Sunday, 30 October 2016

Sanggup berbelanja lebih untuk si "budak" berbulu ...

Memang betullah orang cakap, apabila sudah sayang memang akan sanggup buat apa sahaja. Adakala tidak fikirpun berapa jumlah yang dikeluarkan asalkan dapat beri yang terbaik. Lagi-lagi makanan untuk "budak" berbulu ini. Hahahaha.

Memang Fiqqq panggil budak-budak. Budak-budak yang degil, suka buat sepah, suka kacau orang buat kerja dan macam-macam lah. Walaupun buas, bikin sakit hati kadang-kadang tu. Tapi apabila kita pegang dan dokong, sejuk je hati Fiqqq ni. Terus tak jadi nak marah. 

Jadi, makanan yang Fiqqq belikan mesti cari yang terbaik. Begitu juga untuk pasir tempat najis supaya budak-budak ni sentiasa bersih dan kurang berbau. Hahaha. Secara tidak langsung, terdaftar pemegang kad ahli sebagai VIP di kedai Pet Lover Centre


Kedai ni ada di Tingkat 2, Aeon Shah Alam. Pada mulanya, saja cari-cari makanan untuk budak-budak ni tetapi memandangkan layanan dan cara mereka menerangkan dan memberi cadangan mengikut bajet yang kita ada sangat bagus. Tidak mendesak untuk membeli paling mahal tetapi bagi yang terbaik untuk Fiqqq pilih sendiri.

Lebih-lebih lagi budak-budak ni semacam cerewet sedikit bab makan. Rasanya sama macam tuannya. Nak dijadikan cerita, ibarat setiap minggu nak tukar makanan jenis atau jenama yang berbeza. Hahaha.


Mula-mula beli yang paket kecil dulu untuk lihat selera. Rugi kalau beli paket yang besar tapi nanti makan sekali saja. Fuhhhh. Bukan murah ya makanan budak-budak ni. Selepas cuba, kelihatan seperti mereka mahu lagi. Jadi, Fiqqq belilah satu paket yang besar. Ada banyak jenis dan rasa. Pilih sahaja.




Sudah tentu lah Fiqqq pilih mana yang nampak menyelerekan. Siap ada ikan Salmon tau.  Untung ... untung .... Hahahaha.


Sebelum ini tidak pernah cuba jenama yang ini. Tapi selepas guna memang terbaik. Kurang berbau dan tidak berdebu. Almaklumlah, bulu memasing kembang-kembang. Kalau keluar daripada bilik mereka masing-masing macam baru lepas keluar daripada tapak pembinaan. Tapi selepas guna yang ini dah tiada lagi dan mereka jadi lagi bersih. 


Haaaaa. Perlu mandikan mereka ni ya. Di sini banyak pilihan sabun mandi. Kalau nak hilangkan kutu, nak jadikan bulu bersinar dan macam-macam lagi boleh sahaja pilih ikut bajet masing-masing. Cari juga sabun yang wangi sikit sebab kadang-kadang budak-budak tu tidur sekali dengan Fiqqq dalam bilik. Senang sikit bangun pagi sebab setiap pukul 4.30 pagi atau 5.15 pagi, mereka akan kejutkan sebab nak pergi bilik masing-masing nak poo poo. Hehehe.

Seronok waktu pilih-pilih barang-barang di sini tetapi selepas pergi kaunter bayaran . Haaaaaa. Memang berhuhuhu Fiqqq di situ. Nasib baik jadi ahli maka ada potongan harga sikit. Kadang-kadang dapat buah tangan lagi daripada kedai. Hahaha. 

Tapi, sudah namanya sayang dengan budak-budak ni maka tutup jugalah sebelah mata perbelanjaan untuk mereka walaupun adakalanya terasa juga wallet makin menipis. Hahaha. Cuma beli bukan selalukan. In Shaa Allah ada rezeki lain untuk mereka. Hehehe.


