Friday, 29 April 2016

Ramadan 38 Hari Lagi : Bersama sahabat di PEYAKIN

Alhamdulillah ...

Fiqqq serta ahli keluarga semua dapat bersama mereka di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN) dalam Majlis tahlil dan bacaan doa selamat sempena sambut ramadan yang bakal tiba. Ya Allah ... Tak sabar rasanya nak bertemu dengan Ramadan. 38 hari sahaja lagi. Ramadan bulan penuh barakah. Banyak bazar. Banyak makanan dan juadah. Eh! Ingat! Ramadan bulan bonus untuk kita dalam menjalani dan melakukan ibadah. Kan ... kan ... kan ??? 


Majlis dibuat secara bersederhana. Berjemaah waktu maghrib. Sesudah itu, baca yasin dan tahlil bersama-sama. Selesai aminkan doa-doa. Isya' berjemaah dan sedikit makan-makan sebagai penutup. Seronok dapat peluang untuk makan bersama mereka. Fiqqq lebih suka luangkan masa bersama mereka atau lakukan kerja-kerja amal bersama mereka. Kita dapat kongsi cerita yang berbeza. Cerita yang buat kita bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun sedikit, kita tetap kena bersyukur sebab tidak semua orang boleh miliki. 



Fiqqq doakan kalian berjaya dan sukses di masa hadapan. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain hari. Dan ... dan ... dan ... semoga kita semua dapat berpuasa di bulan Ramadan yang bakal tiba tahun ini dan mendapat keampunan daripada-Nya. Amin :D

Sebarang pertanyaan:

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN)
KM3, Jalan Haji Sirat Off Jalan Meru,
Batu Belah,
41050 Klang, Selangor.

Tel/Fax : +603-33412513
Email: pengurusan@peyakinklangselangor.org
(Penyelia: Puan Siti Zaleha Bt. Malik)

Wednesday, 27 April 2016

Jubah Lelaki Moden oleh Fazreen Rafi : Style dan Ada Gaya

Kita kalau nak pakai sesuatu, mesti cari yang styletrendy dan bergaya. Perlu selesa dan menyenangkan. Betul tak? Lebih-lebih lagi jubah, kurta atau baju melayu dan sebagainya. Sebut berkenaan jubah, sekarang ni, bukan setakat hari jumaat dan hari raya jer orang nak pakai jubah malah ada je orang yang menyarung jubah ke majlis kenduri kahwin. Kan ... kan ... kan ... ? Sebab apa? Senang. Cuma sarung je. 

Fiqqq memang suka pakai jubah dan baju melayu juga. Fiqqq akan set warna baju melayu untuk dipakai setiap bulan. Kemudian, berapa kali pula nak pakai jubah. Ni spesis gigih la orang cakap. Hahaha. Sudah beli, kena guna. Dalam mencari jubah baharu untuk koleksi dalam almari, hati Fiqqq tertambat dengan Jubah Lelaki Moden oleh Rizq Design (Jubah Premium)



Masa Fazreen Rafi sarung jubah, terus jatuh hati. Kenalkan Fazreen Rafi? Ada berlakon drama di TV3 dan lain-lain. Tempoh hari Fazreen Rafi, geng Kelab Blogger Ben Ashaari dan Fiqqq bersesi sembang santai untuk memperkenalkan jubah Ip Man. Keluaran raya tahun ini. Nanti, lepas minta maaf waktu raya jangan berkungfu ya! :D



HARI TERBUKA

Fiqqq dimaklumkan bahawa Fazreen Rafi akan perkenalkan jubah ini kepada umum. Jadi, jom lah datang ramai-ramai untuk lihat koleksi-koleksi lain yang style dan terkini. Maklumat hari terbuka seperti berikut:

Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10.00 pagi – 8.00 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam






Style kan? koleksi jubah ini ada 10 warna yang menarik dan terbaik. Haishhhh. Tengok warna merah dengan hitam pun dah susah nak buat keputusan. Inikan kalau banyak pilihan. Lepas tu, kalau cuba sarung, confirm terus nak beli. Sebab kain dia memang sangat selesa, lembut, dan tak panas. Jubah bukan slim fit tapi kalau pakai memang akan nampak segak terletak atas badan. Jangan risau. Saiz pula S hingga XXL. Jika tidak silap, boleh buat tempahan andai kata nak tambah ikut citarasa sendiri. Tapi bayaran pun kena tambah juga lah ya.



