Monday, 27 March 2017

Haqqi.com.my : Online shopping terbaik !!!


Fiqqq tahu belum masuk bulan Ramadan lagi tapi masing-masing ibarat mula survey cari kain dan baju untuk hari raya. Sejujurnya, Fiqqq jarang beli baju untuk hari raya. Selalu beli dan akan terus pakai waktu puasa buat tarawih. Hahaha. Dek kerana terpengaruh dengan mereka yang cari kain, maka tergatal tangan klik-klik di Google

Termasuk pula di laman www.haqqi.com.my ni ...


Fiqqq sengaja belek-belek website Haqqi ni. Susun atur dalam web pun senang kita nak lihat satu-satu. Kemas dan sangat ringkas. Jenama yang ada dalam website ini pula boleh tahan. Apabila lihat ada jenama-jenama yang orang kata ada nama di hati pembeli, mesti barang baik. Hahaha. Maka, Fiqqq pun klik sana ... Klik sini ... Zoom sikit ... Tengok lah sendiri ... Hihihi ...






Selalunya yang membuatkan kita termelekat di skrin komputer apabila beli online ini kerana harga promosi yang ditawarkan akan berganda. Fiqqq pula bermasalah sedikit sebab mudah terpengaruh melihat harga asal yang dipalangkan dan mereka beri harga baru yang jauh lebih murah. Mana tidaknya, cuba tengok ni ....






Rambang mata jugalah mula-mula. Waktu seronok scroll dan next page, terjumpa pula Jubah Yamani (Navy Blue) by Haqqi. Klik dan besarkan supaya dapat lihat material dan desain pada jubah. Potongan jubah lebih kurang seperti jubah yang Fiqqq tempah di Menara Jam, Mekah. Harga pula jauh lebih murah berbanding harga asal. Jimat banyak ni. Kebetulan Fiqqq belum ada jubah warna Blue Navy. Apabila sudah berkenan ... Sambar satu ... Huhuhu ...



Fiqqq sangat suka apabila beli jubah yang ready made tapi kelihatan seperti custom made. Jarang dapat jubah macam ni. Selalunya Fiqqq perlu hantar Tailor untuk betulkan. Kain jubah pula tidak panas dan sangat selesa serta ringan. Ada poket di kiri dan kanan tau. Fiqqq lebih suka guna Cufflink di lengan. Nampak kemas dan ada kelas gitu ... Hahaha. 

Sebentar !!!

Pakaian wanita pun ada banyak juga tau ... Mari sini Fiqqq kongsi sedikit ...







Ini baru sikit sahaja tau Fiqqq kongsi. Ada banyak lagi yang boleh dibelek-belek. Layari sendiri di www.haqqi.com.my . Tidak perlu risau tidak ada tempat letak kereta, kesesakan lalu lintas mahupun berpanas-panas ke butik. Pilih-pilih ... Klik-klik ... Baca deskripsi pakaian dan barang betul-betul ... Dan beli ... In Shaa Allah akan dapat barang sama seperti yang kita lihat sendiri dalam laman web.

Andai kata tidak puas hati juga kerana nak pegang kain untuk rasa material dan cuba sendiri, Fiqqq kongsi maklumat berkenaan Butik Haqqi ...

Butik : Haqqi
Alamat : 67, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor (Sebaris dengan Jakel Shah Alam)
Telefon : 03-55234798

9 comments:

  1. aritu dah tengok..tpi tak berapa kenan lagi.hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tgk semua. Hahaha. Jemput shopping sini

      Delete
  2. Menarik juga koleksi jubah jubah lelaki tu hehe

    ReplyDelete
  3. Jubah yamani yang Fiqqq pakai tu best sebab pakai nampak mcm custome. Huhu

    ReplyDelete
  4. jubah tu slim fit ke .. nak cr kat husband tp badan sado sgt haha nasib baik ada butik so senang boleh test

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slim fit yg selesa. Senang bawa solat. Buat kerja2 pon senang sbb kain ringan.

      Delete
  5. tgk kat website mmg jubah yamani ni smarttt sesuai utk laki sado . Ewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg biasa pon akan nampak sado pakai jubah ni

      Delete
  6. cantik koloksi pakaian dari jenama haqqi ini...huhuhu

    ReplyDelete