Saturday, 22 October 2016

Derma Darah : Tak 'sado' lah kalau takut jarum ...

Kali ini Fiqqq tidak mahu lepaskan peluang untuk derma darah dek beberapa kali terlepas berbuat demikian. Almaklumlah, kalau derma darah perlu simpan sticker dalam buku sijil tapi selalu tertinggal. Kali ini, mereka bekalkan sticker tu dan boleh tampal sendiri. Siap dapat sijil lagi. Hahaha.


Walaupun sudah beberapa kali menderma, berdebar saat dicucuk jarum masih ada. Berpeluh tangan. Hahaha. Jarum untuk derma darah bukan jarum biasa. Besar sikit dan ngilu juga lah saat tengok apabila jururawat tu cucuk. Sssuuuppp !!! Adehhh.



Laju juga Fiqqq punya beg darah ni penuh. Tidak sampai 20 minit pun. Sekali derma darah sebanyak 450ml. Lain orang, lain kuantiti sebab perlu ikut berat, tinggi dan macam-macamlah. Boleh tanya doktor. Hahaha. Siapa darah A? Kita geng. :D


Dapat air milo ini yang paling Fiqqq suka. Sedap dan manis. Adakala minta juga untuk tambah. Walhal air milo hospital je pun. Hahaha. Selalunya yang pil-pil tu tak makan pun. Katanya untuk tambah darah dan cuci darah.  Kali ini Fiqqq nak cuba.

Apapun, banyak faedahnya derma darah ni. Nampak macam simple dan remeh tapi ada orang yang sangat-sangat memerlukan. Jadi, buanglah rasa takut jarum atau darah dan niat untuk membantu. Tak 'sado' lah kalau takut jarum. Hahaha. 

Wednesday, 19 October 2016

Resipi Puding Roti Bercoklat : Cip coklat kasi lebih ...

Kalau bagi coklat, memang Fiqqq jarang sekali menolak. Kegemaran kot. Hahaha. Baiklah yang manis, pahit, pekat dan sebagainya dan asalkan coklat. Hahaha. Jadi, kali ini Fiqqq bersama Kak Azian kongsikan resipi untuk buat Puding Roti Bercoklat

Sedap betul kalau makan hujung minggu sambil tengok televisyen petang-petang. Kan ... kan ... kan ??? Kemanisan coklat, campur pula lembut roti yang bercampur susu. Ditabur pula gula perang yang masak menjadi sedikit kerak yang rangup di permukaan puding. Fuhhhhh. 


Bahan-bahan:


1 buku - Roti (Dipotong kecil)
500 ml - Susu segar 
3 biji - Telur
100 g - Gula perang
150 g - Coklat chip
1 sudu teh - Serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan - Gula perang untuk ditabur atas roti

Cara membuatnya:



1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C

2. Susun roti dalam bekas kaserol dan taburkan coklat chip ke atasnya. 

3. Pukul telur bersama gula perang sehingga kembang.

4. Masukkan susu dan serbuk kulit kayu manis. Kacau sekata. Kemudian, tuang atas roti yang dah kita susun-susun.

5. Tabur sedikit gula perang ke atasnya. Jangan banyak sangat tau. Hahaha. 

6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.

Itulah dia resipi yang senang-senang je nak sediakan. Kalau Fiqqq boleh buat. Hahaha. Walhal membantu di dapur sahaja. Cubalah untuk buat. Yakin jadi. Andai kata tidak jadi, jangan berhenti. Buat untuk kali kedua dan seterusnya. Lama-lama, mesti campak-campak, tahu-tahu siap. 

Monday, 17 October 2016

Little Rara Thai Noodle House : Besar selera makan sini ...

Disebalik celah-celah bangunan pencakar langit, ada juga kedai kecil di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Little Rara - Thai Noodle House. Pertama kali Fiqqq sampai di sini. Nasib baik sampai sedikit awal daripada yang lain. Apabila sudah duduk, sekali toleh belakang. Fuhhhhh, melingkar panjangnya. 


