Thursday, 5 January 2017

Foodsbury : Seksyen 9, Shah Alam

Fuyoooo !!! Foodsbury sudah berwajah baharu. Woot woot. Tidaklah baharu sangat tapi ... Almaklumlah, kalau nak diikutkan agak lama Fiqqq tidak datang ke sini. Kali terakhir kalau tidak silap waktu zaman Foodsbury baru buka. Waktu zaman-zaman belajar di Shah Alam. Hahaha. 

Makin maju. Susun atur kedai pun makin cantik, selesa dan kemas. Kebetulan waktu sampaipun dah hujung-hujung waktu maka tidak terlalu ramai. Aman sedikit untuk makan. Hahaha. Cuma, harapan yang Fiqqq letak pula macam tinggi untuk makanan. Terutama pada kualiti. Sama tak macam mula-mula Fiqqq datang. 

Seafood Carbonara



Memandangkan Fiqqq teringin sesuatu yang cheesy atau creamy dan yang ringan-ringan maka pesan makanan ini. Apabila melihat kuantiti udang dan beberapa bahan-bahan yang lain terus 'wow'. Banyaknya hidupan laut dalam pinggan ini. Ditambah pula dengan hirisan cendawan dan juga brokoli. Berselera saja tekak ini nak telan. 

Ambil garfu, gaulkan dengan limpahan sos creamy yang banyak dalam pinggan dan makan. Fiqqq terus tak cakap dengan orang depan. Khusyuk nikmati makanan yang ada dalam pinggan. Jangan ganggu. Fiqqq sedang fokus. Tapikan, kalau udang tu ada lebih lagi sikit mesti seronok dah bagi siapa-siapa yang makan. Hahahaha. Harga RM 17.50.

Loaded Mashed with Chicken Tortilla



Tergelak sikit waktu menu ini sampai di meja. Haha. Maaf. Mungkin saiz pinggan yang besar maka makanan ini kelihatan comel je. Huhuhu. Namun, kita akan jadi berselera sebab susun atur makanan dalam pinggan sungguh menyelerakan. Pertama kali Fiqqq makan makanan yang bernama Tortilla. Ke dia sebenarnya sama je dengan Chicken Wrap dan sebagainya? Hahaha.

Dan ... apa yang Fiqqq suka untuk menu ini ialah kentang putar yang disekalikan dengan kepingan daging tu. Sangat sedap. Kalaulah mereka jual kentang putar itu sahaja, mungkin Fiqqq orang rajin beli hari-hari. Harga RM 17.50.

Chilli Cheese Fries



Kentang ni sedap makan waktu panas-panas. Waktu keju dia meleleh. Daging kisar yang masih panas berasap. Campurkan dan makan. Sedap. Tapi, Fiqqq suka tambah sos cili bagi pedas sikit. Ralat rasanya kalau makan kentang goreng tidak ada rasa pedas. Hahaha. Lagi sedap kalau dapat cecah dengan mayonis. Lupa minta masa tu. Hahaha. Walaupun dalam bekas yang kelihatan kecil, namun cukup untuk buat kita rasa kenyang. Harga RM 9.50.

Mushroom Soup



Abaikan tau warna garing itu. Hahaha. Apapun, Fiqqq suka rasa sup cendawan di sini. Banyak dan sedap. Kalau kongsi berdua pun boleh. Puas hirup. Sambil-sambil tu ambil roti garing itu dan buat cecah. Fiqqq gemar untuk cubit roti jadikan potongan kecil dan rendam seketika dalam sup cendawan. Kemudian, makan. Seronok ... Seronok ... Tapi lagi seronok kalau roti dia banyak sikit dan bakar betul-betul. Hahaha. Harga RM 10.40.

Almond Salted Caramel Crepe Cake



Kalau datang Foodsbury, wajib rasa crepe ni. Antara crepe yang Fiqqq suka. Apabila sebut pasal crepe, Fiqqq akan secara tidak langsung teringat Foodsbury. Tekstur crepe yang lembut apabila dipotong dan sedap apabila di dalam mulut. Kalau boleh tak nak makan laju-laju. Hahaha. Ditambah pula manis karamel dan rangup buah badam memang memukau pada sesiapa sahaja yang makan. Haaaa. Harga RM 13.80.

Nutella Pancake



Tidak tahu kenapa Fiqqq boleh terbayang tepi pancake tu adalah seketul kentang putar. Hahaha. Mana lah tahu kan kalau-kalau ada sedikit kelainan yang ingin diberi dalam set ni. Hihihi. Tapi semua halusinasi itu berubah seolah-olah kau adalah kanak-kanak riang yang gembira mendapat pancake paling lazat disapu dengan coklat nutella. Campur pula sesudu aiskrim dan calitkan sos beri sedikit. Selepas itu makan. Kombinasi rasa semua tu memang terbaik. Harga RM 13.40.



Banyakkan makanan yang best-best di Foodsbury. Nanti kalau datang, buat pesanan ikut selera masing-masing tau sebab ada banyak pilihan. Terima kasih juga pada cousin sebab sudi layankan Fiqqq punya perangai nak makan macam-macam. Ada juga geng tukang habiskan makanan malam tu. Hahahaha. 

Layanan di sini memang terbaik. Secara keseluruhan Fiqqq boleh bagi 3.7/5. Untuk makanan, mungkin bukan rezeki kot untuk semua menu yang Fiqqq pesan terhidang sempurna. Apa pun crepe tersebut tidak mengecewakan daripada dulu sampai lah Fiqqq rasa lagi untuk sekarang. Suka betul Fiqqq dengan crepe kat sini sampai tak boleh move on. Hahaha. Harap selepas ini, mereka jaga kualiti makanan sebelum sampai di meja pelanggan. 

6 comments:

  1. teringin nak spagheti tu . tp nak yang pedas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spaghetti tu x pedas. Hahaha. Kalau suka yg creamy2 boleh la

      Delete
  2. Alah alah.. Sedapnya.. Perut pon dah start menyanyi ni :P

    ReplyDelete
  3. Nutella pancake tu...adoiii teringin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu. Sedapkan. Tambah lak Nutella

      Delete