Friday, 30 October 2015

JANGAN Beli SONY Z5 SERIES!!!

Kenapa Fiqqq kata JANGAN? Panjang cerita dia. Tapi sebelum itu,  Fiqqq ingin ucapkan terima kasih kepada SONY MALAYSIA kerana sudi menjemput Fiqqq datang untuk Majlis Pelancaran Siri Z5 yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya.


Baiklah. Berikut adalah senarai yang Fiqqq nak kongsi dengan kamu semua KENAPA JANGAN BELI SONY Z5 SERIES :

1 - Sukar buat pilihan

SONY memperkenalkan siri Z5 dengan tiga peranti iaitu Z5 COMPACT, Z5 DUAL, dan Z5 PREMIUM. Setiap peranti mempunyai keistimewaan dan kelemahan tersendiri. Jika inginkan saiz yang kecil, Fiqqq sarankan untuk ambil Z5 COMPACT dengan harga RM 2,299. Saiz yang kecil serta mempunyai kamera yang bagus sudah memadai. Tapi, jika inginkan sesuatu yang lebih gah, kenapa tidak untuk dapatkan Z5 PREMIUM? Harga untuk Z5 PREMIUM masih belum diumumkan lagi. Itu pun nak berahsia. Hmmm, Z5 DUAL dengan harga RM 2,699 tidak kurang hebatnya. Terlalu banyak pilihan. Susah Fiqqq nak buat keputusan. Mana satu yang lebih baik? Pening.

XPERIA Z5 COMPACT

XPERIA Z5 DUAL

XPERIA Z5 PREMIUM


2 - Kamera hanya 23 megapixel

SONY meletakkan hanya 23 megapixel bagi ketiga-tiga peranti siri Z5. Dikatakan siri Z5 ini merupakan peranti yang memiliki kamera terbaik setakat ini. Dan tidak lupa juga, siri Z5 ini mempunyai Exmor RS dan sensor Hybrid AF dengan 0.03 saat untuk mengambil gambar. Namun, sejauh mana SONY mampu bersaing dengan jenama-jenama lain dengan hanya 23 megapixel dan kepantasan 0.03 saat. Sikit bukan? 

GAMBAR DARIPADA XPERIA Z5 DUAL


3 - Bateri bertahan 2 hari

SONY mengekalkan seperti bateri tahan lama seperti Z3 dan sebagainya. Dengan adanya peranti yang mempunyai bateri tahan lama, tidak perlulah kita membeli power bank dan sebagainya. Buat berat beg saja. 

4 - 4K Display

SONY menggunakan 4K Display dalam setiap peranti siri Z5 dan menjadikan setiap apa yang anda lihat di skrin peranti membuatkan anda terpesona. Tapi, 4K Display di telefon pintar dan menjadikan gambar sangat cantik bukan boleh nampak perbezaan pun. Betul tak? Tengok sama saja dengan jenama-jenama lain. Cuma siri Z5 ada 4K Display

DALAM PERANTI SIRI Z5

5 - Kalis air

Keunikan telefon SONY adalah kalis air. Tapi sejauh mana telefon pintar kalis air ini menjadi satu keperluan untuk kita miliki. Adakah Malaysia merupakan negara yang sering hujan? Dan kalis air yang bagaimana? Air panas? Air manis? Air masin? Cuma, jika kita berada di kedai makan dan ada sedikit kekotoran yang terkena pada telefon, Fiqqq dengan bangga pergi cuci. Jenama lain boleh cuci dengan air? Boleh? Cuba on selepas itu. Rasanya tidak sehebat SONY.

6 - Bunyi sangat kuat

SONY memberi lagi satu kelebihan dengan Hi-Res Audio dalam setiap peranti siri Z5. Mungkin ada yang rasa terganggu dengan bunyi audio yang kuat. Maka, siri Z5 ini bukanlah yang terbaik untuk anda. Ibarat telefon dalam bilik, kita berada di dapur. Dengan Hi-Res Audio, kita mungkin akan dengar telefon berbunyi. Tak perlu kot!

Okey! Itulah serba sedikit yang Fiqqq dapat kongsikan berkenaan dengan siri Z5. Setiap peranti memiliki keunikan yang tersendiri. Kadang-kadang susah nak buat pilihan. Kalau Fiqqq, akan pilih mana yang mudah untuk dikendalikan, kamera yang terbaik, mempunyai display yang terbaik dan tahan lasak. Terpulang kepada individu masing-masing dan mengikut keselesaan. Cuma Fiqqq tak sabar untuk dapatkan Z5 PREMIUM.