Kedai Little Rara ini comel je. Tidaklah terlalu kecil tetapi dek memandangkan pelanggan yang ramai makan jadi terhad. Fiqqq suka makan di sini. Terbuka, santai dan bersahaja. Ditambah pula makanan yang sekali makan memang ada rasa nak tambah untuk kali yang ketiga. Haaaaa. 


Tidak perlu pening-pening. Soalan "Kau nak makan apa?" tu memang susah nak jawab kan? Tapi di sini menu tidak terlalu banyak pilihan. Jadi, tidak memeningkan kepala dan nak menunggu member pilih untuk buat pesanan. Faham! Lagi-lagi kalau tahap lapar dah memuncak. Kan ... kan ... kan ???

Tom Yam Noodle Soup Seafood



Rasa Tom Yam mee ini memang terbaik. Cukup rasa pedasnya. Rempah ratus ala Thainya. Lagi apa? Cukup buat Fiqqq jadi diam sekejap untuk menikmati setiap keenakan rasa tersendiri daripada kedai ini. Lauk makanan laut dia memang puas makan. Udang, sotong dan sebagainya. Memang terbaikkkk dan puas makan!!!!

Speed Boat Noodle Soup Chicken



Menu yang ini laju sedikit daripada bot biasa. Rasapun yang ini lebih sedap. Eh! Hahaha. Ikut selera masing-masing. Kalau ikut nafsu makan, boleh bermangkuk-mangkuk makan ini. Cuma fikir banyak lagi benda yang perlu Fiqqq rasa. Hehehe.

Nasi Goreng Kelab



Nama menu asal Fiqqq tidak berapa ingat tapi masa itu geng pesan Nasi Goreng Dangdut rasanya. Hahaha. Tidak kisah la apa nama dia yang penting nasi goreng dia memanglah terbaik. Boleh lupakan mana-mana kedai lain. Boleh tak macam tu? 

Daging Bakar



Jarang untuk Fiqqq makan bahagian lemak daging. Tapi kalau makan di sini, maaf. Fiqqq tidak akan tinggalkan sedikitpun cebisan daging di pinggan. Lebih-lebih lagi kita makan cecah dengan sos istimewa yang mereka hidangkan. 

Nasi Lemak Angah



Nasi lemak Angah ni boleh lah makan-makan sementara terliur tengok orang sebelah makan dan mengirup sup. Fiqqq terus sambar sebungkus dek kerana nak kunyah-kunyah dan sementara tunggu makanan sampai. Hahaha.

Air



Teh ais ni memang sedap. Lagi-lagi kalau tengah haus. Sekali sedut je. Fuhhhhhh. Hilang terus. Tapi kalau agak-agak rasa tidak cukup satu gelas. Pesan lah air satu besen ni.


Haaaaa. Besarkan? Boleh kongsi dua orang sekali minum. Tapi kalau kuat minum air, lebih baik ambil yang besar sebab jimat. Minumpun puas. Sedutlah air tu berkali-kali. Hahaha.

Sedapkan tengok makanan di sini? Baru tengok, belum bau lagi. Kalau dah rasa memang tambah berkali-kali. Hehehe. Puas hati makan di sini. Servis terbaik daripada pemilik kedai Little Rara ini, Kak Chik. Sangat ramah. 

Kalau nak datang, boleh Google sahaja nama kedai Little Rara. Buka daripada pukul 4.00 petang - 12.00 malam. Untuk lebih selamat, telefon +60 16-305 5388 untuk tempahan. 

Sunday, 16 October 2016

Domino's The Perfect Deal : Nak menang scooter limited edition !!!

Kebelakangan ini, Fiqqq rajin betul makan Domino's. Bukan sahaja suka rasa pizza yang sedap yang berkeju malah promosi yang dibuat sangat berbaloi. Kan ... kan ... kan ??? Kalah promosi Encik yang pakai topi merah tu. Hihihi. Dan kali ini ada benda yang lebih menarik ...



