Sunday, 28 August 2016

Rakaman Takbir Hari Raya Aidiladha di IDCC Shah Alam

Sayu hati apabila Fiqqq dengar takbir raya yang bergema di IDEAL Convention Centre Shah Alam (IDCC) sepanjang rakaman semalam. Alhamdulillah Fiqqq dan beberapa orang geng KBBA9 berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk menyaksikan rakaman tersebut yang diusahakan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama IDCC Shah Alam. 


Takbir raya ini boleh kita saksikan di kaca televisyen pada hari raya Aidiladha nanti. Mungkin akan dijadikan selingan setiap cerita-cerita yang ditontonkan pada semua. Takbir raya ini istimewa sedikit kerana menggabungkan lebih daripada 60 orang artis lelaki yang terdiri daripada dua genre yang berbeza iaitu Rock dan popular semasa. Antaranya ialah Aris Ariwatan, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Afee Utopia, Amenk Ababil, Ezam EYE, Raymie Febians, Aweera, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Firman Qody dan ramai lagi.


Walaupun slot rakaman takbir di televisyen nanti mungkin tidak lama namun tidak sama dengan waktu sesi rakaman. Perlu banyak usaha dan kerja kuat dalam menjayakan sesuatu sesi rakaman. Boleh lihat daripada set yang disiapkan serta kru yang bertugas. Perlukan perancangan yang sangat teliti agar tidak berlaku sebarang kesilapan sewaktu disiarkan.




Bukan mudah dalam menjayakan program seperti ini. Lebih-lebih lagi Noraniza Idris mengumpulkan lebih daripada 60 orang artis dalam satu masa untuk rakaman takbir raya. Kenapa pilih otai-otai Rock? Fiqqq dimaklumkan bahawa Noraniza Idris ingin memartabatkan mereka dengan melibatkan dalam rakaman yang berunsurkan keagamaan dan lebih kepada kebudayaan. Almaklumlah, kita sendiri mungkin akan ada sedikit rasa bahawa orang yang Rock ini mesti ada masalah sosial. Walhal itu semua persepsi negatif kita terhadap mereka. Ada diantara mereka banyak menyumbang dan memainkan peranan penting untuk industri, bangsa dan agama. 



Tahniah Noraniza Idris kerana berjaya melaksanakan sesi rakaman takbir raya ini. Fiqqq juga ingin mengucapkan semoga berjaya dengan usaha murni dalam membuat persediaan Siri Jelajah untuk tahun keempat yang akan bermula September ini. Noraniza Idris berharap agar dapat membimbing artis pelapisnya untuk menyambung usaha perjuangannya dalam seni dan budaya. In shaa Allah, segala usaha untuk menuju ke arah kebaikan akan sentiasa dipermudahkan. Amin.

IDCC sebagai Set Pengambaraan ...


IDCC ini terletak di Seksyen 15, Shah Alam merupakan sebuah bangunan yang mempunyai 7 tingkat dan pelbagai fasiliti di dalamnya. Set sesi pengambaran ini berlangsung di tingkat paling atas dan merupakan sebuah Pusat Konvensyen bukan sahaja terbesar di Shah Alam malah merupakan sebuah Dewan Banquet yang terbesar di Malaysia. Haaaaa. Tercatak dalam 'Malaysia Book of Records' tau pada tahun 2015.

Ruang yang besar ini sesuai untuk dijadikan tempat persidangan, pameran, majlis perkahwinan, majlis korporat dan lain-lain. Tempat letak kereta pula sangat banyak kerana boleh memuatkan sebanyak 2200 kereta dalam satu masa. 

Sebarang pertanyaan boleh layari www.idcc.com.my atau hubungi +603 50313333. Kalau ingin guna dewan yang besar dan cantik ini, mohon buat tempahan awal. Almaklumlah, tempat yang cantik akan sentiasa penuh dengan majlis. Kan ... kan ... kan ...

