Tuesday, 31 May 2016

Teringin Spaghetti !

Boleh tahan juga si Arsyad ni. Mentang-mentang bulan ni birthday dia. Habis semua dia nak order. Tak cukup dengan special surprise belikan kek Baskin Robin. Dia minta nak makan spaghetti. Wahh wahhhh wahhhh!!! Hahahah ...

Lagipun, Fiqqq ada adik sorang ni je. Kadang-kadang bab makan ni, layankan saja. Alang-alang, boleh makan malam sekeluarga. Hmmm ... Macam biasa, ibu, kalau makan kat luar nak cari kedai makan yang mengenyangkan, sedap dan murah. Jadi, Fiqqq pon terus suruh mereka semua siap-siap. Gerak ke The Sumbs :D


Spaghetti Carbonara - RM 9.90


Steaky Pasta - RM 22.50


Chicken Parmagiana - RM 15.00



Chicken The Sumbs - RM 12.50


Churros - RM 4.90

Penuh jugalah meja dengan makanan. Hahaha. Nampak sedapkan makanan dia? Cuba rasa. Mesti bukan untuk yang pertama kali dan bukan juga yang terakhir kali. Apabila makanan semua sedap dan okey, mood makan malam tu macam ceria sikit. Itu yang penting sebenarnya. Moment seronok makan malam bersama keluarga. Pemilihan kedai makan dan menu atas pinggan juga main peranan. Wahhh!!! :D



Apa pun, Fiqqq akan cari kedai makan yang terbaik dan masakan yang sedap-sedap. Bukan selalu dapat bawa semua makan di luar. Ada rezeki sikit, baru leh belanja. Huhuhu. Dan ... dan ... dan ... sebelum terlupa ... Selamat Hari Lahir Arsyad yang ke - 10 tahun. Semoga sihat, bijak, pandai, taat pada perintah Allah, dengar cakap ibu abah, abang Afiq sekali, rajin solat, mengaji, jadi anak yang soleh. Hahaha. Panjang betul wish. Yang penting, semua yang baik-baik untuk ko dik!

Monday, 30 May 2016

Laman Kayangan Buffet Ramadan 2016 : 6 Negara, 1 Dewan

Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Betul-betul tak sabar nak sambut ramadan. Banyak persiapan yang perlu kita buat. Daripada aspek ibadah, rohani dan semualah. Untuk berbuka juga menjadi perkara penting waktu bulan puasa nanti. Sesekali, nak juga kita berbuka dengan juadah yang berbeza kan? 

Apa kata cuba di Laman Kayangan yang terletak di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Beberapa hari yang lalu Fiqqq dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari terpanggil untuk lihat previu Buffet Ramadan Laman Kayangan 2016. 


Mula-mula, Fiqqq ingat salah tempat. Almaklum, Dewan Laman Kayangan dihias megah ibarat ada majlis kahwin secara besar-besaran. Dengan rasa kecil diri ini terus melangkah masuk. Apabila masuk terus teruja. Sangat meriah. Meriah dengan pelbagai makanan. 

Buffet Ramadan Laman Kayangan 2016 bertemakan 'Santapan Kayangan' dan terdapat pelbagai menu yang berasal daripada enam buah negara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Brunei dan negara kita yang tercinta; Malaysia. Fiqqq rasa ibarat di dalam syurga makanan.














Ni yang sempat amik. Jujur tak cukup tangan nak ambil semua. Fiqqq macam biasa. Apabila makanan semua atas meja, depan mata. Terus Bismillah. Hahahaha. Mana boleh lambat-lambat. Nantikan, waktu bulan puasa, Fiqqq sarankan untuk sampai lebih awal. Jadi, boleh dapatkan makanan yang diidamkan.


Buffet Ramadan Laman Kayangan 2016 tahun ini memang berbaloi. Makanan semua sedap. Ikut tekak Fiqqq la. Huhuhu. Lagipun, banyak pilihan yang boleh dibuat. Andai suka masakan Singapura, pergi saja di bahagian Singapura dan sebagainya. Dengan pelbagai juadah daripada pelbagai negara dalam satu harga. Dan ... dan ... dan ... sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera. 