HARGA JUALAN





Koleksi jubah & Kurta moden: Daripada RM 109 sehingga RM 229
(Terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi, dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna)

Jualan akan bermula pada 1 June 2016


Projek Istimewa

Projek ini melibatkan kolaborasi Jubah Lelaki Moden dengan Hafidz Roshdi pelakon Drama Tundukkan Playboy Itu yang ditayangkan di TV3. Terbaik baju ni. Nampak segak dan nampak macam Hero Remaja. Mana tahu rezeki pakai baju ni, raya akan datang dah tak raya seorang. Hahaha.




Instagram: Jubah Lelaki Moden
FacebookJubah Lelaki Rizq

Atau cari je guna #jubahlelakimoden di media sosial. Mesti jumpa. 


AGEN / DROPSHIP

Alang-alang bakal Hit dipasaran, jom cuba jadi agen/dropship Jubah Lelaki Moden. Mana tahu boleh jadi sumber pendapatan. 

Berminat?


Dijemput datang ke butik kilang Jubah Lelaki Moden (seperti tertera di atas) untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena Raya 2016. Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50%. Agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

Tuesday, 26 April 2016

Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 : Milik Mereka ?! ...

'Fiqqq, apa benda APO, APO ni? Hari-hari aku tengok ko share kat Facebook?'

Haaaa, ada juga yang perasan dan bertanya. APO ini merupakan Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 yang dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM. Anugerah ni beri peluang kepada orang ramai untuk memilih pemenang dan mengiktiraf personaliti-personaliti dalam pelbagai bidang. Contohnya, bidang hiburan, fesyen, sukan dan ada juga untuk bidang perniagaan. Selain itu, APO juga ingin mengetengahkan orang yang bergiat aktif dalam profesion masing-masing.

Hari-hari undi. Boleh dikatakan jadi satu rutin harian. Kalau berkumpul dengan saudara-mara, gigih pinjam telefon masing-masing untuk undi. Fiqqq undi siapa? Eh, undian adalah rahsia. Hahaha. Haaaa ... Ini dia ...




Fiqqq undi Ben Ashaari (KBBA), Faiz Dickie (Senior) dan Nini Haznita (kawan kepada kawan) dan lain-lain.

Fiqqq doakan agar kemenangan berpihak pada mereka mengikut kategori masing-masing. 'Kau dapat apa Fiqqq undi mereka ni hari-hari?' Sudah tentu dapat kegembiraan melihat orang yang kita undi menang. Seronok dapat lihat kawan-kawan berjaya mencipta nama. Sebab Fiqqq tahu bahawa bukan mudah untuk berada di atas. Perlu banyak pengorbanan.

Kita tidak tahu rezeki kita pula macam mana dimasa akan datang. Betul tak? Sekecil-kecil pemberian kita hari ini, mungkin besar maknanya bagi sesetengah pihak. 

Monday, 25 April 2016

Tiz Zaqyah sudah berkahwin? ...

Tiz Zaqyah yang cuba menipu berkenaan status dirinya yang kononnya sudah berkahwin akhirnya terbongkar dengan orang yang mungkin ada perasaan cinta terhadap dirinya. Maka, Tiz melarikan diri balik ke Kuala Lumpur agar tidak lagi berhubung dengan lelaki tersebut.



Gandingan lakonan mantap Tiz Zaqyah sebagai Rania dengan Amar Baharin sebagai En. Irham Zahri dalam drama bersiri yang bertajuk Akadku Yang Terakhir berjaya buat Fiqqq tersangkut depan TV setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bermula pukul 6.00 petang hingga 7.00 petang. Drama ni diadaptasi daripada novel Akadku Yang Terakhir terbitan Kaki Novel. Memang terbaik. Hahaha. 




Mula-mula, Fiqqq tak nak ambil tahu dan malas nak ikut perkembangan. Tapi, hari-hari ibu Fiqqq layan daripada episod 1 sampailah sekarang (episod 14) dan dia asyik cerita pasal si Rania dan En. Irham. Akhirnya, terlayan tanpa sengaja. Bila dah mula layan, nak juga Fiqqq tahu kesudahan. Haaa sudahhhh ... Maka, dua beranak ini layan cerita ni sama-sama. Hahaha. 

Tunggulah nanti kesudahannya macam mana. :D


Saturday, 23 April 2016

Bowling Tournament : Strike Lagi Weyyy!!!

Malam tadi, Fiqqq dan geng2 Kelab Blogger Ben Ashaari main bowling di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Mula-mula, masing-masing simpan belang simpan taring. Tapi bila sekali baling, pin semua terpelanting. STRIKEEE!!! Power weyyy!!!