Saturday, 27 August 2016

Food Mega Festival 2016 : Shah Alam

Fuhhhh ... Banyak betul pilihan makanan dan minuman di Food Mega Festival, Bulatan Bazarena, Shah Alam ni. 27 Ogos hingga 28 Ogos 2016 saja jika tidak silap Fiqqq. Buka daripada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Banyak gerai. Jadi, pening juga Fiqqq nak buat pilihan. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi sedang lapar. Ikut nafsu, binasa. Habis semua dibelinya nanti. Maka, beli mana yang teringin nak makan. Hahaha.



Waktu Fiqqq sampai dengan geng, tidak berapa ramai. Mungkin panas sebab pukul 2.00 petang tapi kelihatan makin ramai yang berkunjung bermula jam 3.00 petang ke atas. Mereka buat konsep bulatan dan ada pentas di tengah-tengah. Palet pula sengaja diletakkan untuk duduk sambil menjamah makanan yang dibeli. 


Tidak sempat pusing habis terus singgah sini. Panas dan tidak tertahan lagi melihat air sejuk bergelas besar ni. Hahaha. Maka, masing-masing buat pesanan ikut selera tekak. Jadi Fiqqq beli air Ribena apa entah nama dia. Hahaha. Serius hilang terus dahaga. Puas minum. Almaklumlah sebab gelas besar. Ikut nafsu, nak saja beli lagi satu.



Fiqqq ni jenis kuat makan. Boleh dikatakan perlu banyak bersabar apabila tengok makanan yang terhidang. Boleh boros beli makanan. Hahaha. Sedang beratur beli air, mata tertumpu kedai sebelah. 



Terus rasa lapar. Sambung beratur kedai sebelah untuk beli makanan pula. Sotong cheese dan Meatball cheese menjadi pilihan. Fuhhhh makanan dia. Sedap. Lebih-lebih lagi makan panas-panas dengan geng. Hahaha. 

Oleh kerana Food Mega Festival ini berlangsung selama dua hari, maka mungkin akan berkunjung esok hari pula untuk cuba makanan yang lain. Jom ... Jumpa di sana ya!!!

Friday, 26 August 2016

Petua Hilang 'Panas' Makan Durian

Semenjak dua menjak ni, kerap kali Abah balik bawa durian berbiji-biji. Memandangkan satu keluarga 'hantu' durian, memang tidak lepas peluang lah. Pantang nampak tepi jalan. Pilih yang elok-elok. Beli. Asal terhidang di rumah, habis dimakan. Fiqqq pula selalu cari 'kucing tido' ataupun durian sendiri-sendiri. Bahagian yang durian dia ada sebiji je dalam satu lekuk tu. Selalunya, bahagian tu sedap sikit dan ibarat ulas durian yang istimewa kaedahnya. Hahahaha. 


Tapi, kalau makan durian terlalu banyak boleh memudaratkan. Lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak tahan panas durian. Mesti demam atau sakit kepala. Jadi, Fiqqq selalu amalkan petua orang dulu-dulu. Caranya dengan minum air dalam ruas kulit durian. 


Letak air dalam ruas kulit durian. Baca bismillah dan selawat. Kemudian, minum air tu. Lagipun sedap sebab macam minum air mineral dan ada sedikit rasa durian dan baunya sekali. Nampak macam remehkan? Tapi, selalunya alhamdulillah Fiqqq tidak panas badan atau pening kepala atau demam. Cubalah, mana tahu rasi. Hehehe.

Wednesday, 24 August 2016

Sotong Besar : Tak cukup sepinggan !!!

Fiqqq dikhabarkan Sotong Besar ni sedap. Sampai perlu beratur panjang kalau nak makan. Apabila orang mula sanggup beratur, tunggu lama atau datang dari jauh maka mesti ada makanan yang menarik. Mana ada orang suka-suka buang masa nak makan makanan yang tidak sedap. Kan ... kan ... kan !?? 

