Wednesday, 27 July 2016

Domino's Pizza : Beli 1 Percuma 1

Yeayyyyyyyyyyy!!!

Pantang nampak ada promosi Beli 1 Percuma 1. Lebih-lebih lagi berkenaan dengan makanan. Mungkin sebab tidak selalu makan jadi Fiqqq punya teruja terlebih tu lain macam sikit. Lagipun, promosi begini lah yang selalu Fiqqq tunggu. Mana tidaknya, dapat extra setiap pembelian. Jimat jimat jimat. Hahaha.


Beli terus yang extra large. Seorang satu. Makan sampai puas. Hahaha. Kalau nak diikutkan ada banyak jenis topping yang boleh kita pilih. Semua ikut citarasa masing-masing. Ada yang lebih keju, pedas, makanan laut, ayam, sayur dan sebagainya. Cuma kalau Domino's, Fiqqq selalu beli topping yang selalu makan jer. Hehehe.

Tuna Temptation - All Time Favourite 



Fiqqq paling suka tuna temptation. Rasa keju dalam pizza sangat banyak dan sedap. Ditambah pula dengan hirisan ketam dan lain-lain. Sangat penambat selera. Sekali makan, tak boleh nak berhenti. Hihihi.

Simply Cheese



Boleh dikatakan untuk pizza yang ini penuh dengan keju semata. Adalah sedikit rasa sos istimewa supaya menaikkan lagi selera. Pertama kali cuba topping yang ini. Sedap juga. Lebih-lebih lagi ditabur dengan enping cili. Fuhhhhh.

Aloha Chicken



Nikmatilah keseronokan makan pizza beserta hirisan ayam dan nenas. Ditambah pula dengan keju yang banyak. Boleh dinikmati dalam setiap gigitan pizza. Kecuali hujung crust. Hahaha.


Flaming Tuna



Bagi yang suka pedas, boleh cuba topping yang ini. Tidak lah terlalu pedas cuma ada juga rasa pedas. Kalau inginkan lebih pedas, tabur emping cili yang disediakan. Mungkin baru ada ummmhhh!!!

Cepat ... Cepat ... Cepat pergi layari https://www.dominos.com.my/  untuk buat pesanan. Boleh hidang untuk jamuan makan-makan dihari raya yang mulia ini. Paling tidak pun, buat pesanan untuk makan sendiri. Beli 1 Percuma 1 kot!!! Dan ... dan ... dan ... Cuba sign up untuk dapatkan lebih banyak promosi yang ada. Huhuhu.

Sunday, 24 July 2016

Korea Samyang Ramen Pedas 'Gilerrrrrr'? Tapi aku makan macam ...

Ramai yang cuba dan bagi feedback bahawa Korea Samyang Ramen ini pedas 'gilerrrrrrr' dan sedap. Jadi, Fiqqq pun cuba supaya tidak terlepas peluang untuk rasa walaupun sedikit kelewatan. Bukan apa, cuma tidak berapa berkenan untuk makan mee segera. Oleh kerana kes viral dan orang semua macam 'Korea Samyang Ramen challenge', pergi lah juga menggigihkan diri untuk beli. Hahaha.

Tapi, pedas sangatkah???


Ini pendapat Fiqqq setelah beberapa cuba makan Korea Samyang Ramen ni. Makanan ini sedap dan pedas. Nak dikatakan pedas 'gilerrrrrr' tu mungkin tidak bagi Fiqqq. Mungkin sebab Fiqqq jenis makan makanan yang pedas atau mulut sudah biasa dengan pedas. Maka, pedas samyang ni cuma pedas biasa. Tapi, yang membuatkan Fiqqq makan berulang kali sebab sedap. Serius sedap. Cukup dengan rasa pedasnya, mee dia sedap tidak seperti mee segera di Malaysia dan yang paling penting satu bungkus tu banyak dan puas makan serta kenyang. 

Nak dijadikan cerita ...


Apabila dah berkumpul dengan sedara-mara di rumah atok, seperti biasa akan layan movie baru dan borak sampai lebam. Hahaha. Lebih kurang 1 pagi macam tu, kelaparan. Nasib baik beli samyang. Maka, kami pun mula sepahkan dapur rumah atok. Hahaha. 

Selepas masak, sesi makan samyangpun bermula. Hahaha. Waktu ni paling seronok sebab mana yang tidak tahan pedas menggelupur cari air, cari benda sejuk untuk dikemam supaya dapat hilangkan pedas. Mungkin sebab Fiqqq cakap pedas biasa (ikut tekak Fiqqq la). 

