Thursday, 29 September 2016

XCAPE RESORT : Aktiviti rempuh 13 halangan sepanjang 1.3 km

Minat sukan lasak? Kalau setakat 13 halangan sepanjang 1.3 kilometer apa ada hal kan? Apa pun, setiap halangan ada susah dan cabaran yang tersendiri. Aktiviti ini termasuk sekali dengan pakej yang ada di XCape Resort @ Sungai Lembing. Rugilah andai tidak cabar diri untuk merentasi segala halangan yang berliku itu. Huhuhu. 

Sebelum bermulanya aktiviti, kami diberi sedikit penerangan berkenaan aktiviti ini serta halangan-halangan yang bakal kami tempuh. Setiap halangan akan menguji fizikal kita yang berlainan. Mampu tak nak habiskan semua?



Bermula dengan lari-lari anak sambil mengelak tong-tong kosong itu. Waktu ini, Fiqqq laju main cilok-cilok macam memotong kereta di jalan raya. Hahaha. Ke kanan dan ke kiri. 


Ini pun senang je. Lari-lari dan agak-agak dah nak sampai, kita slide. Ecehhhh. Macam boleh buat gitu. Walhal punya lah berhati-hati waktu lalu bawah kayu ni. Kebetulan bawa beg maka sedikit kesusahan melanda sebab beg tersangkut. Haihhh.


Halangan ini mengingatkan Fiqqq terhadap cerita-cerita yang ada stund kung-fu. Lari-lari terus luruskan badan dan masuk dalam gegelung tayar. Fiqqq cuba juga buat begitu namun hampa. Perut tersangkut. Azab. Hahaha.


Bahagian ini pun Fiqqq suka juga. Ala-ala Maze Runner. Kita perlu lalu dan cari jalan keluar di penghujung. Salah masuk, maka perlu berundur. Nampak mudahkan sebab ibarat kita boleh agak jalan di hadapan. Tapi, agak sukar sebab kita boleh salah jalan dek tersalah mentafsir atau membuat andaian jalan yang kelihatan agak sama. Fuhhhhh.



Untuk halangan yang ini sebenarnya memerlukan kita untuk merangkak. Tapi kerana sayangkan seluar kaedahnya, Fiqqq pun merangkak ibarat hmmmmm untuk melepasi halangan ni. Laju kemain. Hahaha. Mestilah. Fiqqq nak menang.



Halangan yang paling mencabar bagi Fiqqq. Halangan yang memerlukan untuk kita bergayut dan menampung berat badan kita sendiri supaya tidak jatuh. Tangan kena kuat woooo. Fiqqq macam biasa lah. Kalau setakat bergayut sikit macam ni, jatuh itu pasti. Hahaha.



Halangan ini pula ala-ala lumba lari berpalang. Tapi tidak boleh laju sangat. Khuatir ada yang tersangkut lalu tergolek. Ada kayu halangan yang rapat dan ketinggian yang tidak sama. Mula-mula rendah, kemudian tinggi dan rendah semula. Kena lah pandai agak. Kan?


Jalan atas jaring perlu ada keseimbangan badan. Kalau tidak, susah untuk berdiri dan kita perlu jalan dengan laju untuk naik serta capai tiang di tengah. Selepas melepasi tiang itu, kita perlu berguling. Fiqqq pun berguling lalu terlanggar tembok tanah dan terhasil satu bunyi ibarat nangka busuk jatuh.

"Gedebukkk!!!"

"Fiqqq, okey tak?"

Alhamdulillah tidak ada apa-apa. Walhal Fiqqq tidak dengar pun bunyi 'gedebuk' itu. Hahaha.


Bagi yang selalu masuk lompat jauh mesti bukan satu masalah untuk melepasi lopak air tersebut. Cuma yang membezakannya ialah selepas lompat dari lopak air, kita perlu terus mendaki tanah tinggi. Ada yang lepas ketika melompat namun hampir terjatuh ke lopak air apabila hilang imbangan ketika mendaki tanah tinggi.


