Wednesday, 12 April 2017

Dapur Penyet : Murah tapi ...

Selalunya memang Fiqqq akan ambil masa yang lama dalam memilih lokasi untuk makan. Sama ada waktu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Tidak tahu apa yang susah sangat nak buat keputusan untuk makan di mana. Hahaha. 

Kebetulan jalan-jalan di Aeon Mall, Shah Alam dan banyak sangat pilihan sampai hilang idea. Ikut perut memang semualah yang Fiqqq nak telan. Ikut wallet, cari yang bajet-bajet je. Maka, singgah di Dapur Penyet ...


Pertama kali nampak dan terasa ingin cuba. Memandangkan set makan tengah hari cuma RM 10.90 sahaja. Maka, Fiqqq terus masuk dan buat pesanan. Ikutkan dalam menu, banyak juga pilihan. Ayam Penyet Biasa, Ayam Penyet Belado dan macam-macam lagi. Tidak termasuk dengan Bakso dan sebagainya. Hahaha. Waktu lapar, memang kecur air liur lihat menu. Rambang mata jadinya. 

Ayam Penyet Biasa



Ayam Penyet Belado




Dengan harga set makan tengah hari tersebut, Fiqqq dapat sepinggan nasi putih, sup kosong, air asam boi dan ayam penyet. Boleh dikatakan agak murah juga lah. Ada kedai lain yang jual secara berasingankan? Contoh, harga ayam penyet lain dan harga nasi lain dan seterusnya. 

Saranan bagi mereka yang tidak makan pedas. Jangan ambil sambal ayam penyet tersebut dalam kuantiti yang banyak ya. Agak pedas juga. Bagi Fiqqq, lebih baik pedas sebab baru sedap dan menyengat. 

Bakso Bihun



Ayam Penyet di sini boleh tahan juga sedapnya. Mungkin Fiqqq sudah terbiasa dengan rasa ayam penyet yang lebih sedap daripada yang ini. Secara keseluruhan yang Fiqqq boleh bagi untuk rasa adalah 3/5. 

Sekadar untuk hilangkan rasa lapar untuk makan tengah hari atau untuk tukar citarasa, boleh lah makan di sini. Untuk makan ayam penyet yang sedap yang betul-betul sedap, boleh pergi ke Seksyen 7, Shah Alam. Ehhh!!! Hahahaha. 

8 comments:

  1. Hehehe kira murah laaa tu ya.. boleh makan laaa kalau perut tgh lapar hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Okey lah untuk makan2 dan kenyang. :D

      Delete
  2. Replies
    1. Tapi takut tgk biji cili dia. Huhuhu

      Delete
  3. murahhhh...ok la ngan harga kan.

    ReplyDelete
  4. Pernah juga makan dekat sini and my opinion is rasa dia biasa-biasa ja.
    Sebab dah pernah makan yg lagi sedap kot hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Atleast pernah Cuba dan kita dah tahu rasa makanan dia mcm mana.

      Delete