Jom layan sekejap ... :D


Apa pun, kepada semua yang suka makan pedas wajib cuba makan Korea Samyang Ramen ni sebab sedap. Dan ... dan ... dan ... kalau boleh makan jangan selang minum air sebab akan jadi lagi pedas. Fiqqq makan tanpa selang air. Walaupun makan lambat tapi masih boleh tahan sebab tidaklah pedas sangat. Tapi, bagi yang tidak makan pedas, sediakan roti atau makanan serta minuman yang boleh hilangkan pedas. Lagipun pedas tidak lama, lepas makan, kumur-kumur mulut, dah hilang rasa pedas.

Selamat mencuba bagi yang belum mencuba :D

Tuesday, 19 July 2016

U Mobile : Makan-makan Raya ...

Jom beraya !!! Hahaha ... Fiqqq pantang diajak jalan makan-makan. Seboleh ingin sampai awal dan balik lewat sikit supaya dapat makan lebih. Banyak betul jemputan rumah terbuka. Cuma, kali ini lari sedikit daripada ketupat, rendang, sambal kacang dan lemang. Fiqqq join kempen 'Makan-Makan Raya' yang dianjurkan oleh U Mobile kerjasama dengan geng Ketchup


Untuk 'Makan-Makan Raya' ini, Fiqqq dan geng KBBA dihidangkan beberapa makanan yang istimewa dan mempunyai keunikan tersendiri daripada beberapa kafe yang terkenal di sekitar Lembah Klang. Jadi, kafe yang Fiqqq dapat pergi ialah ... Caffe Bene dan Yoshinoya & Hanamaru.

Caffe Bene

Keistimewaan kafe ini ialah gelato dan waffle yang sangat sedap. Kemanisan dan rasa asli dalam setiap bahan dalam gelato boleh dirasai ikut pilihan yang dihidangkan. Tidak cukup dengan satu scoop, Fiqqq tambah lagi beberapa scoop. Bagi penggemar waffle pula, perlu datang sini dan cuba. Pasti akan berikan satu rasa yang jadikan kita datang semula. Hahaha. 



Fiqqq suka gelato coklat. Rasa coklat yang sangat sedap. Ada rasa sedikit pahit ibarat makan dark chocolate. Kepada peminat coklat, wajib cuba.





Tidak lupa juga dengan keistimewaan minuman di sini. Lebih-lebih lagi air kopi yang dibuat dengan penuh ketelitian daripada penghasilan biji kopi sehingga dalam cawan yang terhidang untuk diminum. Ada macam-macam rasa yang boleh kita cuba. Ohhhh! Kalau ingin sejukkan tekak, boleh cuba beberapa bingsu yang ada di sini. Dan pastikan bukan datang sekali. Hihihi.






Yoshinoya Hanamaru 


Yoshinoya Hanamaru menyediakan beberapa makanan Jepun seperti Udon dan yang lazat dan sihat. Bahan-bahan yang digunakan pula merupakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan terbaik. Walau bagaimanapun, masakan Jepun ini di'Malaysia'kan sedikit untuk menepati citarasa kita. Almaklumlah, macam Fiqqq ni orang jawa dan kalau makan perlu ada rasa pedas. Jika tidak, pasti susah sikit nak telan. Hahaha.










Mungkin Fiqqq akan datang lagi untuk rasa menu lain pula. Puas hati dan kenyang makan. Hahaha. Lagipun dekat sikit sebab kedai ini di Aeon Mall, Shah Alam. Boleh makan puas-puas. Andai teringin, boleh pergi lagi sekali. Amboi, berapa kali nak pergi Fiqqq?

Kempen 'Makan-Makan Raya'


Kempen ini bersempena U Mobile ingin menghargai pelanggan supaya mereka dapat menikmati keistimewaan di enam F&B yang beri kerjasama iaitu Caffe Bene, Fish & Co, Yoshinoya Hanamaru, Sangkaya, dan Sweet Hut dengan menggunakan aplikasi MyUMobile

Kempen bermula daripada 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016. Apa yang perlu anda lakukan adalah bayar bil atau Topup dengan menggunakan aplikasi MyUMobile dan nanti boleh tebus tawaran hebat serta berpeluang untuk memenangi percutian 3 Hari 2 Malam di Penang. Menarik bukan?