Harga Dewasa : RM 59 seorang
Harga Kanak-kanak : RM 35 seorang

Website : www.segiseri.com/ramadan2016
Facebook : www.facebook.com/LamanKayangan
Instagram : www.instagram.com/lamankayanganshahalam
Telefon : 013-4357936 / 017-5563711 / 019-311

Tempah awal ya ... Selalunya penuh kalau datang Walk-in . Selamat menjalani ibadah puasa :D

Sunday, 29 May 2016

Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia : Berhujung minggu bersama mereka ...

Hari ini Fiqqq luangkan sedikit masa hujung minggu bersama mereka di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih. Fiqqq bersama beberapa orang daripada Kelab Blogger Ben Ashaari, Kelab Komuniti Prihatin Putrajaya dan beberapa lagi persatuan sempat menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. 


Fiqqq sempat berbual bersama mereka di sana dan banyak bercerita mengenai latar belakang, pekerjaan dan juga pengalaman mereka. Agak terkejut juga ya kerana ada diantara mereka merupakan orang yang berjaya. Ada yang pernah bergelar pensyarah dan sebagainya. Tapi, kenapa mereka berada di sini?



Ada diantara mereka yang tidak mempunyai anak dan keluarga atau mereka tidak dituntut oleh waris selepas mendapat rawatan di hospital. Jadi, akan ada sukarelawan yang akan ambil mereka dan tempatkan mereka di sini agar mereka dijaga dengan baik.

Tidak semua yang terusan tinggal di sini sebab Fiqqq ada diberitahu salah seorang warga emas di sini bahawa ada kawan-kawan mereka dibawa pulang oleh anak-anak untuk menyambut ramadan bersama. :D

Okey ... Antara aktiviti yang kami buat di sana ialah bergotong-royong masak juadah makan tangah hari. Macam masak untuk lauk kenduri. Meriah. Hahaha. Seronok masak ramai-ramai. Fiqqq kurang masa di dapur sebab berborak dengan atok-atok di depan. Cuma menjengah dan dapat bantu sikit-sikit je. Hehehe. 






Banyak juga juadah tengah hari tadi. Ayam masak merah, daging salai lemak cili api (tapi tak pedas la), sayur campur, tempe goreng, dan salad bertelor rebus. Alhamdulillah seronok tengok orang semua seronok makan. Kami makan pon ramai-ramai dalam dulang. Ya Allah, rasa rindu dengan arwah nenek sebab dia akan kumpul cucu-cucu dia makan ramai-ramai hujung minggu. :D


Ohhhh. Kami juga dapat satu persembahan nyanyian daripada salah seorang atok di sini. Huhu. Suara emas orang lama. Terus teringat atok kat rumah. Tetiba sebak. Hahaha. Tak tahan. Lari sekejap sebab tak baik jatuhkan air mata depan mereka. Sensitif sikit bab-bab macam ni. Hahaha. 


Selepas makan, kami sempat zohor berjemaah. Malu jadi imam tadi. Huhuhu. Apa pun, sempat doa dalam hati. 

"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh. Taat pada perintah-Mu, taat pada kedua orang tua ku, sayangi adik beradikku, dan tidak lupa orang yang membesarkan aku. Beri aku kekuatan dan kemudahan untuk menjaga ibu dan abahku, atokku. Jadikan aku orang yang sabar dan beriman. Dan permudahkanlah segala urusan mereka di Pusat Jagaan Mahmudah. Beri mereka ketakwaan dan keimanan serta kesihatan. Tambahkan rezeki mereka yang sudi menghulurkan bantuan."

Ibu, abah, atok. Fiqqq minta maaf andai tidak dapat beri yang terbaik. Tapi in Shaa Allah, dengan kudrat dan rezeki yang ada, Fiqqq cuba sedaya upaya. Rindu juga arwah nenek. Sedekahkan Al-Fatihah. Semoga tenang di sana. :')

Apa pun, boleh hubungi maklumat lanjut untuk sebarang pertanyaan berkenaan lawatan atau sumbangan yang ingin disampakan.

Alamat : Lot 459/5, Kampung Sungai Purun Batu 1 1/2, Jalan Bangi, 43500 Semenyih Selangor.
Telefon : 019-9777419 / 019-2123757 / 017-3786804


Saturday, 28 May 2016

Garage 51 Bandar Sunway : Wajib Cuba !!!

