Sunday, 12 March 2017

Coconut Shake Klebang : Wajib Singgah!

Kalau bab makanan. Rasanya semua macam wajib singgah. Lebih-lebih lagi yang memang tahap sedap terlebih, berkualiti dan sangat memuaskan. Jadi, waktu pergi Melaka tempoh hari, memang Fiqqq pastikan lalu dan singgah di Coconut Shake, Klebang


Waktu beratur memang perlu bawa bertenang dan banyak bersabar. Lebih-lebih lagi apabila terlihat air kelapa yang mereka tonggang dalam bekas besar dan isi kelapa yang mereka keluarkan untuk dikisar bersama ais krim vanila. Telan air liur je lah waktu tu. Hahaha. 


Fiqqq saja ganggu mereka keluarkan isi kelapa. Warna isi kelapa pula putih bersih, cantik dan sangat menyelerekan. Apabila lihat mereka korek isi kelapa tersebut, terus rasa macam nak pergi ambil sudu dan makan. Almaklumlah, sudah terbiasa buat begitu. Lagi-lagi kalau dapat minum sebiji air kelapa. Tidak akan tinggalkan secebispun isi kelapa. Hahaha. 


Kadang-kadang tu perlu tunggu sebentar di hadapan kaunter. Almaklumlah, asal buat terus habis. Asal buat terus habis. Asal buat terus habis. Banyaknya ulangan!!! Nak buat macam mana? Memang laku habis. Sementara tunggu yang baru, dapatlah lihat mereka letak air kelapa, isi kelapa dan aiskrim vanila. Semua sukatan sama je. Bagus. Sebab itu mereka dapat kekalkan rasa coconut shake tersebut. Tidak kurang dan tidak terlebih. Dari dahulu sampai sekarang. Hahaha.


Waktu zaman belajar, inilah kedai dia. Kecil dan penuh dengan manusia. Yang beratur dan yang menunggu dan ada yang nak makan di situ. Tidak boleh bayangkan. Sekarang mereka sudah asingkan untuk yang ingin duduk lepak dan makan boleh pergi di bahagian dalam. Di tepi jalan ini hanya untuk yang datang semata untuk bungkus bawa balik. Ada kemajuan. Huhuhu. Maka cepat sedikit kita dapat beli. Tapi, orang tetap ramai.

Coconut Shake Biasa : RM 2.20
Coconut Shake Special : RM 2.70

Dinasihatkan. Kalau beli, tolong jangan beli hanya satu cawan. Belilah dua cawan untuk seorang. Adakalanya Fiqqq tidak cukup dua. Maka, Fiqqq akan beli tiga cawan coconut shake. Bukan tamak atau membazir tapi Fiqqq memerlukan lebih daripada satu cawan. Hahaha.

6 comments:

  1. Nasib dah pernah rasa dah masa pergi Melaka dulu..memang sentiasa orang ramai kan Afiq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba2 mengidam lak hujung2 minggu ni. Haihhhh. Hahaha

      Delete
  2. Melaka memang terkenal dengan coconut shake dia kan! Best sangat kalau pergi Melaka mesti wajib cari coconut shake. Btw saya follow dan singgah sini ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan.

    ReplyDelete
  3. Rugi kalau x singgah minum sini. Lagi rugi dah sampai beli satu je. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. Kalau pi Melaka wajib akak cop pasport sini melantak nasi lemak berbungkus pastu dok diam2 minum coconut shake sampai kembung hahahhaha...bestt lahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haishhhh. Sebut2 teringin lak. Mana nak cari kat Selangor ni. Hahaha

      Delete