Friday, 16 December 2016

Makan Dalam Kafe: Kafe Hipster di Banting

Kalau makan malam dengan keluarga, Fiqqq akan cari lokasi yang makanannya sedap, suasana yang selesa dan seronok untuk luangkan masa bersama. Fiqqq sebenarnya sudah lama aim Kafe 'Makan Dalam Kafe' ni semenjak mereka buka lagi. Baru ni berkesempatan pergi dan menikmata boleh dikatakan semua menu Fiqqq cuba. Hahahaha.

Fiqqq malas nak borak panjang. Jadi, boleh lihat sendiri antara menu-menu yang menjadi hidangan Fiqqq sekeluarga. Woot woot !!!

Nasi Lemak Chicken Chop



Waktu sampai sahaja hidangan ini di atas meja, Fiqqq terus teruja sebab makanan penuh satu pinggan. Dengan nasi lemaknya, seketul chicken chop dalam satu pinggan, sambal nasi lemak dan sedikit sos lada hitam yang melimpah di bahagian tepi nampak sangat menyelerakan. Ambil sesudu nasi, sedikit sambal, kacang, sepotong chicken chop dan makan. Rasa kombinasi nasi lemak dengan rangup chicken chop dan sedikit rasa sambal nasi lemak memang akan buat kita tak berhenti makan selepas itu. Huhuhu. Harga RM 8.00

Beef Steak



Jenuh Fiqqq nak menghabiskan Beef Steak. Daging dia penuh, padat dalam masa yang sama lembut apabila dikunyah. Almaklumlah, Fiqqq bergigi herbivor maka tidak tajam. Jadi, tidak lah Fiqqq terseksa menikmati Beef Steak ini. Keadaan daging yang lembut dan tidak terlalu kering memang sedap kita makan. Ditambah pula sos lada hitam yang ada umppphhh!!! Makan puas-puas. Harga RM 14.00.

Lamb Chop



Lamb Chop ni antara makanan kegemaran abah. Fiqqq suka juga. Apabila rasa Lamb Chop ni terus 'Abah, kita tukar pinggan boleh?' Hahaha. Memang tidaklah abah nak bagi kan. Bagi peminat kambing, wajib cuba ni. Daging kambing yang lembut dan rasa berjus ketika kunyah. Nyam nyam. Hahaha. Harga RM 12.00.

Chicken Chop



Antara makanan kegemaran Fiqqq kalau makan di kedai yang menyediakan makanan western. Paling menyeronokkan ialah apabila melihat Chicken Chop seolah-olah menjadi kepualauan di bahagian tengah dek kerana sos lada hitam yang melimpah ruah. Dengan rasa ayam yang rangup dan pedas sos lada hitam memang menyelerekan. Kenyang dan puas makan. Harga RM 7.00.


Menu Sampingan


Ada lagi ya menu di sini. Fiqqq panggil ni menu tepi-tepi. Hahaha. Menu tepi-tepi ini Fiqqq akan pesan sebagai makanan untuk penutup sebelum kenyang. Kalau tiada menu ini ibarat makan tidak lengkap. Hehehe.

Mushroom Soup + Garlic Bread



Mushroom soup dan garlic bread ini akan sampai dulu. Ala-ala pencuci mulut. Mushroom soup ni memang pekat. Sekurang-kurangnya kita tidak hirup sup air kan? Makan pula dengan garlic bread buat celup-celup dengan sup. Roti yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras memang sedah makan dengan mushroom soup.

Drumstik Berempah



Drumstik berempah yang disirami sos lada hitam yang melimpah rauh. Hahaha. Cukup rempah, cukup rasa, cukup sosnya dan cukup kenyang kalau makan. Jangan risau sebab satu set ini ada tiga ketul peha ayam. Jangan gaduh jangan rebut. Bismillah dan sambung makan diam-diam.

