Tuesday, 28 June 2016

Seronok ya beli-beli di NSK !!!

Puasa tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi. Selain kita mengejar ibadah untuk 10 malam terakhir, persiapan untuk menyambut kemenangan kita berjaya berpuasa sebulan juga tidak dilupakan. Persiapan kena buat awal juga. Takut-takut banyak barang yang habis. Kesian tetamu yang datang. Sebolehnya, ingin jamu yang terbaik bagi mereka yang menziarah rumah kita. Kan ... kan ... kan ???


"Seronok ya Afiq beli barang kat sini!", atok.

Bukan main seronok lagi atok aku beli-beli kat sini. Bukan apa. Satu, dekat dengan rumah. Dua, semua ada. Kalau nak beli satu-satu ada, nak beli borong pon ada. Harga memang berpatutan. Cerita berkenaan harga, Fiqqq sangat detail. Sebolehnya, buat survey untuk bandingkan harga. Kena bijak membeli. Kenapa perlu bayar lebih untuk produk yang sama. Betul tak?

Jadi, Fiqqq akan beritahu atok siap-siap. Harga dan kuantiti. Atok ni jimat orangnya dan tidak suka membazir. Kalau arwah nenek dulu, sebolehnya semua dia nak beli. Huhuhu. Apa pun, dalam keadaan ekonomi sekarang, kena buat kira-kira perbelanjaan dengan bijak. 


Boleh dikatakan, Fiqqq dah macam jadi jurujual. Mana tidaknya, setiap barang Fiqqq akan terangkan pada atok. Buat perbandingan tapi biar atok yang pilih.  Akhirnya, ikut cakap Fiqqq juga sebab nanti cucu-cucu yang minum air banyak-banyak tu. Hahaha.

Dan ... dan ... dan ... jangan lupa untuk lihat tarikh luput makanan mahupun minuman yang dibeli nanti. Membazir nanti. Selamat membeli-belah. Berbelanja ikut kemampuan ya. :D

Friday, 24 June 2016

Bubur Lambuk Terbaik : Lambat. Habis!!!


Fuhhhhh !!! Beratur panjang ... Setiap tahun macam ni lah yang berlaku di Masjid Dato Dagang, Kampong Jawa selepas solat Asar dalam bulan ramadan. Orang ramai dah mula berpusu-pusu beratur menunggu giliran untuk ambil bubur lambuk. Nasib baik Fiqqq sampai agak awal. Itu pun terpaksa parking jauh. Maklumlah, rasa sedap dan nikmatnya makan bubur lambuk ini waktu berbuka puasa dalam bulan ramadan je. Kan ... kan ... kan ???


Teringin juga ingin membantu untuk buat segala persiapan. Alang-alang tolong buat bubur lambuk, boleh Fiqqq dapatkan resipi turun temurun ni. Namun, belum diberi kesempatan kerana urusan harian yang perlu dilaksanakan. In Shaa Allah suatu hari nanti. Hihihi. 


Setiap orang akan dapat dua bungkus. Selalu Fiqqq akan pergi dengan Arsyad, adik Fiqqq supaya dapat lebih sikit. Bukan tamak ya ambil banyak-banyak. Ambilkan untuk nenek dan saudara-mara yang tidak berkesempatan untuk datang ambil. Haaaaa. 

Fiqqq sangat suka rasa bubur lambuk di sini. Bukan sebab selalu makan tapi rasa bubur lambuk dia sangat sedap. Cukup rasa dan sangat menyelerakan. Mesti nak tambah setiap kali makan. Lagi-lagi makan waktu berbuka puasa. Kadang-kadang simpan sedikit untuk dijadikan moreh. Makan lepas tarawih.

Kalau nak diikutkan, rasa bubur lambuk ini tidak pernah berubah. Sama je daripada dulu sampai sekarang. Memang guna resipi turun temurun orang kata. Tidak lebih dan tidak kurang rasanya. Kalau berkesempatan, datang lah. Ada rezeki, in Shaa Allah dapat sebungkus. Sebab kalau lambat memang akan habis. 

Apa pun, terima kasih Fiqqq ucapkan kepada semua yang sudi menyumbang wang ringgit mahupun bahan-bahan masakan. Tidak lupa juga kepada ahli masjid yang bertungkus-lumus setiap hari untuk bagi semua orang makan bubur lambuk yang sedap itu.


Wednesday, 22 June 2016

Majlis Iftar bersama Amyra Rosli

Cantiknyaaa!!!