Jom lah sertai sementara masa masih ada. Terima kasih U Mobile, Ketchup dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 14 July 2016

Ingat Dejavu ... Rupanya ...

Rasanya macam dah pernah berlaku situasi ni. Fikir balik. Eh, betul. Pernah lalui. Dejavu mungkin tapi mustahil. Fikir semula. Ohhhhh. Lupa yang Astro ulang siaran episod yang sama sebanyak seratus empat puluh enam ribu tujuh ratus tiga puluh sembilan kali. 



Fiqqq memang minat tonton cerita Disney XD. Lebih-lebih lagi kartun Pokemon Black & White. Cerita bersiri. Tapi hari-hari ulang tayang episod yang sama. Daripada waktu puasa hinggalah dah masuk raya yang ke berapa. Hmmm.

Banyak juga kartun yang Fiqqq layan. Phineas and Ferb, Kick Buttowski dan macam-macam lah. Siap boleh hafal dah skrip. Bukan sebab layan banyak sangat kartun tapi banyak sangat ulangan. Kenapa ya Astro? Adakah bayaran bulanan yang dibayar untuk siaran ulangan semata? Dah lah ulang siaran, lepas tu, suka-suka jer ubah rate harga. Halal rezeki Astro.

Fiqqq harap semoga ada satu syarikat baru yang akan masuk line dan beri yang terbaik untuk kepuasan pelanggan.

Tuesday, 5 July 2016

Rendang Ayam : Menu Wajib Aidilfitri

Setelah penat puasa sebulan dalam bulan Ramadan, masa untuk meraikan kemenangan di bulan Syawal yang bakal tiba. Maka, berkumpullah semua sanak saudara di rumah atok untuk masak ramai-ramai. Almaklumlah, masak bukan untuk seorang dua. Masak untuk semua. Haha. 

Jadi, menu wajib ada selain daripada ketupat dan sambal kacang ialah Rendang Ayam. Ini perlu masak lebih. Memang tidak cukup seorang dua ketul ayam. Mesti amik lebih. Fiqqq nak kongsi resipi arwah nenek. 


Bahan - bahan yang diperlukan : Rendang Ayam

1) Ayam (6 ekor)
2) Bawang merah
3) Bawang putih
4) Serai
5) Cili kisar
6) Kerisik
7) Gula Merah (gula melaka)
8) Santan pekat
9) Asam keping
10) Daun kunyit
11) Kunyit hidup
12) Garam
13) Gula


Jom kita mula masak dengan goreng ayam supaya jadi separuh masak. Jangan sampai masak sangat ya. Nanti kurang sedap. Perlu hati-hati ketika menggoreng ayam. Lebih-lebih lagi masa nak balik-balikkan ayam. Takut berderai. 


Selesai goreng ayam tadi, kurangkan sedikit minyak dan boleh tumis bahan-bahan yang dikisar (bawang merah, bawah putih, kunyit hidup dan serai). Selalunya kami akan tumis bahan-bahan ini menggunakan baki minyak menggoreng ayam.


Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sampai dia naik minyak sikit. Kacau sikit-sikit jer bahan-bahan ni supaya masak rata.


Masukkan kerisik dan kacau sikit.


Fiqqq guna gula melaka sebab rasa dia akan lagi sedap berbanding gula biasa atau gula merah. Gula melaka pula kena pandai cari sebab takut ada yang dah campur dengan gula biasa. Jadi rasa dia lain. Fiqqq punya tip tengok tekstur gula melaka tu cantik dan sedikit lembut. Hancurkan terlebih dahulu ya. Ketuk je guna lesung. 


Masukkan santan pekat dan gaul rata. Lepas masukkan santan perlu rajin gaul. Supaya cantik jer warna dia nanti. Apabila dah sebati, masukkan garam secukup rasa. 


Jangan terlepas pandang asam keping ya. Hahaha. Selalu bila dah nak masukkan ayam akan tertinggal bahan-bahan yang kecil-kecil ni. Kan ... kan ... kan !!! Hahaha


Akhir sekali, masukkan watak utama kita iaitu ayam. Gaul rata dengan penuh kasih sayang supaya ayam itu tidak bercerai-berai. Hahaha. Untuk menaikkan aroma masakan, kita taburkan daun kunyit. Gaul sikit-sikit sampai masak betul. Waktu ini memerlukan kesabaran yang tinggi sebab bau rendang ayam akan menggugat iman. Ya Allah ... Sabar je lah. 