Jadi, gigihlah pergi makan tengah hari di Nasi Kukus Sotong Besar yang terletak di KU3 Kristal Klang Commercial Centre. Nasib baiklah waktu datang orang belum nak berapa penuh. Terus dapat tempat duduk. Hahaha. Perutpun sedang lapar dan terus buat pesanan makanan.

Sotong Besar

Sotong ni memang besar dan memang sedap. Cukup rempah dan cukup masinnya. Ditambah pula kalau makan dengan sos yang disediakan. Bahagia dapat makan yang sedap tu lain macam. Hahaha. Boleh dikatakan, kalau makan mesti tidak cukup sepinggan. Mesti nak tambah. 

Nasi Kukus

Nasi kukus ni cukup lembut kalau dimakan. Ada pula sambal belacan dan timun. Memang sedap. Lagi-lagi Fiqqq ni pula tekak orang Jawa. Pedas sambal belacan tu perlu ada. Ringkas saja nasi kukus ni. 


Kira satu set sepinggan lengkap kita akan dapat Nasi Kukus Sotong Besar dapat Nasi Kukus, Sotong Besar dan kuah. Jimat, sedap dan memang berbaloi. Harga RM 12.00. Tidak termasuk air ya!!!

Teh Ais Special

Cuaca panas-panas gini memang sedap minum air sejuk. Ternampak pula teh ais. Special pula tu. Terus buat pesanan satu. Rasa teh ais ni memang kawww. Sedap dan lemak susu dia memang buat nak tambah lagi satu. Terbaik!!! Harga RM 3.50.


Nak dijadikan cerita, terserempak dengan kawan masa belajar. Krew untuk JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan). JJCM pun datang buat liputan di kedai ni tau. Jangan main-main. Haaa. Nampak tak betapa terbaiknya makanan di sini. Hahaha. Apa pun, apabila dah jumpa kawan lama macam biasalah, banyak lah cerita disembangkan walaupun sekejap sekurang-kurangnya dapat lah tanya khabar kawan. Hahaha.



Alang-alang dah ada, bergambar sekali dengan Naz, pengacara JJCM. Bukan selalu kan? Hahaha. Kalau nak datang kedai ni, pastikan datang awal. Takut kena beratur panjang terutama pada belah malam. Penat kita beratur, habis pula makanan. Dah kempunan tak dapat makan. Hahaha. Lepas ni, Fiqqq nak cuba makan steak pula sebab nampak sangat menyelerakan. 

Sunday, 21 August 2016

Andalas Corner : Teringin makanan 'western'

Lama betul sudah tidak ke sini. Fiqqq rasa bertahun juga lah dek sibuk urusan kerja sana sini. Hahaha. Jadi, ke sini lah Fiqqq makan malam sambil lepak-lepak dengan sedara-mara. Walhal, sebelum ni sudah makan malam dengan keluarga di rumah. Kira ini makanan pencuci mulut. Buat 'munch-munch' (kunyah-kunyah). Hahaha.

Fried Chicken and Beef Grill Burger


Fried Chicken Chop



Kuetiau Tomyam


Wedges Cheese


Fries


Minuman


Andalas Corner ini berdekatan dengan Taman Rakyat, Andalas. Tempat Fiqqq jogging bakar lemak waktu petang. Kadang-kadang la tapi. Malam-malam pula makan banyak-banyak, tambah lemak dan itu selalu. Entah macam mana diet nak kurus kalau begitu. Hahaha. 

Susah kadang-kadang jadi jenis kuat makan tapi kadang-kadang seronok. Boleh makan banyak. Hahaha. Apa pun, beringat-ingat. Nak sambung makan. Bismillah.

Sunday, 14 August 2016

Jagung ... Jagung !!!