'Kaki kafe' pasti tidak terlepas pandang untuk lepak dan makan-makan di Garage 51 yang terletak di Bandar Sunway. Kafe ini membawa nama dengan keunikan daripada aspek konsep dan susun atur. Apabila di sana, boleh pilih tempat mengikut keselesaan masing-masing. Ada tiga bahagian iaitu atas, dalam dan luar bagi mereka yang ingin 'open air'. 




Style kan? Hahaha. Macam mana pun, rasa makanan yang disajikan menjadi penentuan sama ada kita nak datang lagi atau tidak. Kan ... kan ... kan ??? Jadi, Fiqqq dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput untuk merasa tiga menu baharu khas untuk pelanggan bersempena Ramadan 2016. Jom ... jom ... jom !!!


Nasi Goreng Serunding dengan Kebab Percik. Kombinasi serunding dan nasi goreng ini memberi satu rasa yang sangat sedap dan boleh nikmati dalam setiap suapan. Ditambah pula dengan kebab percik, dua elemen yang disatukan memberi kesempurnaan pada hidangan ini. Harga RM 20.00.


Spaghetti Serunding dengan Kebab Percik. Rasa 'Mat Saleh' yang di 'Melayu' kan kerana campuran serunding dalam spaghetti sangat sedap dan akan buat kita khusyuk untuk habiskan makanan dalam pinggan. Selangkan dengan makan kebab percik yang sedap itu dalam setiap suapan spaghetti. Cukup rasa. Memang terbaik!!! Harga RM 20.00.


Bandung Cendol dengan Karipap. Hehehe. Itulah reaksi Fiqqq bila minuman ini lalu depan mata. Kenapa gelak? Sebab ada karipap atas minuman. Terkejut Fiqqq. Okey. Selalu kita minum cendol berairkan santankan? Di sini guna air bandung untuk beri satu kelainan. Sedap. Dan karipap itu kena makan awal-awal. Sebab Fiqqq tidak sampai hati untuk campur dengan minuman. Hahaha. Kalau nak tahu rasanya, order tau nanti. Huhu. Harga RM 18.90.

Selain menu bersempena Ramadan, Fiqqq juga dapat makan menu yang lain. Banyak juga sebenarnya makanan yang boleh kita makan di sini. Boleh pilih ikut selera tekak dan perut masing-masing la ye. Hehehe.


Grill Salmon Spaghetti dengan Lemon Cream. Paling Fiqqq suka. Dengan rasa creamy cheese dia. Ditambah pula dengan ikan salmon yang di gril. Memang sedap. Bagi penggemar spaghetti dan cheese. Kena cuba menu ini. Harga RM 24.00.


Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato dan Salad. Ayam yang digoreng rangup menjadikan menu ini betul-betul menguji diet Fiqqq. Boleh dengar bunyi 'kriukk, kriukk' setiap kali kita potong dan kunyah dalam mulut. Daging ayam yang dimasak dengan baik. Ditambah dengan kentang putar yang sangat lazat menjadikan Umphhhhh! Haaaaa. Hilang kata-kata. Hahaha. Harga RM 18.00.


Penne Basil-Spinach Pesto denagn Grilled Chicken. Pesto ini ada sedikit kelainan. Kepada yang suka rasa herba-herba. Boleh cuba sebab rasa daun kemangi (basil leaf) sangat kuat. Walau bagaimanapun, rasa pesto ini jadi sedap apabila makan bersama ayam yang digrilkan. Harga RM 16.00.


Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard Dressing. Lepas makan yang berat-berat. Kita sudahkan dengan sepinggan salad. Kombinasi salad yang sedap sehinggakan kita masih dapat rasa setiap bahan yang ada. Apabila digabungkan. Boommm!!! Terbaik. Hehehe. Harga RM 12.00.