Senang bukan nak buat rendang ayam ni. Fiqqq masak ni pun main campak-campak jer. Tau-tau dah jadi. Resipi untuk sedap ialah berselawat setiap kali nak masukkan bahan-bahan dalam kuali. Masak bulan puasa ni ada cabarannya sebab kita tidak boleh rasa. Jadi, main agak-agak jer. 

Harapannya semoga sedaplah ya. Hahaha. Petang nanti nak 'ngunjung'. Orang jawa panggil ngunjung tu kira tukar-tukar lauk dengan jiran-jiran. Kita bagi sikit lauk kita kat jirang depan, belakang, tepi rumah, senang cerita Fiqqq akan buat dalam 50 bungkus makanan dan edarkan kepada jiran tetangga. Dan ... dan ... dan ... waktu ginilah akan jumpa jiran tetangga and tunjuk muka serta perlu sabar menjawab soalan-soalan yang ditujukan. Agak-agak? Hahaha.

Sunday, 3 July 2016

Bazaar Klang : Pesta Beli Belah Sambut Raya

Setiap tahun Bazaar Klang ini akan menjadi tumpuan orang ramai sekitar Klang untuk membeli-belah buat persiapan sambut aidilfitri. Kalau nak diikutkan, bukan orang Klang sahaja yang akan serbu bazaar ini malah orang dari Shah Alam dan ada juga dari Kuala Lumpur. Jadi, memang akan sesak dan padat dengan manusia. Mengeluh Fiqqq yang datang sekadar untuk mencuci mata. Hahaha.


Apa yang seronok sangat di Bazaar Klang ini? Banyak barang yang anda semua boleh beli dengan harga yang sangat murah. Harga 'pecah' katanya. Macam-macam ada. Pelbagai jenis pakaian, warna dan rekaan. Baju, seluar, baju melayu, baju kurung, tudung, pin tudung, topi, kasut, dan banyak lagi. 







Bukan pakaian sahaja yang boleh beli di sini malah kuih raya serta dodol juga ada. Dodol pula boleh dapat yang baru lepas masak. Panas-panas. Dalam banyak-banyak kedai kuih raya, pilih lah ikut selera tekak masing-masing ya. Mereka ada menyediakan bekas untuk rasa kuih raya sebelum beli. Hahaha. 




Kalau datang sini hanya sekadar cuci mata mesti akan berubah niat untuk membeli tak satu barang mesti dua. Mana tidaknya, harga murah. Pasti tergoda untuk beli. Lagi-lagi barang yang tiba-tiba terkenan di hati. Kalau tak beli pula boleh terbawa dalam mimpi derrr. Hahahaha.


Ini tempat golongan ibu akan berlonggok ramai-ramai. Ada satu masa nanti, mereka akan lelong bunga-bunga yang ada. Kalau tidak silap mereka gubah khas untuk tema raya. Macam-macam jenis dan gubahan bunga yang ada. Golongan ibu ni memang akan rambang mata. Mesti beli satu. tak pun dua. Almaklumlah, nak tambah seri di rumah untuk sambut raya. Betul tak? 



Kalau nak diikutkan, parking kereta sedikit azab. Ada yang terpaksa berjalan jauh sedikit. Namun, orang tetap ramai. Belum waktu malam raya!!! Akan jadi lagi ramai. Kenapa? Sebab waktu itu akan berlangsungnya lelongan barang-barang yang diniagakan. Lebih-lebih lagi yang jual kuih raya.  Fiqqq pernah sekali datang pukul 2.00 pagi tahun lepas kalau tidak silap. Orang ramai sungguh. 

Fiqqq nak cakap yang nanti waktu di bazaar, awasilah barang-barang peribadi seperti beg duit, telefon bimbit dan semua lah. Lagi-lagi yang bawa anak kecil. Pastikan mereka sentiasa ada di sini. Lebih baik pegang tangan mereka. Jangan sampai terleka. Adalah lebih baik berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu yang tidak diduga.

Dan ... dan ... dan ... Santai-santai je waktu membeli-belah. Kalau datang ke bazaar lepas tu merungut ramai orang, lebih baik tak payah datang. Nama pun tempat ramai orang. Haishhhh. Fiqqq terdengar satu rungutan walaupun mata melilau melihat kasut-kasut di hadapan mata. Hahaha.