Berlumpurlah kita selepas merentasi halangan ini. Merangkak hingga ke hujung. Fiqqq cuak juga nak lalu bawah halangan hitam ni. Kot kot ada biawak dalam tu. Haishhhh. Memang kejung Fiqqq dalam tu. Tak boleh, tak boleh.


Halangan imbangan badan ini senang je. Jalan perlahan-lahan, sampai tengah cuba untuk jatuhkan terlebih dahulu hujung kayu bahagian hadapan supaya senang untuk kita turun. 


Halangan terakhir. Lari selaju yang mungkin. Awasi langkah kita sebab takut tersangkut dalam tayar maka terjatuhlah kita. Hahaha. Siap ada yang berangkat-angkat tangan tuk imbang badan. Fiqqq pun gitu juga. Cuma, nasib baik sudah biasa dan dengan selamba berlari laju. Hahaha. 


Sampai lah di garisan penamat. Sekejap je kan? Haaa. Setiap halangan diletakkan tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Jadi, selepas satu halangan yang kita tempuh, kita boleh bersenang diri untuk berjalan ke lokasi halangan seterusnya. 13 halangan dalam 1.3 kilometer perjalanan tidak terlalu jauh bagi Fiqqq. Cukup untuk rasa seronok melakukan aktiviti dengan geng-geng semua.

Serius seronok buat sukan begini. Itu pun, Fiqqq dimaklumkan bahawa mungkin akan ada penambahan halangan dan sedikit pembaikan untuk berikan aktiviti yang lebih mencabar. Kalau datang ramai-ramai atau buat team building pun sesuai.

Kalau nak maklumat dengan lebih terperinci, cuba hubungi Ms. Fied Jeffri - +60195249999 atau layari www.xcape.com.my. Fiqqq memang tunggu masa untuk pergi lagi sebab ada banyak aktiviti yang boleh kita buat. Woot woot !!!


Wednesday, 28 September 2016

Resipi Pajeri Nanas : Lebih pekat, lagi sedap ...

Kuah Pajeri Nanas ini kalau lebih pekat, lagi sedap rasa dia. Kan ... kan ... kan ??? Antara resipi yang cukup terkenal dalam menjadi hidangan untuk tetamu majlis perkahwinan. Betul tak? Ke Fiqqq salah? Ke macam mana? Hahaha. Mungkin sebab setiap kali Fiqqq pergi majlis atau mana-mana jemputan, mesti ada menu Pajeri Nanas ni. Apa pun, selepas Fiqqq belajar masak dengan Kak Yan, terus pandai. Hahahaha.


Bahan-bahan:

1 biji - Nanas saiz kecil (dikupas, dibuang matanya serta empulur dan dipotong serong)
1 batang - Kulit kayu manis
2/3 kuntum - Bunga lawang
2 biji - Bawang merah besar (dihiris halus)
3 ulas - Bawang putih (dihiris halus)
1 1/2 inci - Halia
4 sudu makan - Minyak masak
500 gram - Santan pekat
3 sudu besar - Rempah kari daging
2 sudu besar - Rempah cili
2 sudu besar - Gula merah
2 sudu makan - Asam jawa dicampur dengan 5 sudu air
80 gram - Udang kering (disangai dan tumbuk halus)
3 sudu makan - Kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit air panas

Cara membuat:

1. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang.
3. Apabila sudah naik bau wangi, masukkan sedikit air panas.
4. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan air asam jawa. Kalau Fiqqq, buat lebih sikit air asam jawa untuk minum. Huhuhu.
5. Masak sehingga rempah kari keluar minyak.
6. Masukkan udang kering dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan bahan utama kita iaitu nanas.
7. Masukkan santan, gula merah dan kerisik. Apabila nanas sudah lembut, masukkan garam secukup rasa. Jangan masin sangat. Hilang manis nanasnya nanti.

