Tuesday, 25 April 2017

The Gravy Factory : NU Sentral, Kuala Lumpur


Perkara pertama yang menarik perhatian Fiqqq untuk singgah di The Gravy Factory ialah dekorasi restoran. Kali pertama melangkah masuk dalam restoran sahaja sudah "Wow, menarik...." Apabila pergi di satu bahagian, bahagian terbuka, bertambah wownya. Dengan pemandangan hutan batu di sekeliling dan kita berada di aras 5, NU Sentral. Sangat memukau mata. 

Namun, bukan itu sahaja yang Fiqqq cari. Andai restoran menarik tapi makan tidak menepati citarasa pun tidak boleh jugakan? Kalau nak diikutkan selepas beberapa kali Fiqqq meneliti menu di The Gravy Factory ini. Fiqqq perasan yang mereka akan letakkan *signature dish untuk menu Hainanese. Jadi, pada mereka yang inginkan rasa keistimewaan Hainanese, boleh cuba di sini.

Hainanese Chicken Chop - RM 25.90



Kombinasi warna dalam satu pinggan betul-betul buka selera Fiqqq untuk makan. Lebih-lebih lagi waktu betul-betul tengah lapar. Almaklumlah, berhenti seketika di NU Sentral sememangnya untuk mengisi perut sementara menunggu komuter dan sebagainya. Daging ayam sangat lembut. Ditambah pula rasa kerak ayam yang rangup serta diselaputi telur. Apabila Fiqqq kunyah, ada semua rasa. Rangup, lembut dan selang makan dengan salad yang ada. Nyum nyum nyum!!!

Tidak lupa juga kuah yang disediakan. Keunikan kuah untuk chicken chop memang menarik. Rasa ala-ala masakan orang lama. Dengan potongan bawang merah secara kasar dan beberapa resipi rahsia. Wahhh ... Siap ada rahsia. Mestilah kan. Setiap kedai akan ada keunikan masing-masing. Kalau sama, memang tidak menarik lah.

Hainanese Chicken Burger - RM16.90




Memandangkan Hainanese merupakan signature mereka. Jadi, Fiqqq buat pesanan menu untuk burger juga. Dalam gambar seperti burger biasa yang boleh kita dapat di mana-mana lokasi. Namun, tanggapan Fiqqq berubah apabila menu ini sampai di meja. 

Daging burger yang mereka guna bukan daging ayam yang diproses malah mereka menggunakan daging ayam yang lebih kurang seperti daging untuk menu chicken chop. Perkara yang membezakan dua menu ini ialah daging ayam untuk burger digoreng garing. Sangat sedap apabila dimakan kerana sangat rangup dan kita dapat rasa nikmat makan burger di sini. Ditambah pula rasa sos lada hitam yang mereka letak serta sayur salad di dalamnya. Kriuk .. kriukk bunyi waktu Fiqqq makan.

Lemonade - RM 11.90



Dalam keletihan berjalan, beri air apa sahaja cukup memadai. Tapi lebih sedap dapat segelas air lemonade yang sejuk, ditambah pula dengan rasa daun pudina asli serta perahan lemon. Tersangat nikmat meneguk air tersebut. Sambil-sambil minum, Fiqqq makan sedikit daun pudina yang ada untuk rasa mint asli daripada daun. Sedap tau.


Cuma, Fiqqq rasa sedikit mahal untuk saiz cawan sebesar itu. Andai mereka boleh beri gelas yang lebih besar sedikit mesti seronok. Rasa air sedap. Puas minum dan harga pula berpatutan dengan apa yang mereka dapat. Huhuhu.


Setelah beberapa kali terpandang, baharu Fiqqq perasan yang logo kedai ini menggunakan teko ajaib yang mereka gunakan untuk letak kuah (gravy) seperti sos lada hitam, kuah untuk chicken chop dan sebagainya. 




Makanan sedap. Dapat minum air yang menyegarkan. Pemandangan dari kedai pula terbaik. Sambil makan sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan yang ada di sekitar kawasan. Boleh lah Fiqqq nampak kesibukan jalan raya dari atas. Nasib baik naik komuter untuk balik Klang. Fuhhhh. Lega. Tapi sama sahaja. Ramai juga manusia. Hahaha.

Lokasi restoran di L5.05 - NU Sentral

Rating

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5.

Sunday, 23 April 2017

Wan Izhar : Jurugambar photoshoot raya #kbba9

Terasa diri ini tersangat photogenic apabila Wan Izhar yang ambil gambar bersempena photoshoot Raya 2017 dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari di Muzium UPM. Jurugambar yang bagus dan berpengalaman akan tahu bagaimana caranya untuk jadikan sesuatu lokasi, sudut, posisi atau pencahayaan pada gambar yang diambil dan hasilnya menjadi sesuatu yang sangat menarik.



