Saturday, 4 March 2017

Roti Nan Pak Putra : Kota Laksamana, Melaka

Walaupun sehari sahaja berpeluang ke Melaka, Fiqqq tidak akan lepaskan peluang untuk singgah di Restoran Pak Putra, Kota Laksamana, Melaka kerana ingin menikmati kesedapan makanan yang disediakan di sini. Boleh dikatakan tempat makan favourite waktu belajar di Lendu beberapa tahun dahulu. Jadi, boleh lah Fiqqq lepaskan rasa kempunan. Hahaha.


Triple Cheese Naan - RM 5.00


Tiap kali datang ke sini, memang menu inilah yang Fiqqq akan pilih tanpa rasa jemu. Walhal, ada banyak jenis roti nan di sini seperti Garlic Naan Cheese, Kashmiri Naan, Butter Naan dan macam-macam lagi. Fiqqq tetap dengan pilihan nafsu iaitu Triple Naan Cheese. Hehehe.



Fiqqq suka makan roti nan di sini sebab tekstur roti nan yang lembut dan sedap apabila di makan. Lebih-lebih lagi kalau makan waktu panas. Memang tidak pandang kanan kiri sudah selepas itu. Ditambah pula dengan keju yang banyak. Nama pun Triple Cheese. Hahaha. Memang meleleh. Keju yang digunakan pula bukan keju sebarangan. Memang lain rasa dia. Cicah pula dengan kuah dal yang sedap.

Waktu mereka hantar di meja memang akan kelihatan seperti roti nan biasa. Namun, setelah Fiqqq koyakkan, akan kelihatanlah keju-keju yang cair dan meleleh itu dan apabila masukkan secubit roti nan ke dalam mulut maka rasalah sesuatu nikmat makan yang luar biasa. Hahaha


Chicken Tandoori - RM 10.00


Pergilah di mana-mana kedai yang menyediakan ayam tandoori dan Fiqqq rasa tidak dapat lawan ayam tandoori di sini. Cukup rempah ratusnya. Saiz pula boleh tahan besar. Rasa ayam tandoori ini memang sedaplah cerita dia. Tekstur ayam tidak terlalu kering. Orang cakap masih berjus lagi. Memang sangat puas hati kalau makan.


Maaflah. Kalau makan dengan Fiqqq, memang tidak boleh kongsi. Wajib beli seorang satu walaupun Fiqqq kadang-kadang rasa mungkin tidak boleh habiskan. Rugilah datang jauh-jauh makan kena kongsi. Hehehe.


Boleh buat pilihan untuk bahagian ayam yang kita nak. Bahagian yang sedap bagi Fiqqq sudah tentulah bahagian peha. Kalau ada rezeki, dapatlah. Kalau datang dah penghujung waktu kedai nak tutup, makan saja bahagian mana yang tinggal.

Ohhhhh !!! dan tiada caj tambahan untuk bahagian peha. Hahaha

Vegetable Makhani - RM 7.00




Bagi kepada mereka yang vegetarian macam Fiqqq, boleh cuba menu yang ini. Sangat sedap. Rasa kuah dia yang lemak. Sayur-sayur segar yang dimasak dengan baik dan menghasilkan satu aroma yang sayang sedap. Dan kalai Fiqqq makan, akan makan macam itu sahaja tanpa cicah pada roti nan atau lain-lain. Boleh dikatakan sehingga menjilat sudu lah. Hahaha.

Butter Chicken - RM 9.00




Pelik sedikit di sini sebab butter chicken dia warna merah. Hehehe. Rasanyakan, kuah dia lebih kurang dengan rasa Vegetable Makhani cuma yang dia tukar sayur kepada ayam. Apapun, rasa lemak kuah dan ayam yang cukup rasa ini memang terbaik. Kuah yang ini kadang-kadang Fiqqq buat cicah untuk roti nan. Powerrrr!!!



Inilah rupa meja makan Fiqqq tempoh hari. Agak penuh jugalah sebenarnya. Ada yang pertama kali cuba makan di sini dan ada yang banyak kali cuba dan tidak akan jemu. Fiqqq lah spesis manusia yang kedua itu. Makanan sedap ... Makan banyak kali pun orang kata tidak ada hal lah. Hahaha. Kepada sesiapa yang ingin ke Melaka, mohon ajak Fiqqq pleaseeeee!!!!!! Nak pergi makan lagi di sini. Hihihihi.

Dan ... dan ... dan ... Kalau tidak silap, kedai ini tutup pada hari Isnin. Kalau tidak silap lah tapi. Maka, jangan kecewakan diri anda untuk datang pada hari tersebut. Hahahaha. Kempunan terlebih nanti. Sebab pernah lalui perkara tersebut pada suatu ketika dahulu. Kalau singgah di sana, cuba tanya tutup pada hari apa je. Mana tahu, sekarang mereka buka kedai 7 hari berturut dek kerana permintaan tinggi untuk makan di kedai mereka. Kan ... kan ... kan ??!

2 comments:

  1. ya ampunnnnnnn terliur nyaaaa dah la suka huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyum nyum. Nanti ada masa boleh singgah. Huhu

      Delete