Boleh lah Fiqqq buat apabila ada nanas. Masak pajeri nanas. Asyik ibu je yang masak. Kali ini Fiqqq nak cuba resipi ini untuk seisi keluarga nanti. Kalau rajin. Hahahaha. Tapi, bahan-bahan senang nak cari maka boleh rajinkan diri. 

Tuesday, 27 September 2016

XCAPE RESORT @ SUNGAI LEMBING : 2 Hari 1 Malam tanpa 'Internet'


Percutian terbaik untuk kita luangkan masa dengan orang sekeliling tanpa 'gadget'. Haaaaa. Almaklumlah. Selalunya, kita habiskan banyak masa dengan melihat skrin telefon pintar. Bercuti dengan member katanya tapi khusyuk update #ootd #travel dan sebagainya. Kan ... kan ... kan ???

Jadi, Fiqqq turut serta geng KBBA masuk hutan. Hahaha. Jauh juga nak ke lokasi penginapan iaitu XCAPE RESORT @ Sungai Lembing . Lebih kurang 9 kilometer lebih. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai dari tempat letak kereta dengan menaiki 4x4. Lama tak lama juga lah. 



Waktu ini, dengan perlahannya telefon kita akan kehilangan connection. Hahahaha. Mohon bertabah. Jadi, nikmatilah keadaan serta pemandangan di sekeliling. 


Apabila sampai. Fiqqq teruja habis. Dengan sungainya, pokok-pokok yang tumbuh menghijau dan tenang dan dapat hirup udara yang nyaman walaupun keadaan terik panas petang. Hilang kusut dalam kepala. Hahaha. 



Ni tempat lepak-lepak. Berebut weyyy nak 'cop' tempat. Hahaha. Serius seronok. Walhal borak kosong macam biasa je. Mungkin, suasana yang menjadikan keadaan itu istimewa. Apapun lega dapat rehat sekejap sementara tunggu kunci untuk masuk bilik.


Chalet di Xcape. Sekali pandang macam biasa je. Tapi, bila kau masuk. Haaaaaaa. Terkejut Fiqqq lihat. Dengan luasnya, nampak sangat selesanya, dan kalau tidur malam mahu terlajak sampai ke siang ni. Hahaha. Fiqqq pula kongsi bilik bertiga sahaja dengan Bamhoq dan juga Razzwey . Memang masing-masing terbongkang lah kaedahnya. Seorang satu tilam. Cuma Fiqqq bawa tilam turun and tidur bawah kipas. Sejuk weyyyhhh malam-malam. Gigih mencari selimut. 




Pemandangan dari anjung chalet. Tenangkan? Tak serabut. Apa yang Fiqqq lihat hanya 'hijau'. 


Sepanjang di sini, banyak masa Fiqqq luangkan dengan rakan-rakan blogger KBBA sepenuhnya berkongsi cerita, pelbagai jenaka dan bermacam aktiviti bersama. Lebih kurang macam bonding time . Orang kata udah-udah lah tu tengok telefon. Cakap lah pula dengan orang sebelah. Hahaha. Senang cakap masa yang diluangkan untuk perkara yang bermanfaat dengan orang sekeliling. 

Terima kasih kepada XCAPE RESORT @ SUNGAI LEMBING atas percutian yang sangat menarik dan buat Fiqqq nak datang lagi. In Shaa Allah. Sebarang pertanyaan, boleh terus telefon nombor ini:

Ms. Fied Jeffri : +60195249999
Email : fied@xcape.com.my
Web : www.xcape.com.my

Ohhhh. Lupa satu perkara, sebenarnya ... Ada beberapa aktiviti yang Fiqqq dan geng KBBA buat tapi di entry akan datang... Boleh? Hahaha. Tunggu tau ... Bagi kaki travel, panjat gunung atau bukit atau sukan lasak mesti suka. Hahaha.

Thursday, 22 September 2016

Resipi Kari Ayam Kapitan : Cubalah!!!

