Friday, 30 October 2015

JANGAN Beli SONY Z5 SERIES!!!

Kenapa Fiqqq kata JANGAN? Panjang cerita dia. Tapi sebelum itu,  Fiqqq ingin ucapkan terima kasih kepada SONY MALAYSIA kerana sudi menjemput Fiqqq datang untuk Majlis Pelancaran Siri Z5 yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya.


Baiklah. Berikut adalah senarai yang Fiqqq nak kongsi dengan kamu semua KENAPA JANGAN BELI SONY Z5 SERIES :

1 - Sukar buat pilihan

SONY memperkenalkan siri Z5 dengan tiga peranti iaitu Z5 COMPACT, Z5 DUAL, dan Z5 PREMIUM. Setiap peranti mempunyai keistimewaan dan kelemahan tersendiri. Jika inginkan saiz yang kecil, Fiqqq sarankan untuk ambil Z5 COMPACT dengan harga RM 2,299. Saiz yang kecil serta mempunyai kamera yang bagus sudah memadai. Tapi, jika inginkan sesuatu yang lebih gah, kenapa tidak untuk dapatkan Z5 PREMIUM? Harga untuk Z5 PREMIUM masih belum diumumkan lagi. Itu pun nak berahsia. Hmmm, Z5 DUAL dengan harga RM 2,699 tidak kurang hebatnya. Terlalu banyak pilihan. Susah Fiqqq nak buat keputusan. Mana satu yang lebih baik? Pening.

XPERIA Z5 COMPACT

XPERIA Z5 DUAL

XPERIA Z5 PREMIUM


2 - Kamera hanya 23 megapixel

SONY meletakkan hanya 23 megapixel bagi ketiga-tiga peranti siri Z5. Dikatakan siri Z5 ini merupakan peranti yang memiliki kamera terbaik setakat ini. Dan tidak lupa juga, siri Z5 ini mempunyai Exmor RS dan sensor Hybrid AF dengan 0.03 saat untuk mengambil gambar. Namun, sejauh mana SONY mampu bersaing dengan jenama-jenama lain dengan hanya 23 megapixel dan kepantasan 0.03 saat. Sikit bukan? 

GAMBAR DARIPADA XPERIA Z5 DUAL


3 - Bateri bertahan 2 hari

SONY mengekalkan seperti bateri tahan lama seperti Z3 dan sebagainya. Dengan adanya peranti yang mempunyai bateri tahan lama, tidak perlulah kita membeli power bank dan sebagainya. Buat berat beg saja. 

4 - 4K Display

SONY menggunakan 4K Display dalam setiap peranti siri Z5 dan menjadikan setiap apa yang anda lihat di skrin peranti membuatkan anda terpesona. Tapi, 4K Display di telefon pintar dan menjadikan gambar sangat cantik bukan boleh nampak perbezaan pun. Betul tak? Tengok sama saja dengan jenama-jenama lain. Cuma siri Z5 ada 4K Display

DALAM PERANTI SIRI Z5

5 - Kalis air

Keunikan telefon SONY adalah kalis air. Tapi sejauh mana telefon pintar kalis air ini menjadi satu keperluan untuk kita miliki. Adakah Malaysia merupakan negara yang sering hujan? Dan kalis air yang bagaimana? Air panas? Air manis? Air masin? Cuma, jika kita berada di kedai makan dan ada sedikit kekotoran yang terkena pada telefon, Fiqqq dengan bangga pergi cuci. Jenama lain boleh cuci dengan air? Boleh? Cuba on selepas itu. Rasanya tidak sehebat SONY.

6 - Bunyi sangat kuat

SONY memberi lagi satu kelebihan dengan Hi-Res Audio dalam setiap peranti siri Z5. Mungkin ada yang rasa terganggu dengan bunyi audio yang kuat. Maka, siri Z5 ini bukanlah yang terbaik untuk anda. Ibarat telefon dalam bilik, kita berada di dapur. Dengan Hi-Res Audio, kita mungkin akan dengar telefon berbunyi. Tak perlu kot!

Okey! Itulah serba sedikit yang Fiqqq dapat kongsikan berkenaan dengan siri Z5. Setiap peranti memiliki keunikan yang tersendiri. Kadang-kadang susah nak buat pilihan. Kalau Fiqqq, akan pilih mana yang mudah untuk dikendalikan, kamera yang terbaik, mempunyai display yang terbaik dan tahan lasak. Terpulang kepada individu masing-masing dan mengikut keselesaan. Cuma Fiqqq tak sabar untuk dapatkan Z5 PREMIUM.