Saturday, 26 November 2016

Domino's Kerak Pastri Berlapis : Pizza Puff-ection!

Wow Domino's!!! Ada pizza baru ke? Hahaha. Setiap kali ada promosi atau pizza baru daripada Domino's, Fiqqq tidak akan pernah untuk tidak cuba. Mana boleh lepaskan peluang untuk menikmati pizza yang sedap, berbaloi dan ada pelbagai variasa yang tidak jemu makan walaupun berulang kali ke Domino's. Kan ... kan ... kan ???

Fiery Beef Diavola



Ta-daaaa!!! Inilah dia pizza baru daripada Domino's yang Fiqqq nak cerita. Kali ini pizza dia lain sikit bentuknya. Bukan bulat tapi berbentuk petak. Sangat sedap dan siapa suka pedas wajib cuba. Boleh rasa nikmat kesedapan dalam setiap gigitan kerak pastri berlapis. Ditambah pula sosej daging lembu, bawang, cendawan, bayam, tomato ceri, keju dan sos pedas dan menjadikan pizza ini lebih sedap ialah serbuk sriracha. 

Sriracha Tuna



Kalau minat pizza tuna, boleh cuba yang ini pula. Sriracha Tuna. Kelembutan kerak pastri berlapis yang dihasilkan memberi rasa istimewa dalam setiap potongan pizza yang kita makan. Ditambah pula dengan ramuan tuna, bawang, nanas, cili merah, keju dan sos istimewa iaitu sos pedas sriracha. 

Peanut Butter Choc Lava



Kalau minat Choc Lava Cake, Fiqqq sarankan untuk cuba yang ini pula. Kombinasi terbaik antara coklat dengan mentega kacang dan jadilah Peanut Butter Choc Lava. Memang Fiqqq layan habis setiap suapan kek coklat. Lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas. Dengan lava coklat yang meleleh apabila kita sudukan kek tersebut, ditambah pula keunikan dan kemanisan mentega kacang yang ada di dalam. Fuhhhhhh. Fiqqq layan habis kalau makan kek ni.


Keunikan rasa kombinasi lapisan pastri yang diadun dengan mentega dan dibakar rangup buat Fiqqq tidak cukup dengan hanya satu potongan. Dua variasi pizza baru ini boleh didapatkan di mana-mana cawangan Domino's dengan caj tambahan RM5 untuk saiz sederhana dan RM7 bagi saiz yang besar. 

Untuk kek kegemaran itu pula boleh dapatkan dengan harga promosi RM13.50 untuk 2 pilihan. Sama ada nak pilih dua-dua Peanut Butter Choc Lava Cake atau campur dengan Choc Lava Cake. Yang penting, dua-dua sedap. Tidak perlu pening-pening. Beli saja. Hahaha.


Kebetulan kami berempat semua pakai baju warna hitam. Janji ke macam mana? Hahaha. Tapi memang seronok sesi makan-makan bersama beberapa orang blogger yang lain. Woot woot. Riuh Domino's di Section 14, Petaling Jaya. Dan terima kasih kepada Danish, Manager Store yang menyediakan pizza kami dan memastikan semua pizza dibuat dengan baik dan sedap. Tak cukup, tambah. Hahaha. 


Saturday, 12 November 2016

Idea Set Meja Makan : Barulah ada kelasss!!!


Kadang-kala tidak terfikir pun untuk hias-hias meja makan. Lebih-lebih lagi apabila ada tetamu yang datang bertandang. Kan ... kan ... kan ... Tapi, walaupun sedikit sentuhan ikut citarasa berdasarkan tema makanan yang kita hidangkan mesti beri satu mood yang lain. Bagi Fiqqq akan naikkan lagi selere makan dan jadikan lebih seronok menjamu selera. Dua dalam satu terus. Hahaha.

Panjang lebar kali ini Kak Azian mengulas cara yang ringkas tapi beri kesan yang maksima pada set meja makan. Fiqqq perlu tahu, mana lah tahu, andai kata bakal mak mertua nak datang bertandang makan malam bersama. Eh! Hahaha. Calon pun belum ada lagi.




Bagi Fiqqq, lebih suka minimalis dalam hias-hias ni. Less is More. Gunakan warna-warna yang bersih dan yang penting kombinasi warna tersebut mesti tepat. Kalau tidak, habislah macam majlis bersama badut. Hahaha.

Mesti banyak idea selepas lihat video penerangan daripada Kak Azian. Betul tak? Fiqqq nak cuba satu untuk makan malam nanti bersama keluarga. Walaupun cadangnya nak buat nasi goreng. Namun, food presentation yang meletop mesti lebih nampak istimewa. Haaaaa. 

Saturday, 5 November 2016

Air Soda Limau : Sedap dan senang untuk sediakan ...


Adakalanya tidak cukup rasanya hanya sekadar menu makanan sahaja yang sedap. Jadi, Fiqqq pergi menuntut ilmu dengan Kak Azian untuk menyediakan satu resipi air yang sedap, ringkas dan menyegarkan. Maka, terciptalah Air Soda Limau



Bahan-bahannya:


2 cawan - Air soda 
2 biji - Jus limau nipis dan diparut kulitnya
Air gula secukup rasa
1 cawan - Ais

Cara membuatnya:


1. Masukkan kesemua bahan -bahan kecuali kulit limau ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga ais hancur.
3. Tuangkan ke dalam gelas dan taburkan kulit limau nipis.

Memang sedap. Nanti cuba tau. Lagipun senang sangat untuk sediakan. Sekurang-kurangnya jimat sikit buat air yang sedap-sedap di rumah dan yang penting boleh tambah dan kurangkan ikut citarasa masing-masing. Tapi, kalau ikut resipi Kak Azian pun sudah 'power'. 

Selamat mencuba ya!!!