Kalau nak diikutkan, ayam goreng je lah yang Fiqqq lepas tuk goreng tanpa pengawasan ibu. Macam nak buat ayam masak merah, rendang ayam masih memerlukan orang untuk mengawasi agar tidak tertinggal bahan-bahan yang ada.

Oleh kerana Kak Yan kongsikan resipi Kari Ayam Kapitan yang senang nak masak, maka Fiqqq akan cuba buat sebagai hidangan hujung minggu kami sekeluarga. In Shaa Allah. Kisar-kisar, bubuh-bubuh dan tahu-tahu, siap!!! Boleh tak? Namapun masak senang-senang je.


Bahan-bahan Kari Ayam Kapitan :

Seekor ayam
3 biji - Ubi kentang (belah empat dan rebus sehingga empuk)
1 Batang - Serai
250 gram - Santan
3 helai - Daun limau purut
1 sudu - Gula
1 sudu - Jus limau kasturi
4 sudu - Minyak
3 sudu - Cili kering (kisar)
3 sudu - Rempah kari daging

Bahan-bahan kisar :

3 biji - Bawang Merah (Besar)
1 inci - Halia
1/2 inci - Lengkuas
3 biji - Buah keras
1 inci - Kunyit hidup

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Fiqqq suka bahagian ini dan akan buat jadi lapar.

2. Masukkan serai dan ayam. Gaul sebati. 

3. Masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula. Masak lah sehingga ayam itu masak. Kalau rasa kurang masin, maka tambahlah garam secukupnya. Ikut selera tekak masing-masing.

4. Masukkan jus limau kasturi dan gaul rata.

5. Boleh tutup api apabila kuah sudah pekat. 




Senangkan? Haaaaaa. Cubalah nanti. Baiklah. Fiqqq nak pergi makan. Lapar pula tengok video masak-masak macam ni. Hahaha.

Tuesday, 20 September 2016

Domino's 'Express Card' : Puas makan macam ni!!!

Betul-betul puas makan kalau macam ni. Beli satu, percuma satu. Satu harga dapat dua pizza. Perghhh, terbaik kan? Selalunya, Fiqqq akan tunggu promosi ini baru beli. Kalau tidak pun, tunggu Dominos hantar 'sms' untuk promosi yang sedang berjalan. Mungkin selalu sangat beli, maka dicadangkan untuk daftar 'Express Card'. Jimat banyak kalau ada kad ini.


Aaaaa. Kad ini perlu beli ya. Nampak tak ada RM50? Sebenarnya, bukan bermaksud dalam kad itu ada RM50 tapi harga belian kad. Jika tidak silap, masa Fiqqq beli bukan harga tu pun. Jauh lebih murah sebab ada promosi tapi tak ingat berapa ringgit. Boleh daftar waktu pembelian pizza. Tanya dulu sebelum beli pizza. Selepas daftar, baru beli. Daripada nak beli dua, dapat empat pizza. 

Maka, segeralah Fiqqq memilih pizza dengan penuh kesabaran. Hahahaha. Almaklum, pantang nampak makanan. Hilang pedoman. Cuma kali ini, Fiqqq teringin rasa pizza yang jarang dibeli. 


Smoky Pepperoni Mushroom




Tropical Sambal Prawn


Chicken Perfection


Spicy Sambal


Sengaja minta potong lebih sikit. Kalau saiz 'large' akan ada 8 potongan tapi kali ini minta jadikan 16 potongan. Sebabnya konon bila potong kecil-kecil akan rasa makan banyak. Nak diet katanya tapi teringin dominos. Malangnya, lagi banyak yang Fiqqq makan sebab rasa kecil untuk satu potongan. Lantas, tidak terkira jumlah yang Fiqqq ambil. 

Banyak jugalah jimat. Nak kata selalu makan itu tidak lah. Bila teringin, pergi lah beli. Ada pula Express Card ni. Maka, secara tidak langsung merajinkan diri. Hahahaha. 

