mula untuk tidak lagi ambil pesanan daripada pengunjung. Terima kasih sebab tunggu kami habis makan. Almaklum, Fiqqq memang tidak boleh makan laju. Lagipun makanan sedap. Berilah peluang untuk Fiqqq nikmati rasa tu secara total. Hihihi.



Rate : 4/5
Telefon : 03-55237312 (andai kata nak buat tempahan meja lebih awal)