Selalunya, sebelum berbuka di rumah, Fiqqq layan Slot Akasia - Seindah Takdir Cinta yang dibintangi oleh Amyra Rosli, Redza Rosli dan Saharul Ridzwan. Kantoi layan drama. Kahhh!!! Majlis iftar ni, nampak Amyra Rosli depan mata, hilang kata-kata, "Antara Janji dan Bisikan Hati" untuk beriftar bersama. Ecehhh! Ayat drama tu. Macam iftar berdua je pula di Laman Kayangan, Shah Alam. Hahaha. Iftar sekali bersama rakan media yang lain juga tau.


Keterujaan Fiqqq melihat kecantikan Amyra Rosli dalam busana terbaharu daripada Wedding.com.my, maka terus menyapa untuk bergambar terlebih dahulu. Hahaha. Cantikkan? Apabila Fiqqq kongsikan di instagram, ada yang menyatakan Amyra Rosli kelihatan seperti princess. Haaaa. 


Bergambar satu dua. Walaupun sebenarnya banyak juga. Terima kasih lah pada geng Kelab Blogger Ben Ashaari si Mera Hussain tolong ambilkan gambar untuk dijadikan kenangan terindah. Hehehe. Selesai. Masa menunggu azan pula dan siap-siap untuk berbuka. Makanan di Laman Kayangan ni pun terbaik. Macam-macam ada. Makanan ala barat, selera kampong dan beberapa menu asia. Cuma Fiqqq ambil sikit-sikit terlebih dahulu. Sedap-sedap tau juadah berbuka di sini. 



Untuk makluman, Majlis Iftar yang dianjurkan oleh pihak Wedding.com.my ini membawakan Amyra Rosli untuk memperkenalkan busana pengantin terbaharu mereka. Wedding.com.my merupakan syarikat yang menyediakan khidmat alternatif dalam merancang majlis perkahwinan yang ringkas, cantik dan mampu milik. Almaklumlah, sebolehnya kita kena banyak berjimat. Dalam masa yang sama, inginkan majlis perkahwinan yang cantik. Sekali seumur hidupkan. Selagi boleh jimat, maka kita berjimat. Kan ... kan ... kan ???

Alamat : H-89-1, Block H, 72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : +603-79320050 

Fiqqq ucapkan terima kasih kepada pihak Wedding.com.my untuk majlis iftar yang meriah. Busana pengantin dipakai oleh Amyra Rosli yang nampak cantik dan indah. Makanan di Laman Kayangan, Shah Alam juga sungguh menyelerakan sampai makan bertambah-tambah. 

Monday, 20 June 2016

Bazar Ramadan : Pesta Juadah

Setelah beberapa hari berpuasa, baru ni lah Fiqqq rasa nak pergi ke bazar ramadan untuk mencari juadah berbuka. Sebelum ini, memang makan apa yang ada di rumah. Masak sendiri. Berjimat katanya. Hahaha. Bukan apa. Kalau dah sampai di bazar, mesti rambang mata. Maklumlah, macam-macam ada. Kan ... kan ... kan ???

Jenuh juga pusing satu bazar. Nafsu makan membuak. Tapi dah besarkan!!! Apa ada hal. Survey satu-satu gerai yang ada. Apabila dah sampai hujung, abah suruh senaraikan apa yang nak beli. Memang selalu gitu. Sekurang-kurangnya dapat elak pembaziran. Beli mana yang teringin sangat nak makan. 

Juadah 1 - Ayam Panggang RM 14 (seekor)


Dari jauh kita dah boleh perasan gerai ayam panggang ni sebab dia punya asap berkepul naik ke atas. Hahaha. Apabila dah dekat kena bawa bersabar sikit sebab bau dia memang menyelerakan. Kena beratur juga lah waktu nak beli. Nasib baik sampai awal. Bagi Fiqqq, ayam panggang ni sedap. Lagi-lagi kalau makan dengan sos lada hitam dia. Memang akan rasa tak cukup seekor kalau makan. Kalau nak diikutkan, rasa ayam ni sama je setiap tahun. Huhuhu.

Juadah 2 - Kuih Tepung Pelita RM 2 (5 ketul)


Kuih tepung pelita ni sedap. Bahagian putih tu sedap. Bahagian yang hijau tu lagi sedap. Cukup manis. Cukup lemak. Selalunya, Fiqqq akan makan bahagian putihnya dulu. Kemudian, baru makan bahagian yang hijau. Orang cakap, kalau nak sedap makan serentak. Tapi, entah kenapa Fiqqq suka makan cara begitu. Makan satu satu. Sama macam makan kuih lapis. Gigih makan ikut layer. Makan putih, lepas tu makan merah pula. Hahahaha. 

