Sunday, 28 February 2016

BEKAM ni okey ke?!

Ramai tanya Fiqqq pasal buat rawatan bekam ni. Okey ke? Sakit tak? Boleh elok ke? 
Baiklah ... Fiqqq jawab satu-satu berdasarkan pengalaman sendiri.

Fiqqq pernah mengalami resdung yang agak teruk sehinggakan jerawat penuh satu muka. Bukan takat itu jer, asal kena habuk sikit, mula lah bersin tak henti-henti. Belum cerita bab makanan. Terutama kalau ada belacan. Habis satu muka rasa macam gatal-gatal. Sangat tak selesa. Kalau tersalah guna produk pencuci muka, akan lagi teruk jerawat berkampung di muka.

Macam-macam dah Fiqqq cuba. Klinik pakar kulit, teknik asap dan sebagainya. Akhirnya, alhamdulillah dengan buat bekam, Fiqqq semakin sihat. Dan ... Fiqqq mula dengan Bekam Lintah.

Keratan Akhbar Sinar Harian

Fiqqq akan buat bekam lintah satu kali dalam tempoh sebulan. Caranya, kita ambil lintah bukit (jika tidak silap) dan letakkan di permukaan muka. Selalunya, lintah akan hisap darah bahagian yang ada jerawat besar. Daripada kurus, sampailah lintah tu kembong dan jatuh sendiri. Masa itu, seekor lintah boleh beli dengan harga RM 5 dan Fiqqq akan simpan dalam satu bekas. Bila nak buat, baru amik lintah tu. Geli nak pegang lintah tu tapi apa kan daya. Terpaksa ... Hahaha ...

Permulaan muka berjerawat (resdung) 2008
Selepas beberapa kali cuba, ada orang maklumkan bekam lintah ni bahaya. Jadi, Fiqqq cuba pula bekam yang toreh-toreh ni. Haaaa ... Fiqqq nak pesan. Kalau boleh, cari orang yang buat bekam dengan teknik torehan menggunakan pisau bukan cucuk guna jarum (alat dia macam pen). Elakkan bekam di kawasan muka sebab akan meninggalkan kesan parut.


Bekam ni tak sakit. Selawat banyak-banyak kalau ada rasa takut. Selepas beberapa kali berbekam, Fiqqq alami sendiri perubahan. Jerawat makin berkurangan dan ekstra berbekam adalah badan kita akan rasa ringan sebab darah kotor dah dikeluarkan. Bila dah semakin baik, Fiqqq buat bekam bila rasa perlu. Setahun sekali ke ... Macam tu lahhh ...

Fiqqq belanja gambar (2015) satu. Hehehe 

Keratan akhbar Sinar Harian tu sekitar tahun 2015. Fiqqq ada kongsikan berkenaan bekam ni. Gambar 2008 tu masa resdung mula teruk. Kadang-kadang rasa tak nak jumpa orang. Hmmmm ...

Fiqqq sarankan jangan takut untuk cuba. Mana tahu kalau kita rasi dan boleh baik dengan berbekam kan?! Sekadar perkongsian tentang apa yang Fiqqq pernah alami. Hehehe ... Dan ... Dan ... Dan ... Masa nak buat bekam tu, tanya harga dulu sebab ada yang mahal. Jadi pengguna yang bijak tau!