Friday, 4 September 2015

"Maryam ... mama datang sayang."




Fiqqq sudah baca separuh coretan manuskrip buku ini. Ternyata amat menyentuh hati. Bukan setakat tersentuh, menitis jugalah air mata. Fiqqq yang sekadar baca sahaja sudah merasakan beratnya ujian Allah untuk mereka. Bagaimana rasanya jika kita yang mengalami sendiri.

Fiqqq tidak mahu tulis banyak. Jadi, Fiqqq akan kongsikan serba sedikit nukilan yang bakal anda baca bila sudah beli buku tersebut.

p/s: Sila sediakan tisu sebelum membaca.

"Maryam berada di bilik itu. Apabila masuk, aku melihat dari jauh ada tiga orang doktor yang ada di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Terus laju air mataku mengalir, aku sebak. Muka Maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar daripada mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada."

"Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar, dan lap air mata yang keluar. Mulut menyebut, 'Astaghfirullah. Astaghfirullah. Maryam ... Maryam ... mama datang sayang.' Aku memanggil-manggil nama Maryam sambil memegang jemarinya yang sudah kebiru-biruan. Masih terdengar bunyi saki baki nafasnya sedikit."

"Maryam bangunlah. Mama datang. Mama reda sayang, mama terima apa yang Allah sudah tentukan. Mama tahu Maryam kuat, Maryam sudah berjaya terus ke syurga. Maryam doakanlah mama. Mama sayang Maryam." 

Kemudian, Doktor Sumi yang berbangsa India itu memberitahuku, "Didn't come back,.


Itulah dia yang boleh Fiqqq kongsikan tentang buku "Maryam Anak Syurga". Menitis air mata sambil menaip di blog. Sebak. Fiqqq galakkan anda untuk dapatkan satu. 

https://goo.gl/UnSYSw

Bacalah. Ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan. Ada pengajaran yang ingin Allah berikan kepada kita.

"Maryam Farihah puteriku, begitu mudahnya Allah mengeluarkanmu daripada rahimku, dan mudah juga bagi Allah untuk menarikmu kembali. Kami sedar yang anak itu hanyalah pinjaman untuk kami. Engkau ya Allah, yang berhak untuk mengambilnya kembali."

Al-Fatihah ... 

Terkejut Fiqqq Tengok Bilik Homestay!!

Makkk Aihhhhh!!! Homestay kah???

Terkejut Fiqqq bila buka pintu bilik homestay. Baru buka pintu bilik. Belum buka lampu lagi. Bila keadaan dalam bilik terang, dia punya 'Mak Aihhh' panjang sikit. 10 harakat jugalah. Huhuhu. 

Mampukah untuk jadi setanding hotel 4 bintang? Jom Fiqqq cerita satu per satu.

Bilik??? Tersangatlah luas dan bersih. Bersih tu memang Fiqqq akan 'check' terlebih dahulu. Kalau kotor, memang OUT!!! Hahaha. Baiklah!!!


Satu bilik ada dua katil. Satu katil single dan satu katil double yang selesa. Tidak perlu risau panas sebab bilik berpenghawa dingin yang dekat dengan katil. Agak-agak sejuk, boleh naikkan suhu. Kalau panas, letak suhu 17c. Huhuhu.

Fiqqq kalau dapat tempat selesa macam ini memang doa sebelum tidur supaya tidak terlepas subuh esok hari. Haaaaaa. Nampak tak selesa bilik itu macam mana?


Selain itu, ada tilam dan bantal tambahan di dalam almari disediakan. Dan yang paling penting, SETEREKA disediakan. Fiqqq yakin benda ini paling penting. Terutama kepada orang perempuan yang ingin menggosok tudung ataupun baju kurung.


Ada lagi!!! Bilik ini juga ada dapur mini yang dilengkapi satu peti sejuk kecil, set pinggan mangkuk dan beberapa peralatan di dapur. Kepada yang tidak sempat untuk bersarapan pagi dek terlajak tidur selepas subuh, boleh lah masak meggi. Hahaha

Dan.. dan... dan.... Bilik air pula sangatlah luas. Sabun dan tuala turut disediakan.