Juadah 3 - Putu Bambu Pandan RM 3 (5 ketul)


Suka tengok cara pembikinan putu bambu ni. Bau dia pun sedap. Lagi-lagi yang ini ada bau pandan. Wangi. Rasa putu bambu ni boleh lah. Kalau manis sikit akan lagi sedap. Mungkin lebihkan sedikit gula merah dalam putu bambu. Fiqqq kuat manis kot. Hahaha. 

Dah habis ... Beli sikit je. Sikit-sikit pun dah RM 19 untuk tiga juadah. Terlebih berbelanja dah ni. Kebiasaannya, Fiqqq akan buat seperti di bawah. Gigih siap list.

1 - Buat senarai makanan. Agihkan ikut hari supaya tidak terlebih beli. Puasa kan sebulan. Tak semestinya nak rasa semua dalam satu hari. Hari lain kan ada.

2 - Hadkan jumlah perbelanjaan dalam sehari. Contoh, harga keseluruhan membeli-belah di bazar tidak boleh lebih RM 20 sehari. Tak boleh lebih. Tak boleh terbeli. Tak ada alasan. Haaaaaa.

3 - Bandingkan harga, kuantiti dan cara masak setiap gerai. Ada gerai di bazar berniaga memang nak bagi orang makan. Banyak dia bagi. Harga pun murah. Rasa pun sedap sebab ikhlas nak bagi orang makan. Ada yang suka bagi ala-ala bersederhana gitu.

Rasanya ini saja yang Fiqqq selalu buat. Selera ikut tekak masing-masing la ya. Kita sebagai pembeli kena bijak. Bijak membuat perbezaan dan perbandingan. Apa pun, semoga kita sentiasa bersederhana ketika membeli juadah berbuka puasa. Jangan sampai membazir dan makanan itu menjadi habuan untuk tong sampah. Sesungguhnya, membazir itu amalan ... sendiri ingat ... Huhuhu.

Saturday, 18 June 2016

Raikan Mereka : Tanggungjawab Kita ...

Selain daripada kita wajib menjaga hubungan dengan Maha Pencipta, kita juga perlu menjaga hubungan sesama manusia. Bagi Fiqqq adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang diberi sedikit kesenangan untuk membantu mereka yang memerlukan. Mereka mungkin ada yang tiada ibu atau bapa dan mungkin kedua-duanya. Kepada siapa mereka ingin bergantung harap?


Beberapa hari lalu, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) meraikan lebih kurang 80 orang kanak-kanak terpilih dari YAKIN Malaysia (Badan Amal Kemajuan Insan) dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA) yang terdiri daripada golongan yatim, asnaf dan mualaf dalam majlis berbuka puasa di Cafe@ PICC. Lebih daripada 300 juadah makanan bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" yang Cafe@PICC sediakan untuk mereka berbuka puasa. Termasuk ala-ala warung di beberapa lokasi di luar dewan. 




YAKIN Malaysia ini merupakan satu badan kebajikan yang berperanan sebagai "Pusat Rundingan Cara Harian". Lebih kurang macam One Stop Centre. Pusat jagaan tidak berkediaman yang menjadi pusat khidmat nasihat, penyelaras dan penyalur maklumat dalam pelbagai aspek seperti bantuan kewangan, makanan, kebajikan, perubatan, perumahan dan sebagainya. 

RUKESA pula adalah sebuah pusat jagaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menaungi lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan anak fakir miskin yang berusia dalam linkungan antara 3 hingga 12 tahun. Jadi, andai terbuka hati untuk memberi sumbangan pada mereka atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk maklumat yang Fiqqq kongsikan di bawah.

YAKIN Malaysia
Alamat : BADAN AMAL KEMAJUAN INSAN MALAYSIA, 
99-3 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-9201 6695 / 012-208 1547
Fax : 03-9285 0853 / 03-9282 3853
Email : malaysia_yakin@yakinmalaysia.com


Sebelum majlis berbuka puasa bermula, anak-anak terpilih ini dapat duit raya tau. Disampaikan oleh YBhg. Dato Badlishah Hj. Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X). Nampak senyuman mereka terukir apabila terima duit raya. Awal tau dapat duit raya. Huhuhu. Rezeki mereka. 