Pisang Goreng Cheese - iPishang



Woot woot. Menu wajib cuba dan bagi Fiqqq wajib datang lagi dan beli yang banyak sikit. Kesedapan pisang goreng ini bukan pada penambah rasa tapi pada pisang itu sendiri. Pisang yang rangup kerana digoreng garing dan tidak berminyak. Tambah pula dengan pelbagai jenis coklat, nestum, strawberry, oreo dan lain-lain ikut cita rasa masing-masing. Sejujurnya, Fiqqq tidak cukup dengan sepinggan yang hanya ada 8 ketul. Selepas ini, kalau datang lagi Fiqqq perlu beli yang 16 ketul pisang goreng. Harga RM 8.00 (8 ketul)





Boleh datang ke sini kalau inginkan sedikit suasana kampung sambil menikmati makanan western. Hargapun murah dan berpatutan dan makanan pula banyak dalam setiap pinggan. Agak-agak kalau nak cari, boleh cari di Makan Dalam Kafe

Wednesday, 7 December 2016

AhCheng Laksa : Jimat dengan 'All Day Set' ...

"Jom makan!!!" ... Semua akan jom. Apabila tanya, nak makan mana? Semua akan ... aaaa ... hmmmm ... Fikir sekejap!!!. Hahaha. Selalu terjadikan? Fiqqq pun mengalami situasi dan perkara yang sama juga. Tapi kan, dalam runsing fikir cari kedai untuk makan tengah hari 'ter'berdiri depan kedai yang diberi nama AhCheng Laksa. Macam menarik. Macam belum pernah rasa. Macam perlu makan tengah hari di sini je. Hehehe.

Benda pertama yang kita akan lihat apabila sampai di kedai makan ialah menu dan mata akan tertumpu pada harga terlebih dahulu. Dalam ekonomi tidak berapa nak stabil ini kita perlu berjimat dan bijak berbelanja. Fiqqq rasa boleh tahan harga. Maka, Fiqqq pilih ...

All Day Set
Set B : RM 16.50

Asam Laksa



Jatuh hati dengan hirupan kuah yang pertama. Walaupun berada di Shah Alam tapi Fiqqq rasa ibarat sedang bercuti sambil menikmati makanan yang sedap. Rasa kuah asam laksa yang sedap bercampur dengan manis rasa bawang dan juga nanas ditambah rasa sedikit daun pudina memang terangkat habis. Dan tidak lupa petis udang (pertama kali makan benda ini) yang dicampur sedikit sebagai penaik rasa makan laksa. Terbaik !!!


Asam laksa ini bagi orang yang tidak makan sayur. Maka rupanya sedikit kosong. Makan lah sayur. Sedap apa. Kan ... kan ... kan ???

Keropok Lekor



Keropok lekor di sini memang best. Walaupun sampai agak awal namun makan selepas menikmati asam laksa tetap lembut walaupun digoreng garing. Senang cerita kerepok lekor dia tidak keras. Fiqqq dapat rasakan betapa sedapnya kalau sampai di meja dan terus makan panas-panas. Dapat pula cicah sos yang tidak berapa pedas dan sedikit manis. 

Chicken Roll (Lobak)



Tidak sangka rasa sedap Chicken Roll (lobak) ini melepasi tahap jangkauan Fiqqq. Melihat kepada rupa dan saiz serta kuantiti mesti rasa dia biasa-biasa. Namun, selepas Fiqqq makan satu. Perghhhh! Rasa nak tambah lagi satu dua pinggan. Sedap!!!



Kedai ini lebih kepada konsep santai dan terbuka. Tapi, ikut rezeki juga sebab waktu Fiqqq sampai orang agak ramai jadi terpaksa tunggu sekejap. Kejap je lah tapi. Dalam masa tunggu-tunggu tu sempatlah kita belek-belek menu yang tersedia untuk dapatkan set yang berbaloi dan yang menjimatkan serta mengikut jumlah kepingan kertas yang berada di dalam wallet. Hahahaha.


Ada banyak lagi menu-menu lain yang perlu Fiqqq cuba untuk masa akan datang. Kalau sedap Fiqqq mesti datang semula. Kalau biasa-biasa, Fiqqq cuba di kedai lain pula. Tak gitu. Huhuhu!!!