Bismillah.

Jemput makan semua !!!

Thursday, 15 September 2016

Resipi Muffin Durian : Senang dan Sedap!

Sedapnya durian. Bau dia je Fiqqq sudah tidak boleh tolak kalau dipelawa. Pantang. Hahaha. Lagi sedap kalau kita pelbagaikan. Jadi, Fiqqq kongsikan resipi Muffin Durian oleh Kak Azian. Baru Fiqqq tahu bahawa buat muffin ini bukan lah susah mana pun. Campak-campak, campur-campur bahan, tup tup siap. Barang-barang untuk buat pun senang nak cari. 


Untuk buat Muffin Durian ni perlu ada beberapa langkah sebab ada inti durian dan muffin. Fiqqq suka manis. Lebih-lebih lagi untuk hidangan seperti ini. Saja buat inti dia manis lebih daripada biasa. Ikut tekak masing-masing la ya.

Bahan - bahan Inti Durian :


1 mangkuk - Isi Durian
1 sudu besar - Tepung Jagung
3 sudu besar - Tepung Custard
2/3 sudu besar - Gula perang
150ml - Susu segar
Sedikit garam

Bahan - bahan Muffin :


125 gram - Mentega (cairkan)
180 gram - Tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh - Baking powder
1/2 sudu teh - Baking soda
100 gram - Gula
150 ml - Susu segar
2 biji - Telur


Cara membuatnya :


1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula dan kacau sebati.

2. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan.

3. Satukan tepung bersama baking powder dan baking soda.

4. Masukkan campuran yang di atas (basah) ke dalam adunan tepung.

5. Kacau sebati. Bahagian ini baru Fiqqq tahu supaya guna garfu untuk lebih cepat sebati dan tidak terlalu kembang. Ingat!!! Jangan overmix.

6. Masukkan separuh adunan ke dalam bekas muffin dan kemudian selangkan dengan memasukkan inti durian.

7. Masukkan adunan muffin lagi sikit untuk menutup bahagian atasnya.

8. Bakar pada suhu 180 c selamat 15 minit. Bahagian ini, perlu bijak untuk kawal suhu sebab lain ketuhar lain panasnya. Jadi, kena pandai agak juga. Fiqqq punya ketuhar perlu lebihkan sedikit panasnya. Tapi untuk selamat, ikut jer suhu resipi yang disediakan.

Senang kan??? Campak-campak, campur-campur, kacau-kacau, siap. Hahaha. Fiqqq suka andai inti durian tersebut manis. Jadi, Fiqqq lebihkan gula. Untuk adunan muffin jangan ada yang terlebih sangat dan terkurang sangat. Takut tak gebu atau tak naik muffin nya. Cuba tau!!! Hahaha. Fiqqq kongsikan video cara-cara untuk buat muffin durian. 


Saturday, 10 September 2016

Boat Noodle Shah Alam : Perghhh ... Beratur !!!

Selalu juga dengar orang sembang berkenaan Boat Noodle ni. Makan itu, makan ini. Kemudian, siap makan bertingkat-tingkat mangkuk tu. Lihat siapa paling banyak makan. Hahaha. Rasa pula, ramai cakap makan di sini sedap. Apa lagi, Fiqqq kalau bab makan macam perlu cuba, try, test. Mana boleh terlepas peluang untuk makan. Kan ... kan ... kan !!! 

Tapi ... perghhhhh ... Kena beratur derrr !!!


Lama juga lah menunggu. Alang-alang dah tertunggu lama maka tunggu lah sampai giliran tiba. Waktu menunggu tu macam sabar je lah tengok orang makan-makan tepi ni. Nasib baik behave masa tu. Hahahaha. Kalau hilang pedoman, malu je nanti. Almaklumlah, orang memotong laju dan tidak bagi signal macam boleh bawa bertenang tapi jangan bab makan. Lebih-lebih lagi makanan yang kita order sampai lambat. Boleh jadi Hulk. Kan ???