Waktu di sana, Fiqqq sempat berbual dengan beberapa kanak-kanak ini. Termasuk adik Amirul yang istimewa. Sayu hati melihat cara dia makan, bercakap dan tertawa. Fiqqq kalau bab-bab macam ni tak boleh lama-lama. Hati tisu. Kena kuat semangat sikit sebab mereka sedang bergembira menikmati juadah berbuka. Semoga sihat dan ceria-ceria ya Amirul dan Fiqqq doakan agar Allah sentiasa melindungi dan merahmati Amirul. :D


Selepas itu, nak dijadikan cerita. Fiqqq ada ternampak seorang kanak-kanak ni makan aiskrim. Selera sungguh dan Fiqqq pula terliur. Aiskrim teh tarik. Hahaha. Pergi lah tegur tanya mana dapat. Dia terus bangun, tarik tangan bawa Fiqqq ke lokasi ambil aiskrim. Alaaaaa, baiknya hati. Sebab selalunya kita hanya tunjuk dan beri arahan je. Lepas tu pandai-pandai lah cari sendiri. Kan ... kan ... kan ??? Terus terdetik yang Fiqqq kena ringankan tulang untuk membantu. Huhuhu. Lokasi yang dekat-dekat lah. 


Kalau ada majlis bersama mereka lagi teringin nak join. Lagi-lagi kalau dapat bergotong-royong buat persiapan raya bersama mereka. Belum pernah rasa lagi pengalaman itu. Huhuhu. Apa pun, Fiqqq harap kita sebagai masyarakat prihatin dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu banyak sumbangan yang diberikan. Sikit pun memadai. Andai ada 10 orang dan setiap orang beri RM1. Dah jadi RM10. Betul tak? Apa pun yang penting adalah ikhlas. 

Andai ada yang memerlukan bantuan, harap kita dapat panjang-panjangkan maklumat agar sampai ke pengetahuan mereka yang benar-benar ingin menyumbang. Bulan ramadan ni pesta ibadah. Banyakkan bersedekah dan amal jariah. In Shaa Allah kalau kita buat baik, Allah beri kebaikan juga pada yang memberi. Begitu sebaliknya. Jadi, pilih! 

Wednesday, 15 June 2016

Aku Budak Baru !

Ada apa dengan budak baru? Seketul manusia yang dipanggil Fiqqq dalam Kelab Blogger Ben Ashaari



Fuhhhhh!!! Serius masa permulaan untuk letak nama dalam senarai untuk join KBBA, Fiqqq berpeluh, takut, teruja, risau dan rasa kerdil. Senang cerita, semualah. Macam nak interviu pula. Hahaha. Manakan tidak. Fiqqq bukanlah jenis ada ramai kenalan. Penulisan dalam blog pon tak ada yang baca. Mungkin seketul dua. Sebab baru sangat. Itu pun setelah cubaan beberapa kali. Hahaha.

7 Mac 2016, 10:22 AM

"Assalamualaikum. Ben Ashaari, saya Afiq dan nak join KBBA. 
Saya baru dlm dunia blogger dan nak cari ilmu sebanyak yang mungkin."

Inilah dia mesej yang Fiqqq hantar ketika itu. Seram sejuk nak menaip. Haaaa. Fiqqq tidak meletakkan harapan terlalu tinggi sebab sedar diri. Untuk join satu kelab yang ada nama dan orang kenal dalam industri penulisan blog bukan mudah. Hmmm. Tiba-tiba, mesej masuk. Tidakkkk! Inilah peluang. Jangan lepaskan! Sebab ada beberapa ujian. Haaaa. Baguskan? 

Apabila diletakkan dalam satu tempat. Waktu ni belum masuk lagi tau. Fiqqq dapat lihat ramai orang yang hebat. Daripada penulisan yang meyakinkan dan ada diantara mereka sudah lama dalam bidang penulisan blog. Tapi, takkan Fiqqq nak putus harap? Cuba dulu. Apabila berada dalam keadaan ini, Fiqqq kena bijak. Macam mana nak jadikan diri ada kelebihan yang orang lain tak de. Hmmm. Jadi diri sendiri. 

Bila diri kerdil ini diterima dalam KBBA, Fiqqq cuba serap segala ilmu yang ada. Apa yang dikongsikan dan segala teguran. Fiqqq cuba ubah dalam penulisan supaya bertambah baik. Bukan senang nak meyakinkan orang. Lebih-lebih lagi, mereka yang membaca mungkin bukan daripada kenalan. Fiqqq tidak kejar nama mahupun glamour. Cukup sekadar penulisan Fiqqq, mampu beri impak kepada masyarakat.