Teruja cerita berkaitan bilik, lupa beritahu lokasi homestay. Baiklah... Homestay ini kalau 'search' di Google map atau Waze, taip sahaja Al-Adid Homestay, Kota Bharu. Pasti jumpa dan berada di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Harga untuk satu malam ialah RM140. Murahkan untuk semua kemudahan dan kelebihan yang telah Fiqqq nyatakan di atas? 

Sebarang pertanyaan, bolehlah anda semua hubungi Puan Faezah di talian 019-9337011 atau Encik Amir 019-9113834.

Fiqqq rasa itu sahaja. Sekarang Fiqqq mahu tidur. Selamat malam semua!!!


Monday, 27 July 2015

Sunnah yang Punah

Kenduri Kahwin Gaya Nabi - Walimah yang Sunnah




Nak kahwin dah Fiqqq? 

Eh, belum lagi. Cuma ingin berkongsi apa yang Fiqqq baca daripada buku Kenduri Kahwin Gaya Nabi - Walimah Yang Sunnah. 

Bila sebut pasal kahwin, macam-macam spekulasi keluar. Ini tak boleh, itu tak boleh, ini perlu buat, itu tak perlu buat. Kadang-kadang apabila dengar luahan dariapada kenalan Fiqqq yang dah ingin langsungkan majlis, takut pun ada. Perbelanjaan menelan sejumlah wang yang besar. Itu tidak termasuk lagi permintaan orang itu dan orang ini yang ingin majlis tema itu dan tema ini.

Banyak betul itu ini. Hahahaha. 

Apabila baca buku ini, mungkin boleh jadi panduan kepada yang sedang merancang melangsungkan majlis perkahwinan. Kebetulan kita sudah diambang hujung tahun. Hmmmm. Apa SUNNAH YANG PUNAH? 

Fiqqq kongsi sikit. 

Kenduri kahwin adalah sunnah yang patut diadakan demi menzahirkan kesyukuran. Punahnya sunnah itu apabila menjadi adat yang membawa kepada pembaziran dan dosa yang tidak berkesudahan.




Pembaziran yang bagaimana? Apabila kita ingin buat majlis secara besar-besaran dan menyebabkan kita terpaksa berhutang. Berbelanja mengikut hawa nafsu dan melakukan perkara-perkara menyalahi agama. Senang kata, berbelanjalah mengikut kemampuan.

Perkahwinan juga perlu dilakukan hanya semata-mata kerana mahukan keredhaan Allah s.w.t. Perkahwinan bukan untuk tempat bagi menunjuk-nunjuk, pameran fesyen, ruangan untuk berbangga dengan harta dan kemewahan, serta pelbagai lagi tujuan yang salah. 



Jangan kerana ingin menjaga status, kita hanya mengajak segelintir kenalan sahaja. Ingatlah "Seburuk-buruk makanan yang dijamu adalah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput".

VVIP sebenar adalah orang yang bertaqwa, orang alim dan senarai seperti dalam gambar di atas.

Dan, dan, dan ... Kepada pengunjung pula, jaga mulut. Akan ada spesis yang Fiqqq kurang gemar apabila menjadikan kenduri kahwin tempat mereka berhimpun dam melakukan ghibah, mengumpat dan membuat fitnah.

Jemah : Eh! Mah, tu! menunjuk la tu buat kenduri kawin besar-besar macam ni.
Ramah : Kan! Tahu lah yang laki dia gaji besar.

Siti : Yah, kau ada dengar cerita pasal anak si folan tu?
Saleha : Patut lah buat kecil-kecil saja.

(dialog rekaan semata-mata)

Buat cantik-cantik sikit, mengata. Buat secara bersederhana pun, mengata. Ini tidak termasuk yang sibukkkk dengan hal orang lain lagi. Haihhhh.!!! Hahaha.




Gambar terakhir ini petikan dalam buku. Bacalah nanti kalau kamu semua ingin maklumat lanjut. Fiqqq ingin cakap banyak pun takut sebab belum langsungkan lagi majlis. Mudah-mudahan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Apapun, bila ingin lakukan sesuatu, buatlah perkara yang tidak mendatangkan fitnah ke atas diri kamu sendiri. Fiqqq sekadar berkongsi dan kamu tahu diri kamu.




Wednesday, 17 June 2015


Filem Pendek Puteri Balqis - Kad Raya Syafiqa


Fiqqq kagum dengan lakonan si cilik Puteri Balqis Azizi. Tidak sah kalau air mata tidak keluar. Puteri Balqis sangat pandai menjiwai watak yang dibawa. Fiqqq pasti penonton yang lihat video ini pasti akan mengalirkan air mata. Tahniah Puteri Balqis.

