Monday, 30 January 2017

Sedap ke Meatball di IKEA?!

Tiba-tiba Fiqqq mengidam pula nak makan. Maka, hidupkan enjin kereta dan menuju ke IKEA di Damansara. Fiqqq tahu ada yang baharu di Cheras. Dah pergi dan orang dia macam apa ntah. Ramai yang amat. Sempat jugalah mereput beratur nak ambil makanan. Waktu nak beli makanan kena beratur. Nak makan pun kena tunggu meja kosong. Hahaha. 

Nasib baik kali ini, orang belum nak berpusu-pusu ke IKEA. Jadi, Fiqqq boleh terus ambil troli dan ambil makanan dan bayar. Meja pun boleh dikatakan penuh tapi tidak lah rasa azab menunggu untuk makan. Hahaha.


Fiqqq ambil meatball 10 biji. Ikut nafsu makan, nak saja ambil 15 biji tapi fikir nak rasa makanan yang lain juga. Kalau tidak habis, dah membazir. Kan ... kan ... kan ? Fiqqq sedikit kagum sebab rasa meatball ini sama je macam dulu-dulu punya. Sos dia dan ditambah dengan jem apa ntah. Cuma Fiqqq kurang sikit kalau makan meatball dengan benda manis. Tak kena betul dengan tekak ni. Hahaha. 

Dalam sedang asyik melayan meatball, terperasan yang mereka bagi seketul kentang dan bukan lagi kentang lenyek. Hahaha. Kawan dapat seketul kentang yang sebiji. Fiqqq dapat seketul kentang yang separuh. Tak senonoh sungguh. Huh. Harga RM 12.00.


Mereka betul-betul berjaya mempengaruhi Fiqqq untuk datang makan bukan sekadar meatball semata. Ternampak ayam goreng ini di papan iklan tu lalu terambil dan terbayar. 1 set ada 5 ketul. Besar juga. Puas makan. Sedap pun ya juga lah. Dan ... dan ... dan ... Jangan rasa-rasa sepinggan 5 ketul tu boleh habis makan seorang ya kalau ada beli meatball sama. Anda akan kekenyangan tahap maksima. Tiga ketul je Fiqqq boleh sumbat. Selebihnya bagi member. Harga 1 set RM12.00.



Bagus susanan mereka. Setiap kali lalu, setiap kali itu Fiqqq jadi rambang mata. Masa sebelum bayar ternampak pula bahagian roti-roti dan sup cendawan. Weyhhhh, sup cendawan dia sangat pekat. Sekali hirup puas hati. Kenyang tu dah tentu. Cicah pula dengan roti bawang putih (garlic bread). Padu betul rasa dia. Dalam perut yang kekenyangan, perlahan-lahan je Fiqqq hirup nak habiskan. Terseksa jugalah sebenarnya. Tapi tidak mahu membazir. Penat cari rezeki. Hehehe. Harga untuk sup cendawan RM 4.20 dan harga Garlic Bread adalah RM 2.90.


Alhamdulillah dapat juga memenuhi keinginan tekak. Cuma satu je Fiqqq rasa macam dah tidak ada. Kek coklat Daim. Rasa nya macam pernah makan. Tapi cari-cari sudah tiada lagi. Makan kempunan sampai sekarang ni. Hahaha. Apa pun, datang tempat macam ini perlu bijak set masa. Apabila sampai waktu kemuncak, fuhhhhhhhh. Itu je Fiqqq boleh cakap. 

4 comments:

  1. lebih suka chicken wings and mushroom soup dari pada meatball hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mushroom soup sini sedap. Makan dgn garlic bread. Woot woot

      Delete
  2. Hi, macam mana nak contact untuk advertorial/review? Ada emel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh e-mail pada Afiqhalid09@gmail.com

      Delete