Masa tengah panas badan dan mencari bola yang bersesuaian sebelum game bowling bermula, selfie dulu. Hahaha. Part ni Fiqqq tengok memang win. Hulur je kamera telefon, ramai jer yang berkumpul. Hahaha :D


Part ni Fiqqq suka. Makan. Woot woot. Terima kasih kepada K.Rogers Butter Cookies. Sedappp!!! Mula lah perangai tak senonoh. Sambil main, makan, mulut mengunyah. Mana tidaknya, sebab banyak perasa. Haruslah cuba semua! Mula-mula ambil seketul. lepas dah rasa satu. Hmmmm. Selamat. Satu balang Fiqqq pegang. Adehhh!!!


Tercabar bila lihat jiran sebelah kanan dan kiri asyik Strike je. Asal baling semua jatuh. Fiqqq ? Macam biasa. Ke longkang, ke depan dan ke kiri sikit. Strike ada juga. Kumpulan Fiqqq yang sebelah kanan dalam gambar. Monkey Team katanya; ST, Fiqqq, Maryam dan Zura. Sempoi habis.



Ada tiga game. Jadi, boleh lah lihat sendiri hasil tangkapan markah yang diperoleh. Tapi yang ini untuk game yang pertama. Bukan keseluruhan tau. Kalau keseluruhan memang melabung tinggi markah kumpulan Fiqqq

Apabila yang datang ada yang bawa keluarga. Dapat dokong seorang budak kecil yang comel dan sakit gigi dibuatnya. Tahan geram. Anak abang Lan Cerano, Aziff. Elok pula dia dengan Fiqqq malam tu sebab sebelum ni dia malu-malu. Huhuhu.




Fuhhhh. Penat sudah. Masa untuk umum pemenang dan pastinya Fiqqq tak dapat la ceritanya. Hahaha. Sebab masing-masing POWER.  Tahniah kepada pemenang yang berjaya. Yang geng macam Fiqqq tak dapat boleh cuba di masa akan datang. Dan ... dan ... dan ... Terima kasih kepada semua yang terlibat dan pihak penganjur juga!!!

Thursday, 21 April 2016

Pretz n' Beanz Kini di Bangsar

Dek kerana mendapat sambutan diluar jangkaan, Pretz n' Beanz buka cawangan baharu. Lokasi kali ini di Bangsar. Jadi, Fiqqq bersama rakan-rakan daripada Kelab Blogger Ben Ashaari bertandang di sini. Sebenarnya, Fiqqq pun baru nak cuba try test rasa makanan di sini. Jadi macam letak harapan tinggi sikit. Almaklumlah, ramai yang beri komen positif untuk cawangan di Solari Mont Kiara.

Jadi, apa yang istimewanya Pretz n' Beanz ni? Jom baca sampai habis ... Huhu


Pretz n' Beanz baharu ni terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar Baru. Sebenarnya, senang je kalau nak cari kedai ni. Guna saja Waze atau Google Map. Huhuhu. Baiklah, Fiqqq suka dekorasi kedai ini yang tidak menggunakan banyak perabut. Jadi, kita ada ruang yang selesa untuk makan bersama keluarga atau lepak bersama kawan-kawan. Almaklumlah, Fiqqq yakin semua suka ada own space apabila makan di kedai. Kalau meja terlalu rapat pasti akan rasa tidak selesa. Kan ... kan ... kan ... ? 

Sini? Memang best!!!


Sejurus melangkah masuk, mata terus tertumpu dengan kek-kek di tepi pintu masuk. Haishhh, Fiqqq memang pantang sikit nampak kek. Lebih-lebih lagi yang ada coklat. Tak boleh tahan nafsu makan. Huhuhu. 


Sebelum Fiqqq cuba beberapa menu istimewa di sini, sedikit perkongsian daripada Abam Aliff berkenaan Pretz n' Beanz. Sudah tentu dia akan cerita perihal makanan dan keistimewaan Pretz n' Beanz yang tidak ada di kedai-kedai lain. Jadi, scroll ke bawah untuk lihat makanan yang mengiurkan. Woot woot!!! Huhu.



Menu pertama Fiqqq cuba ialah Continental Breakfast. Menu ni sangat ringkas tapi mengenyangkan. Untuk menu ni, Fiqqqb suka cendawan dalam bekas comel tu. Buat ratah. Hahaha.

[****]

Nama menu ni ialah Champignon Baked Egg. Bunyi pelik kan? Hahaha. Jangan risau. Apapun, menu ni sangattttttt lah sedap. Dia punya keju, telur yang dibakar beserta hirisan cendawan, ayam, tomato dan macam-macam dalam satu rasa yang perghhhhhh!!!! Syurga. Hhmmmm.