Filem pendek ini merupakan sebuah terbitan daripada Syarikat Penerbitan PTS Media Group dengan kerjasama pihak LOULPOP Picture. Cerita asal oleh penulis terkenal PTS iaitu Bahruddin Bekri dan di arah oleh Khairul Hazwan sepanjang sesi penggambaran di Sekolah Agama Hajjah Fatimah, Bukit Badak, Klang.



Beberapa coretan Bahruddin Bekri:

"Sebagaimana pentingnya ibu bapa kepada kita, begitu juga kita di mata mereka. Bahagiakanlah mereka selagi masih ada waktu.

Pulanglah . "

Fiqqq sediakan link https://youtu.be/7ycbqjOjeT8 atau boleh lihat di sini. Fiqqq ucapkan selamat menonton, selamat berpuasa dan selamat hari raya. 

Jangan lupa ibu bapa yang telah banyak bekorban untuk kita. Mungkin kita rasa sudah banyak kita beri namun tidak cukup untuk membalas jasa mereka. 



- Syafiqa 1 - 



- Dalam kelas - 


- Kredit kepada krew - 






Monday, 15 June 2015

Kartunis Cina dan Budaya Melayu ...

13 Jun 2015 yang lepas, Fiqqq berkesempatan untuk hadir Majlis Penghargaan Ben Wong kerana telah menerima 8th International Manga Award 2015. Komik yang dihasilkan oleh Ben Wong bertajuk Atan. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mr. Yoshinori Kodama (Kedutaan Jepun di Malaysia), Mr. Koichiro Satomi (Pengarah Urusan Books Kinokuniya Malaysia) dan Profesor Emeritus Abdullah Hassan (Penasihat PTS Publications Sdn. Bhd.) dan yang mesti hadir iaitu Ben Wong.




- dari kiri Mr. Yoshinori Kodama, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Ben Wong dan Mr. Koichiro Satomi - 

Sebelum majlis berlangsung, Fiqqq diberitahu bahawa pihak PTS Publications bersama Comicore ada mengadakan pertandingan Fanart Atan. Fiqqq kongsikan gambar pemenang yang bertuah. Lukisan dinilai oleh Ben Wong sendiri. Fiqqq nak juga hantar tapi orang lidi je lah yang mampu lukis. Hahaha.



- Pemenang 1 - 


- Pemenang 2 - 


- Pemenang 3 - 


- Pemenang 4 -


- Pemenang 5 - 

"untuk menyiapkan komik ini, saya perlu belajar banyak perkara dan beberapa teguran yang saya terima daripada rakan-rakan editor. Buku Atan ini ada melibatkan keagamaan dan budaya orang Islam dan saya perlu belajar walaupun saya penganut Budha. Perkara tersebut bukan pengahalang untuk berkarya malah saya dapat kenal budaya orang lain" - Ben Wong - 

Fiqqq baca juga serba sedikit komik Atan dan ia sangat menarik. Komik Atan juga ada versi Premium. Jadi jangan lepaskan peluang untuk beli. hehe.



Dan macam biasa, selepas tamat majlis, wefie dulu. Lastly, Fiqqq ucapkan Tahniah kepada Ben Wong kerana telah mengharumkan nama Malaysia. 

Saturday, 6 June 2015

Felixia Tamatkan Zaman Bujang dengan ...

Fiqqq dapat khabar berita bahawa Rara atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap sudah tamatkan zaman bujang. Pernikahan telah selamat dilangsungkan. Alhamdulillah. Fiqqq kongsikan satu gambar yang Fiqqq dapat daripada kawan. 



Pasti ramai yang tertanya siapa lelaki yang bertuah mendapatkan Rara sebagai seorang isteri. Hmmmm... Fiqqq juga tidak pasti. Rara rahsiakan? Mungkin betul. Sebab Fiqqq x pernah dengar lagi tentang pernikahan atau perkahwinan yang akan berlangsung. Pandai Rara simpan rahsia. Kenapa perlu dirahsiakan? Jeng Jeng Jeng ...

Fiqqq yakin bahawa Rara ada alasan sendiri. Serba sedikit yang Fiqqq tahu ialah Rara ingin buat majlis yang simple sahaja. Cukup sekadar ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Fiqqq hormat keputusan Rara. Fiqqq ucapkan tahniah kepada Rara dan suami. Semoga berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aminnn In Shaa Allah.

Tahniah Rara dan Suami :)