Style dan comelkan motor ni? Haaaa ... Lebih kurang dalam RM 15 000 lah kita untung kalau dapat motor ni. Dalam Malaysia, ada dua biji je motor ni. Jadi, kalau Fiqqq menang boleh bangga sikitlah cerita dia. Kalau menang ... Kalau ... Hahaha.

Dimaklumkan, kalau kita beli Fabulous Four + 2 Pizza Deals akan dapat 1.5L botol air Pepsi secara percuma. Selepas itu, resit jangan buang sebab ada kod yang perlu kita daftar untuk memenangi motor ini di The Perfect Deal Contest .



Segeralah Fiqqq beli banyak-banyak sikit. Mana tahu, dalam 10 Fiqqq submit entry satu terkena. Bersungguh betul nak menang ni. Hahaha. Lagi pun, apa ada hal kan kalau beli banyak atau selalu. Pizza Domino's sedap kot!!!

Alang-alang sudah tercerita pizza Dominos ini sedap. Saja Fiqqq nak belanja gambar-gambar sepanjang sesi bersama blogger di Section 14, Petaling Jaya. Fuhhhh. Riuh sekampung. Seperti biasa Fiqqq mestilah dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari














Fiqqq ucapkan semoga berjaya lah kepada semua yang submit entry. Untuk ini, kita terpaksa bertarung ya. Motor tu ada dua sahaja. Fiqqq satu dan lagi satu itu, pandai-pandailah berebut. Hehehe. 

Wednesday, 12 October 2016

Resipi Kerabu Pucuk Paku dan ... : Tauge atau taugeh ?

Kelihatan mudah tapi beberapa perkara perlu ambil tahu untuk mengekalkan rasa dan kesegaran ulam yang dicampur. Bagi Fiqqq, kalau makan kerabu begini, mesti kita inginkan sayur yang segar, lebih-lebih lagi tauge yang digunakan. Kan ... kan ... kan?


Jadi, Fiqqq main masak-masak dengan kak Azian Hasan serta berkongsi resipi dan tip penyediaan Kerabu Tauge. Bak kata Kak Yan, "kalau masak gini, kena gaul guna tangan. Baru sedap. Dan ... Tengok tangan lah ..." Hahaha.

Bahan - bahan :

2 biji - Bawang merah besar (dihiris halus)
1 kuntum - Bunga kantan (Dihiris halus)
2 genggam - Taugeh (Dicelur)
2 genggam - Pucuk paku (Dicelur)
3 sudu makan - Kerisik
1 biji - Limau nipis (diambil jusnya)


Bahan Kisar

6 biji - Cili padi
2 biji - Cili merah
1 sudu teh - Belacan yang sudah dibakar
3 sudu makan - Udang kering (disangai)
½ sudu teh - Garam
1 sudu teh - Gula
1 sudu makan - Jus limau nipis

Cara membuatnya :


1. Masukkan bawang merah, bunga kantan ke dalam mangkuk besar.

2. Tuangkan bahan kisar dan masukkan kerisik. Gaul sebati. Gaul guna tangan lebih senang. Lebih sebati. Pastikan basuh bersih ya tangan itu. Hahaha.

3. Masukkan tauge dan pucuk paku ke dalamnya . Gaul sebati dan perah limau ke atasnya.

4. Perasakan dengan garam dan gula. 

Untuk rasa segar sayur itu masih ada, jangan celur terlalu lama. Terutama sekali tauge sebab cepat layu. Waktu gaul dengan bahan kisar pun perlu ada teknik. Lebih baik menggunakan tangan untuk sebatikan bahan kisar dalam kerabu. Kalau tidak sebati, mesti ada bahagian yang sedap dan bahagian yang hanya rasa sayur semata. Betul tak? 