Fiqqq faham sebab Fiqqq bukan orang yang sesuai untuk berada di hadapan kamera tetapi dengan skill yang Wan Izhar ada serta kru-kru dia menjadikan Fiqqq nampak segak, menarik dan macam ada daya tarikan gitu. Fiqqq bukan puji diri sendiri tau. Sebab hasil gambar daripada Wan Izhar sangat cantik. Hahaha. Siapa tak suka apabila gambar dia nampak menarik, segak dan wowww dalam kamera kan?!!!!


Wan Izhar juga tidak kedekut memberi idea dan cara untuk bergaya sedikit kepada Fiqqq agar nampak bersahaja dan natural dalam gambar. Setiap gambar akan ada arahan daripada dia.

"Okey Fiqqq, senyum sikit dan pandang depan."

"Kali ini buat muka bersahaja ... Relaxkan mata sedikit ... Cuba pandang kanan ..."

"Cuba untuk relaxkan mata ... Jangan buat mata garang ... Okey relax ... Cun ..."

Senang cerita, dia layankan saja karenah Fiqqq yang pose sini tak kena pose lain pon macam tak menarik. Hahaha. Rasanya kalau jurugambar yang jenis asal snap cukup memadai, hasilnya pun memadai lah. Asal ada gambar. Tapi ... Kali ini tidak. Serius Fiqqq tidak sabar untuk lihat hasil kerja akhir daripada beliau. 


Kalau nak ikutkan bukan mudah untuk kendalikan kumpulan yang ramai. Namun, dia mampu untuk buat yang terbaik. Sebolehnya, dia buat yang terbaik untuk semua orang supaya dapat gambar yang menarik.

Fiqqq kongsikan kepada semua beberapa info berkenaan Wan Azhar. Andai ada yang memerlukan jurugambar untuk majlis rasmi yang besar-besaran, photoshoot untuk portfolio jadi model ke, boleh telefon dan bincang dengan dia. 


Sekarang, Fiqqq tunggu masa untuk dapat gambar. Lepas dapat, Fiqqq nak simpan untuk kongsikan di media sosial raya nanti. Hahahahaha. Apa pun, dah beli baju raya ke belum? Jom singgah haqqi.com.my . Jubah yang Fiqqq pakai tu daripada Haqqi. Smartkan??? Hahaha. 

Tidak lupa juga kepada Ben Ashaari kerana beri peluang untuk join sesi ini. Baiklah, Fiqqq nak kongsi beberapa gambar semasa di lokasi. Jemputlah tengok ya. Huhuhu :D





Saturday, 22 April 2017

Burger sedap di NU Sentral : BUILT Custom Burger


Seronok betul apabila kita boleh beli burger ikut citarasa masing-masing. Hanya di BUILT Custom Burger yang Fiqqq boleh minta macam-macam. Cuma perlu ikut senarai yang telah diberikan lah. Kalau minta lebih, memang minta senduk, kuali dan sebagainya daripada orang kitchen. Hahahaha.


Ada beberapa langkah yang perlu kita buat semasa membuat pesanan burger di kaunter. Bukan apa, nama pun Custom Burger. Jadi, kita boleh pilih ikut apa yang kita nak.

Langkah 1

Pilih jenis daging burger yang kita nak makan. Ikut selera masing-masing. Ada daging lembu dan ada daging kambing. Daging ayam pun ada. Agak-agak sejenis herbivor, boleh pilih Vegan Veggie. Fiqqq akan pilih daging kambing. Barulah kaw sikit rasa burger dia. 

Langkah 2

Pilih jenis keju. Ada American Cheese, Cheddar Cheese, Swiss Cheese, Gouda Cheese dan Mocarella Cheese. Bagi Fiqqq, rasa burger akan kurang menyengat tanpa keju yang meleleh di atas lapisan daging burger. Setiap jenis keju yang ada akan beri rasa yang lain pada burger. Masa inilah nak rasa pelbagai jenis keju dan makan dengan burger. Sekurang-kurangnya bukan keju sekeping yang selalu kita makan. 

Langkah 3

Agak-agak nak makan style macam mana? Nak makan dengan roti atau nak makan dalam mangkuk. Roti pun ada pelbagai jenis. Brioche, whole wheat, organic greens dan lettuce blend. Fiqqq pilih whole wheat ala-ala makan burger bersama roti sihat gitu.

Langkah 4

Pilihan langkah 4 ini lebih kepada makanan sampingan yang kita boleh makan dengan burger. Fiqqq pilih sweet sriracha. Selebihnya seperti shoestring, sweet potato, garlic fries dan tater tots. Makanan yang akan buat kita kenyang selepas makan burger.

Langkah 5

Pilihlah jenis-jenis sayur dan segala bahan-bahan yang kita nak letak dalam burger. Bawang, tomato, lobak merah, hirisan nanas, bawang yang digril dan sebagainya tanpa limit. Letak semua pun boleh andai kita suka semua jenis topping

Langkah 6

Terakhir sekali, perlu buat pilihan sos yang ada. Mustard, sweet sriracha, mayo, ketchup, bbq sauce, thausand island dan bermacam-macam lagi. Ini kalau jenis yang pandai pilih sos, burger dia memang akan jadi super sedap. 