Lagipun sekarang ni kan, senang cerita, perlu ada pakej. Perlu ada rupa, kebolehan menulis dengan baik, komitmen yang tinggi dan sebagainya. Tapi kan. Diri ini tak banyak kelebihan. Masih baru. Mentah. Penulisan pun ala kadar. Rupa lagi lah tak ada dan tidak pandai untuk bergaya. Mana yang ada. Tapi ... Adakah mampu untuk Fiqqq ikut jejak langkah mereka yang dah berjaya dalam KBBA? Mampu tak berjaya seperti mereka? 


Terima kasih Razzwey sentiasa beri tunjuk ajar dan kata-kata semangat untuk maju dalam penulisan blog. Tidak lupa juga pada guru, pendidik yang banyak menegur, mengajar dan menasihati serta pengasas KBBA iaitu Ben Ashaari kerana beri peluang pada Fiqqq untuk join KBBA. 


Dan ... dan ... dan ... mereka semua ...


Tuesday, 14 June 2016

Untuk Aku : Si Pendosa

Teringin juga nak ikut cara kawan-kawan yang ringan tulang mengerjakan ibadah. Ringan je kaki melangkah ke masjid. Ringan je tolong orang sana sini. Teringin. Kenapa? Sebab Fiqqq berat tulang. Kadang-kadang cuma. Itu pun kena ikut mood. Setiap kali melangkah menuju jalan untuk dekatkan diri dengan DIA. Mesti ada dugaan yang menduga.


Jalan menuju ke arah kebaikan memang mencabar. Sangat-sangat mencabar. Orang cakap jalan tu berliku. Walhal kita menuju ke jalan yang lurus. Tidak termasuk hasutan 'geng jahat' kita yang sering berbisik. Tidak termasuk dengan cacian daripada rakan-rakan yang mengeji perilaku untuk berubah. Kan ... kan ... kan ??? Payah. Sebab ujian yang DIA bagi itu untuk menguji. Sama ada kita ni sabar atau terus putus asa dan putus harapan. Lalu tidak bergantung harap. Putus doa. JANGAN!!!

Disaat diuji. Kita memerlukan keluarga untuk beri sokongan. Sahabat yang rapat. Orang sekeliling pun jangan terlalu cabul mengata. Andai hidayah anda belum sampai, janganlah hancurkan hidayah orang yang baru menyinggah. Jadi, susah.

Kenapa nampak payah? Lagi kita kuat untuk berubah, lagi banyak ujian yang datang terjah. 


Pernah sahabat berkongsi. 

"Kenapa kita rasa berat untuk beramal? Sebab banyak solat yang kita tinggal, kita lupa untuk buat amal, kurang doa dan sebagainya. Senang cerita. Jadi berat sebab banyak dosa." 

Pernah juga seorang sahabat beri nasihat. 

"Fiqqq, kita nak buat baik ni memang susah. Bila kita buat ada orang mengata. Katanya menunjuk. Apabila kita tak tahan. Kita berhenti buat kebaikan. Walaupun kebaikan itu cuba dah kita sembunyi. Mulut orang yang nak menjatuhkan. Kena banyak bersabar."

Pernah arwah nenek berpesan.

"Tidak kisahlah orang nak cakap apa. Janji kita jaga solat. Hormat ibu abah. Hormat orang yang lebih tua. Biar orang buat kita tapi JANGAN kita buat orang. Kalau kita balas perbuatan orang, jadi, apa yang membezakan kita dengan mereka?"

Hati kena kuat. Kena cekal. Payah itu memang tidak boleh disangkal. Tapi tak kan nak tunggu ajal. Baru nak menyesal. Hmmm. Apa pun niat kena jaga. Kita kenal diri kita. Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus doa dan beri semangat. Tidak pernah Fiqqq lupa jasa kalian. 

Semoga ramadan kali ini beri peluang untuk jadi lebih baik. Peduli mulut orang. Jadi satu kerja pula nak jaga mulut mereka. Adalah lebih baik kita jaga ibadah kita. Hubungan kita dengan DIA. Hubungan kita dengan keluarga dan semua yang ada di sekeliling. 

Kalau ada sebarang doa yang boleh diamalkan, Fiqqq  mohon kongsikan. Harap Fiqqq dan sesiapa yang baca boleh hafal dan amalkan. Terima kasih.