Setiap kali hujung minggu, Fiqqq jarang terlepas beli jagung daripada Pak Cik Jagung yang selalu lalu depan rumah dalam pukul 2.00 petang - 3.00 petang. Jagung pak cik ni memang terbaik. Kalau ada tetamu datang rumah, mesti Fiqqq beli lebih sikit untuk makan bersama. Makanan yang sedap, perlu kongsi bersama. Kan ... kan ... Kan !!!


Apa yang sedap sangat sampai tiap-tiap minggu WAJIB beli?


Jagungnya manis. Ada rasa lemak jagung sikit. Saiz besar dan puas makan. Kemudian, makan waktu jagung masih panas lagi. Kalau nak diikutkan, Fiqqq bukan peminat jagung tapi selepas makan jagung ini terus jadi favourite. Hahahaha.


Inilah Pak Cik Jagung tu. Bunyi motor dia dah kenal sangat. Asal dengar saja, kelam kabut lari cari duit bergegas keluar suruh berhenti. Hahahaha. Walaupun tahu waktu-waktu pak cik ini lalu tapi tetap kelam kabut juga. Pak Cik!!!!! Hahaha. Ada hari-hari, pak cik jagung ni akan perlahankan sikit motor dia apabila lalu depan rumah Fiqqq

Harga sangat berpatutan. Kadang-kadang rasa lagi murah daripada beli di mana-mana kedai. Jimat masa pula tu. Tidak perlu siap-siap keluar rumah dan pergi cari jagung. Tahu-tahu pak cik ni dah jerit Jagung ... Jagung !!! Huhuhu. 

Friday, 5 August 2016

Roti John Terbakar!!!!

Selalunya, selepas jam 10.00 malam Fiqqq mula kelaparan. Tak boleh tahan. Entah macam mana nak dietpun tak tahu. Hahaha. Maka, langkah panjang pergi hidupkan enjin kereta dan jalan. Jauh juga pusing. Sampailah ternampak satu kedai baru. Stall biasa je di bahu jalan.

Segera buat pesanan. Beli yang special. Waktu menunggu masak, Fiqqq duduk tepi sambil main telefon bimbit. Tiba-tiba, nampak api marak. Terkejut juga lah ingat dapur terbakar. Rupa-rupanya abang roti john bakar keju atas dapur. Terbaik!!!!


Menarikkan? Buat drama betul abang roti john ni siap ada bakar-bakar api menjulang tinggi. Hahaha. Tujuan roti john ini dibakar dengan api untuk mencairkan keju yang ditabur atas telur. 


Keju yang digunakan pula keju Mozarela. Benda yang buat Fiqqq terliur dan tak sabar untuk makan apabila nampak keju itu cair dan sebati dengan telur. Kalau buat di rumah, mesti Fiqqq sudah ambil sudu dan amik sikit untuk ratah. Hahaha.


Untuk inti ada dua je, daging lembu dan daging ayam hancur. Kalau inginkan rasa kedua-duanya pun boleh. Banyak betul Fiqqq punya request. Inti dimasak siap dan disapu atas telur. Lain sikit daripada peniaga Roti John yang lain. Kemudian, dibubuh mayonis, sos cheddar, dan sos cili. Kemain menyelerakan sungguh. Penuh. Banyak. Puas makan.


Setiba di rumah, kelam kabut nak makan. Apa pun, perlu mulakan dengan bismillah. Hehehe. Nikmat makan roti john kali ini lain. Dengan keju yang meleleh, sos cheddar yang banyak ditambah pula rasa mayonis yang ada. Setiap gigitan akan rasa nikmat makan semua bahan bercampur dengan kesedapan daging lembu dan daging ayam yang dicincang halus. Terbaik.

Sebelum terlupa, Fiqqq kongsikan lokasi. Cuba seacrh Jalan Delima 14A Klang, Selangor. Area dalam Bandar Parkland. Macam nak pergi lagi je. Hahaha. Selamat mencuba ya!!!