Jangan risau ... Layanan di sini memang best. Sangat friendly dan boleh dikatakan cepat juga mereka hantar makanan walaupun ramai orang. Baik. Fiqqq kongsi gambar makanan pula. Nahhhh ...






Memang sedap. Sebab itu ramai orang dan orang sanggup beratur panjang untuk makan di sini. Paling Fiqqq suka adalah roti yang cecah kaya pandan tu. Sangat sedap. Tambah pula air dia yang cukup rasa, cukup manisnya dan sedap lah senang cerita. Mungkin ini bukan untuk pertama kali datang. Fiqqq akan datang lagi untuk makan lebih banyak. Hahaha. 


Nampak tak? Hahaha. Istighfar panjang bila tengok balik gambar ni. Huhuhu. Habis supnya dihirup. Tapi kita bayarkan. Tidak baik membazir. :D


Inilah hasilnya atau jumlah yang dimakan tadi. Tapi, sikit sangat ni. Dan sebenarnya Fiqqq nak tambah lagi tapi ada urusan lain maka berhenti takat ini sahaja. Target seterusnya adalah 20 mangkuk. Seorang. Kalau makanan sedap mesti bolehkan? Hahaha. 

Thursday, 8 September 2016

Resipi Daging Goreng Berempah

Waktu raya aidiladha nanti mesti dapat banyak daging korban. Kan kan kan ? Fiqqq nak kongsi satu resipi hasil daripada Kak Azian iaiti Daging Goreng Berempah. Selain daripada buat sup daging, boleh cuba resipi ini. Dapat banyak daging kan? Jadi, pelbagaikan. Hahaha.

Senang nak masak resipi ini. Fiqqq yang baru-baru nak belajar masakpun boleh sediakan. Sedap juga lah. Hahaha. Fiqqq belanja gambar dulu. Jangan lihat pada rupa sahaja tau. Rasa daging yang Fiqqq belajar dengan Kak Azian ni sedap ya. Kalau cuba mesti tambah berkali-kali. 


Bahan-bahan :

500 gram - Daging batang pinang
3 tangkai - Daun kari
3 tangkai - Kacang panjang (dipotong 2 cm panjang)
2 sudu makan - Cili kering kisar
2 inci - Halia (hiris halus)
1 labu - Bawang Holland (potong 8)
2 sudu makan - Serbuk kari daging
5 biji - Cili Padi
1/2 cawan - Minyak
5 sudu makan - Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Gaulkan daging dengan serbuk kari. Kalau boleh perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

2. Panaskan minyak dan masukkan kacang panjang. Masak selama 2 minit. Senang cerita sampai warna dia sudah cantik. Angkat dan ketepikan.

3. Masukkan daun kari dan masak sehingga berkilat. Nanti kalau masak mesti nampak perbezaannya kilat yang Fiqqq maksudkan. Angkat dan ketepikan.

4. Tinggalkan dalam 5 sudu makan lebihan minyak masak tadi dan masukkan daging. Masak sehingga air yang terhasil daripada daging itu kering. 

5. Masukkan bawang holland, halia, cili merah dan cili padi. Gaul sebati. Fiqqq kuat pedas. Jadi, lebihkan cili padi untuk rasa pedas. Hehehe

6. Masukkan kicap manis dan masak sehingga minyaknya keluar daripada daging.

7. Letaklah garam dan gula ikut citarasa masing-masing. Fiqqq kuat masin sikit. Hehehe. Jadi, lebihkan garam. 

8. Kacau sebati. Tutup api dan boleh hidang.


Haaaaa ... Senangkan? In Shaa Allah barang cukup, cara masakpun ikut turutan yang Fiqqq sediakan mesti boleh buat. Fiqqq dan Kak Azian masak senang-senang jer. Hehehe. Fiqqq sediakan video memasak sekali kalau nak tengok cara penyediaan resipi ini. Tengoklah dengan hati yang redha. Hahaha.