Sunday, 12 June 2016

Kafe The Chef : Buffet Ramadan RM39.90

Mencari lokasi yang sesuai dan mempunyai makanan yang sedap merupakan sesuatu yang susah Fiqqq nak buat kadang-kadang sebab agak memilih makanan. Bukan memilih sangat pun tapi cari mana yang murah, banyak dan sedap. Zaman kegawatan ekonomi ni perlu jimat berbelanja. Kan ... kan ... kan???


Fiqqq nak kongsikan beberapa pengalaman semasa berbuka di Kafe The Chef yang terletak di Kota Kemuning. Masa tu pergi dengan beberapa geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Memang puas hati. Hanya RM 39.90 (dewasa) dan RM 19.90 (kanak-kanak) boleh makan lebih daripada 60 jenis juadah makanan. Murah dan banyakkan? 


Haaaa. Tengok kambing ni. Digolek dan dibakar dengan baik. Pelbagai rempah ratus digunakan bagi menaikkan lagi rasa ummpphhhh. Paling suka waktu Fiqqq tengok dia potong daging kambing ni. Dengan berjusnya, lembutnya dan bila air kambing menitis terkena arang mula lah bau kambing ni naik. Makan pula dengan sos mint atau lada hitam. Penggemar kambing akan ulang pinggan di bahagian ini. Huhuhu.

Selain daripada kambing bakar, The Chef fokus kepada menu istimewa yang dipanggil Mongolian Barbeque. Menu ini memang sedap. Kena pandai pilih sebab kita kena pilih apa yang kita nak makan. Pilih sos ikut selera tekak masing-masing dan bagi pada tukang masak. Menjadikan Fiqqq kena bawa bersabar ialah menunggu mereka masak. Bukan lama pun cuma terliur tengok waktu makanan itu dimasak. Dengan bau yang menyelerekan. Makanan segar dan aroma sos menusuk hidung. Perghhh!!!























Banyakkan yang boleh kita pilih? Fiqqq pilih sos Mongolian hari tu. Rasa dia macam masak kicap sikit tapi memang sedap. Tukang masak dipun bukan calang-calang orang. Setiap bahan dimasak dengan baik. Tidak terlalu masak dan tidak terlalu mentah. Memang sedap. Nak tambah kena tengok saiz perut juga sebab ada banyak lagi juadah yang perlu Fiqqq cuba. 60 juadah gaissss. 60!!!






















Waktu Fiqqq tengok lauk-lauk di sini memang teruja, bertabah pun ada. Banyak. Semua sedap-sedap. Cukup rasa, cukup rempah ratusnya, dan cukup buat kita kenyang waktu berbuka puasa nanti. Kejap, Fiqqq belum habis kongsikan gambar lagi. Ada lagi sikit.










Bahagian kuih-kuih juga tidak kurang sedapnya. Fiqqq paling suka kuih bakar, red velvet dan pastri. Sangat sangat lah sedap. Memang Fiqqq amik banyak yang tu. Mana boleh makan sikit-sikit kan? Hahaha. Lagi-lagi apabila nampak tong air yang sejuk. Memang istighfar banyak-banyak. Ada ABC juga tau. Buat sendiri ikut citarasa sendiri. Letak ikut suka. Haaaa.




Dan Fiqqq sempat rasa Air Pandan Tiga Layer. Sedap dan menyegarkan. Kalau datang sini, boleh cuba tau nanti. Lepas tu kan, waktu ambil makanan tu kadang-kadang memang tidak boleh kawal nafsu. Main ambil je. Sampai penuh satu meja.


Alhamdulillah rezeki berbuka di Kafe The Chef memang seronok. Seronok dengan makanan. Terima kasih kepada Chef Azman Aziman dan Kak Ezlin atas menu juadah berbuka yang sangat sedap. Orang Shah Alam, Klang dan Kota Kemuning tidak perlu pening-pening mencari lokasi berbuka lagi. Datang je sini.

Kafe The Chef
Lokasi : Kota Kemuning (bersebelahan Gamuda Walk)
Masa : 6.00 petang - 10.00 malam (berbuka)
Tel : 03-55253707 l 012-3171707
Facebook : Kafe The Chef
Instagram : thechef.shahalam


Kafe ini baru dibuka sebenarnya. Jadi jangan lepaskan peluang untuk jadi pelanggan terawal untuk menikmati pelbagai juadah yang sedap-sedap. Hehehe. Jom!