[****]

Pizza Pretzel adalah menu pertama dan hanya ada di Pretz n' Beanz je. Ketebalan pretzel dan juga keju yang meleleh, ditambah pula dengan hirisan daging, bawang, sos dan bahan-bahan lain yang menaikkan selera untuk habiskan semua. Memang nikmat habis. Terbaik!!!!

[****]


Grilled Fish dengan spaghetti sangat creamy. Dan sudah tentu, Pretzel di sini sangat sedapppp. Wajib cuba. Fuhhhhh! sambung menu air pula.




Fiqqq pesan air Cookies n Cream with Topping. Tidak terlalu manis dan rasa dia memang sedap je kita minum. Hilang haus. Huhu. Sempat juga rasa Green Tea with Topping dan Caffee Latte. Semuanya sedap. Cubalah nanti!!!




[****]


Fiqqq tunggu masa untuk yang ni. Tak lengkap jika lepas makan tak makan pencuci mulut. Fiqqq senaraikan satu per satu. Black Sesame Mille Creap, Blueberry Cheese Cake, Rainbow Chilled Cheese dan Volcano Chocolate Cake. Semua sedap. Fiqqq rasa macam sayang untuk makan laju-laju. Nikmat makan kek di Pretz n' Beanz memang luar biasa. 

Senang cerita, Pretz n' Beanz memang terbaik. Daripada aspek konsep kedai hingga makanan yang disediakan. Fiqqq ada tanda [****] di beberapa gambar makanan. Itu antara kesukaan Fiqqq dan kalau datang memang wajib pesan yang tu. Makanan di sini halal. In Shaa Allah. Huhuhu. 

Dan ... dan ... dan ... untuk maklumat lanjut berkenaan Pretz n' Beanz, boleh layari


Facebook : www.facebook.com/pretznbeanz
Instagram : pretznbeanz
Email : pretznbeanz@pretznbeanz.com

No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon : 03-22019026

Friday, 15 April 2016

QUARTET di NU Sentral : 'Fast & Friendly'

Fiqqq dan rakan-rakan daripada Kelab Blogger Ben Ashaari dan KetchUp singgah satu kafe cawangan baru di Nu Sentral. Yang pasti kafe tersebut menyediakan makanan dan minuman yang perghhhh!!! Tip Top! Woot woot. Jom!!!

QUARTET buka cawangan baharu di NU Sentral dengan berkonsepkan 'Fast & Friendly'. Di sini mungkin akan ada sedikit perbezaan daripada kedai asal dek melihat kepada lokasi dan pelanggan yang datang. Almaklumlah, NU Sentral merupakan transit pusat membeli-belah dan orang akan sentiasa ramai dan mengejar masa dalam melaksanakan tugasan seharian. Maka, Quartet mengambil langkah yang bijak untuk menjadikan kafe mereka 'mesra pelanggan' dan berusaha untuk menyediakan pesanan pelanggan dengan lebih pantas. 



Bukan sekadar menyediakan makanan yang lazat serta minuman yang sedap dan pantas malah Quartet juga buat delivery untuk mereka yang berada di sekitar kawasan. Untung betul!!! Dail saja 03-22760360 sudah boleh buat pesanan. Agak-agak Monday Blues, Tuesday Reds dan seangkatan dengannya, boleh terus telefon dan dapatkan teh, kopi, dan sebagainya untuk kekal segar sepanjang hari. Sesuai dengan tagline 'We Make Serious Coffee. So Strong, It Wakes Up The Neighbours.'





Bertukar kepada bab yang Fiqqq paling suka iaitu Makan. Huhuhu. Kesedapan dan kelazatan makanan boleh dinikmati di setiap suapan. Memang membahagiakan. Hmmmm!!! Cuba sendiri baru tau rasa dia. Untuk air, Fiqqq suka air Crunchy Almond !!! Sedapppp!!! :D





Lepas hadam semua makanan dan perkongsian daripada Wandy, Azian dan Aunty Su serta rakan-rakan, maka teruskan dengan sesi bergambar pula. Fiqqq belanja satu, dua, tiga. :D






Pastikan singgah di Quartet tau kalau berada di Nu Sentral. Rugi kalau tak menyinggah. Kalau Fiqqq sah sah singgah dek kerana sudah tahu ada makanan dan minuman yang sedap di situ. Huhuhu. Dan ... dan ... dan ... sebarang maklumat yang ingin cari berkenaan kafe atau kedai makan yang terbaik, boleh layari ...


Selamat mencuba. Okey. Tetiba lapar. Bye. Hehehe :D