Inilah dia barisan Keluarga yang Kacau Bilau. The Messed Up Family. Hahaha. Minuman yang wajib cuba. Kelainan yang Garage 51 sediakan untuk semua yang datang. Rasa minuman ini memang terbaik. Pilih ikut citarasa masing-masing. Ada The Father (Chocolate with peanut butter), The Son (Nutella with hints of hazelnut awesomeness), The Cousin (Salted caramel with brownies) dan The Nephew (Cookies and cream - Baharu) dengan harga RM 18.90 setiap satu. Yang pasti, tidak mengecewakan. :D


Pastikan kalau datang sini, beli minuman seorang satu tau. Nanti berebut macam ni. Hahaha. #lakonansematamata. Kah. Untuk makluman, Garage 51 menyediakan makanan yang berbeza mengikut waktu. Ada untuk sarapan pagi, tengah hari dan selepas jam 6 (makan malam). Jadi, boleh datang satu hari tiga kali pun okey dah!!! Hehehe. 


Garage 51 adalah tempat lepak yang menarik. Set hidangan sepinggan lengkap dan minuman yang terbaik. Rasa seronok sampai rasa tak nak balik. Fiqqq bagi 4 bintang. Huhuhu :D  Dan ... dan ... dan ... Sebelum terlupa, boleh rujuk :

Instagram : Garage 51
Facebook : Garage 51
Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : 03 - 56125618
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (11.00 pagi - 11.00 malam)

Bye bye bye!!! 

Thursday, 26 May 2016

Buffet Ramadan D'Kayangan BBQ & Grill Steamboat: Makan Puas-Puas dengan RM49.90

Ramadan tinggal berapa hari sahaja lagi. Tak sabarnyaaa. Rindu bulan itu. Hehehe. Baiklah, Fiqqq nak cakap berkenaan cerita semalam. Main masak-masak bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari di D'Kayangan BBQ & Grill Steamboat yang terletak di Shah Alam. Persediaan untuk set lokasi berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan. Sini? Mesti puas makan. 


Fiqqq seronok makan. Menu dia sampai tak cukup tangan dan pinggan. Kenapa? Sebab ada bermacam-macam. Menu utama dia kambing panggang. Hidangan istimewa dia pula seperti ayam berempah, gulai kawah, patin tempoyak, sup tulang dan juga nasi beriyani gam. 







Nampak sedapkan? Selain itu, ada juga nasi putih, bihun goreng, kuetiau goreng dan kentang goreng. Nasi putih tu macam wajiblah bagi Fiqqq. Sikit pun jadilah. 





Nanti!!! Ada lagi. Bahagian ini paling Fiqqq suka. Huhu. Untuk kita grill dan 'steamboat'kan makanan itu. Antaranya ialah sotong berempah, daging kicap, kepak ayam, daging ayam, udang, ketam, dan ikan yang bermacam-macam.
















Fiqqq belum habis lagi kongsikan menu di sini. Hehehe. Banyak lagi ni. Cuma menu yang ini, kita boleh bakar atas arang. Mereka ada sediakan tempat bakar yang comel jer. Huhu.











Bagi kepada yang tidak berapa gemar untuk makan nasi, boleh cuba pelbagai jenis mee yang boleh direbus. Kalau nak makan dengan sup tulang pon sedap juga. Sayur jangan lupa ya. Hehehe. Ada pencuci mulut juga. :D











Letih scroll? Maafkan Fiqqq ya. Sebab menu di sini memang banyak. Semua Fiqqq tak nak terlepas tuk masuk ke dalam perut. Mana tidaknya. Dengan harga RM49.90 untuk orang dewasa dan kanak-kanak RM24.00 (5 hingga 11 tahun) kita boleh makan semua. Murah dan tak baik sia-siakan. Kan ... kan ... kan ...!




Tempat makan pula ada di bahagian dalam dan luar. Dinasihatkan, datang awal. Lebih senang, tempah awal. Fiqqq dah masuk round ke dua, kelihatan orang berpusu-pusu datang memenuhi segenap ruang yang ada. Kerusi kosong semua terisi. Wahhh! Hahaha. Surau ada disediakan. Jadi, boleh maghrib lepas berbuka. Tempat letak kereta percuma. :D



Tempah awal ya!!! Set tarikh dan masa baik-baik!!!

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh layari atau hubungi maklumat berikut:

Instagram: @dkayangansteamboat
Alamat: No 1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam.
No Telefon: 012-2971091 / 017-5076274 / 03-55234979