Masak pun senang-senang dengan Kak Yan. Nanti cubalah sendiri. Andai malas masak sayur, buat sahaja kerabu pucuk paku dan tauge ini. 

Sunday, 9 October 2016

7 Perkara Menarik dengan macOS Sierra ...


Selepas menunggu dalam 28 minit, akhirnya MacBook Air Fiqqq menggunakan versi macOS Sierra sepenuhnya. Mula-mula takut juga nak upgrade tapi yakin bahawa Apple akan beri yang terbaik dan perkara yang menarik. 

1. Siri



Selain daripada iPhone dan iPad mahupun iPod yang ada, kini Fiqqq boleh bercakap dengan MacBook. Dengan adanya siri, lebih mudah untuk Fiqqq cari fail atau sebarang aktiviti dalam komputer yang ingin dilakukan. Senang cerita, kalau malas nak cari, tanya sahaja siri. 

"Siri, please open YouTube.com ... "

"Siri, please search all my pdf file ... "

"Siri, play Top 40 playlist in iTunes ... "

2. Wallpaper baharu



Cantikkan wallpaper baru ni? Tidak ada apa yang menarik cuma dengan ada wallpaper baharu ini Fiqqq tahu versi apa yang sedang digunakan. Sebab setiap cersi yang Apple keluarkan mesti ada wallpaper khas yang diberikan. Nampak eksklusifkan? Hahaha.

3. Notifikasi



Fiqqq boleh pantau aktiviti yang berlaku dalam MacBook. Notifikasi ini lebih terperinci dan sistematik dalam memberitahu apa yang kita terima dan sebagainya. Contoh, Fiqqq muat turun cerita Lights Out , Warcraft dan sebagainya akan ada senarai. Lebih kurang macam notifikasi di iPhone. 

4. Storage Management



Lebih mudah untuk Fiqqq tahu dan mengendalikan fail yang ada dalam MacBook. Mana satu fail yang banyak kita gunakan dan makan ruang. Fail apa yang perlu kita buang dan kurangkan. Tidaklah kita tercari-cari seperti sebelum ini. 



Almaklumlah, ada kala kita sudah buang beberapa fail yang tidak lagi kita gunakan tapi kapasiti ruang dalam MacBook masih penuh. Pernah jadikan? Haaaaa. 

5. Pages



Tidaklah banyak-banyak aplikasi Pages yang perlu Fiqqq minimize atau buka dan tutup sebab sudah ada tab bar. Sangat memudahkan Fiqqq untuk menyiapkan kerja. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan banyak teks yang ingin Fiqqq baca dan karang. 


Sebelum itu, perlu tukar di bahagian System Preferences dan klik pada Dock. Jumpa seperti ini tukar prefer tabs when opening documents kepada always. Hahaha.

6. Video



Video yang Fiqqq buka di website boleh diasingkan daripada page yang sedang Fiqqq layari. Jadi, video tersebut akan sentiasa main walaupun kita sedang lakukan kerja-kerja lain. 


Macam inilah yang Fiqqq maksudkan. Video tersebut akan sentiasa dapat Fiqqq lihat walaupun pergi ke page yang lain. Senangkan? Cubalah nanti. Hahahaha.

7. iTunes



Tidak banyak berubah dalam iTunes. Hanya layout dan beberapa teks berubah mengikut versi iOS10. Bahagian ini tidak terlalu 'wow' sangat lah. Bagi Fiqqq, asal boleh dengan musik waktu buat kerja sudah memadai. Hahaha.

Sebenarnya banyak kelebihan yang ada apabila Fiqqq upgrade kepada macOS Sierra ini cuma belum habis terjah lagi. Lebih kepada memudahkan untuk Fiqqq sync dengan iPhone dan sebagainya. Banyak aktiviti yang dimudahkan dalam versi ini. Senang kerja dibuatnya. Apapun terpulang kepada cara kita mengendalikannya. Kan ... kan ... kan ???