Friday, 14 April 2017

Mee Udon Tempura : MenGok Beef Noodle Shop

Konichiwa !!! Teringin makan sesuatu yang ala-ala Taiwanese. Tapi Konichiwa tu untuk Jepun. Hahaha. Abaikan!!! Jadi, Fiqqq singgah di kedai MenGok Beef Noodle Shop yang terletak di Subang Parade. Kalau tidak silap kedai ini boleh dikatakan baru jugalah beroperasi. Saja ikut trend nak jadi antara orang terawal yang pergi cuba. Hahaha.

Cool Mee Udon Tempura - RM 18.00



Fiqqq sangat tertarik dengan Cold Mee Udon Tempura ni sebab susun atur mee dan penggunaan bekas makanan sangat menarik. Itu baru tengok dalam menu. Apabila sampai di atas meja, rasa jadi macam pelahap pun ada. Rasa mee udon yang tidak terlalu lembut dan sedikit kenyal maka kita akan rasa puas mengunyah. Paling penting, tidak ada rasa kapur ataupun benda-benda yang boleh buat putus selera makan.

Siram sedikit dengan sos kicap istimewa yang mereka hidangkan sekali dalam menu ini. Cukup dengan rasa masin, manis dicampur pula keunikan rasa mee udon itu sendiri. Wow!!!! Hahaha. Tak berhenti Fiqqq makan. Selang pula makan dengan tempura yang rangup kriukk!!! kriukk!! gitu. 

Noodle with Beef Soup - RM 18.00



Mee dia sudah tentu sedap. Cuma menu yang ini makan dengan sup daging. Yang menjadikan sedap mee ini apabila makan dengan hirisan daging rebus. Perghhhh!!! Dengan rasa manis daging, lembut digigit serta dikunyah. Puas makan rasanya. Almaklumlah, diri ini umpama spesis herbivor. Tidak lumat daging kalau kenyal atau keras. Gigi tidak tajam. Hahaha. 

Andai kata inginkan rasa pedas, tuang sahaja ala-ala sambal tumis yang dia beri. Fiqqq ingat pedas biasa, sekali ambil dan rasa sedikit rasa tersedak juga lah. Tapi tidak terlalu pedas. Faham. Sebab orang jawa macam Fiqqq ni kalau makan perlu ada sesuatu yang pedas. Kalau tidak, susah nak telan. 

Rice with Chicken/Beef Soup - RM 18.00



Andai kata rasa tidak boleh kenyang dengan mee, mereka ada sediakan menu nasi. Menu ini makan nasi beserta kuah ayam. Dan akan ada seketul ayam goreng yang nyum!!! nyum!!! rasa dia. Hihihi. Fiqqq kalau makan dah kata ala-ala Taiwanese atau Jepun atau Korea, saja makan nasi guna chopstick. Hahaha. Baru lah boleh nikmati cara makan ala orang sana untuk ambil feel katanya. Sebenarnya kan, Fiqqq rasa menu ini macam ala-ala nasi air versi Taiwan.



Yang ini pula makan nasi dengan sup daging. Daging dia berat dan banyak. Maka terendam sedikit dalam kuah sup yang banyak. Mangkuk sup pula besar. Boleh cakap nanti mesti kenyang air/sup. Hahaha. Fiqqq makan menu ini selangkan nasi, hirisan daging dan sambal yang disediakan. Haihhhh. Macam teringat-ingat daging dia. 

Sotong Tempura - RM 3.50



Kalau lah udang tempura ini harga dia semurah RM 1.00 untuk satu pinggan, mesti Fiqqq akan buat pesanan 10 pinggan. Sangat sedappppp !!! Rangup diluar dan lembut di dalam. Ratah begitu pun sudah marvelous. Makanan kalau sedap, Fiqqq memang susah berhenti makan. Teringin nak tambah namun apabila Fiqqq melihat baki wang yang ada dalam wallet. Nangis sekejap. Hahaha. Ada rezeki boleh datang sini order banyak-banyak. 

Ohhh !!! Sebelum itu, usah khuatir kerana MenGok Beef Noodle Shop ini menyediakan makanan yang halal dan mereka ada sijil halal di premis. Alhamdulillah boleh makan dengan bahagia dan gembira sehingga menjilat chopstick. Huhuhu. 



Mereka buka setiap hari memandangkan berada dalam Subang Parade dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Jadi, boleh rancang hari, waktu dan mengikut kesesuaian semua untuk berseronok makan di sana. PM Fiqqq tau sebab nak ikut juga. Hahahaha

2 comments:

  1. Wahh nampak sedap semuanya fiq.. nnt tlg lanjer kak lya makan ya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja seketul sotong tempura je tau. Huhuhu

      Delete