Ehhhhh ... Banyak pula langkah-langkah yang perlu kita buat sebelum makan. Hahahaha. Apa pun, mereka di BUILT memang pantas dalam menyediakan makanan kita dengan mengikut citarasa kita. Akan enjoy pilih-pilih apa yang kita suka. Nak itu, nak ini, burger tu masak macam ini ya, letak sos tu lebih sikit dan macam-macam lagi. 


Cara masak daging burger tersebut pun kita boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Sama ada nak masak betul atau ala-ala berjus. Bahasa orang kampung sikit ialah medium well. Fiqqq suka makan daging burger yang medium well. Disaat kita gigit daging burger tersebut akan lembut, berjus dan sedappp je rasanya. Nikmat!!!



Memang puas makan di BUILT Custom Burger. Daging burger dia agak besar dan roti dia sangat mengenyangkan. Letak pula sayur-sayur yang menghijau itu. Jenuh juga nak habiskan. Kalau ambil set, akan ada hidangan sampingan. Jenuh juga nak menghabiskan. Air pula boleh refill. Minumlah sepuas-puasnya pilihan air yang ada.

Suasa kedai ini sangat selesa dan luas. Lokasi di L4.10. Bersebelahan dengan Celebrity Fitness. 

Rating

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5.

Monday, 17 April 2017

Makan sedap di Shah Alam : Restoran Sri TTDI Jaya

Banyaaaaaaakkkkkk ... betul lauk di Restoran Sri TTDI Jaya ni. Serius tersangat banyak pilihan dan kadang-kadang Fiqqq termenung sekejap juga lah sambil pegang pinggan yang berisi nasi. Adakalanya jenuh tawaf meja lauk. Cukup 7 kali, orang cakap boleh naik haji sudah. Boleh hafal terus jenis lauk yang terhidang serta lokasi lauk tersebut.


Restoran ni senang untuk cari kerana berada di corner lot deretan rumah kedai. Kawasan itu pula lebih kurang kawasan bengkel-bengkel kereta. Jadi, jangan panik kalau masuk di kawasan tersebut. Berkenaan tempat letak kereta pula, seperti biasalah kan. Namapun ramai orang yang serbu maka tempat letak kereta akan sentiasa penuh. Mungkin perlu berjalan sedikit.

Okey ... Okey ... Fiqqq nak maklumkan bahawa tidak boleh cerita satu persatu rasa setiap lauk yang ada sebab banyak. Memang pecah perut kalau Fiqqq rasa kesemuanya. Hihihi. Jadi, Fiqqq akan kongsi gambar-gambar lauk pauk yang ada. Bagi buka selera makan kamu semua yang membaca. Jom Fiqqq payung gambar sikit ...

Lauk Makan Tengah Hari






















Banyakkan pilihan makanan yang mereka sediakan untuk pelanggan? Ini mungkin baru 70% gambar makanan yang ada di sana. Pilihan lauk utama, sayur dan pelbagai jenis masakan dan rasa. Memang terbaik. Selain daripada lauk yang terhidang, kita boleh buat pesanan seperti bihun sup, laksa dan sebagainya.

Ulam - ulam 


Ulam merupakan antara makanan kegemaran. Lebih-lebih lagi dapat makan nasi dengan ulam raja. Kalau tidak pun pucuk tenggek burung dan sebagainya. Cicah pula dengan sambal belacan atau mungkin dengan cencalok. Wuuuu. Nyum nyum sungguh. 





Pencuci Mulut


Selepas makan, Fiqqq wajib makan lagi. Tapi makan pencuci mulut lah. Contoh, pengat pisang, bubur hitam dan sebagainya. Selepas makan pencuci mulut yang sedap ini baru Fiqqq akan rasa kenyang secara total. Hahaha. 







Dalaman Kedai


Kedai ini luas dan boleh menempatkan ramai pelanggan. Kalau datang salah timing, tunggu saja lah untuk dapat kerusi dan meja. Ada lagi satu bahagian yang boleh menempatkan dalam 20 orang di bahagian sebelah. Senang cerita, setiap ruang yang ada, mereka guna untuk pelanggan duduk dan makan.


Nasib baik kali ini Fiqqq datang sedikit awal. Kalau tidak. Waktu ambil nasi perlu beratur. Ambil lauk perlu beratur. Nak duduk makan pun kena tunggu. Seronok lepas makan semua, masih kena beratur waktu nak buat pembayaran di kaunter. Hahahaha.

Apapun, seronok apabila dapat makan di kedai makan yang sedap dan harga pula berpatutan. Kenyang, puas hati makan, dapat pula makan makanan yang kena dengan tekak kita. Fuhhhh.

Rating

Secara keseluruhan rasa makanan di sini Fiqqq bagi 4/5.