Monday, 27 March 2017

Haqqi.com.my : Online shopping terbaik !!!


Fiqqq tahu belum masuk bulan Ramadan lagi tapi masing-masing ibarat mula survey cari kain dan baju untuk hari raya. Sejujurnya, Fiqqq jarang beli baju untuk hari raya. Selalu beli dan akan terus pakai waktu puasa buat tarawih. Hahaha. Dek kerana terpengaruh dengan mereka yang cari kain, maka tergatal tangan klik-klik di Google

Termasuk pula di laman www.haqqi.com.my ni ...


Fiqqq sengaja belek-belek website Haqqi ni. Susun atur dalam web pun senang kita nak lihat satu-satu. Kemas dan sangat ringkas. Jenama yang ada dalam website ini pula boleh tahan. Apabila lihat ada jenama-jenama yang orang kata ada nama di hati pembeli, mesti barang baik. Hahaha. Maka, Fiqqq pun klik sana ... Klik sini ... Zoom sikit ... Tengok lah sendiri ... Hihihi ...






Selalunya yang membuatkan kita termelekat di skrin komputer apabila beli online ini kerana harga promosi yang ditawarkan akan berganda. Fiqqq pula bermasalah sedikit sebab mudah terpengaruh melihat harga asal yang dipalangkan dan mereka beri harga baru yang jauh lebih murah. Mana tidaknya, cuba tengok ni ....






Rambang mata jugalah mula-mula. Waktu seronok scroll dan next page, terjumpa pula Jubah Yamani (Navy Blue) by Haqqi. Klik dan besarkan supaya dapat lihat material dan desain pada jubah. Potongan jubah lebih kurang seperti jubah yang Fiqqq tempah di Menara Jam, Mekah. Harga pula jauh lebih murah berbanding harga asal. Jimat banyak ni. Kebetulan Fiqqq belum ada jubah warna Blue Navy. Apabila sudah berkenan ... Sambar satu ... Huhuhu ...



Fiqqq sangat suka apabila beli jubah yang ready made tapi kelihatan seperti custom made. Jarang dapat jubah macam ni. Selalunya Fiqqq perlu hantar Tailor untuk betulkan. Kain jubah pula tidak panas dan sangat selesa serta ringan. Ada poket di kiri dan kanan tau. Fiqqq lebih suka guna Cufflink di lengan. Nampak kemas dan ada kelas gitu ... Hahaha. 

Sebentar !!!

Pakaian wanita pun ada banyak juga tau ... Mari sini Fiqqq kongsi sedikit ...







Ini baru sikit sahaja tau Fiqqq kongsi. Ada banyak lagi yang boleh dibelek-belek. Layari sendiri di www.haqqi.com.my . Tidak perlu risau tidak ada tempat letak kereta, kesesakan lalu lintas mahupun berpanas-panas ke butik. Pilih-pilih ... Klik-klik ... Baca deskripsi pakaian dan barang betul-betul ... Dan beli ... In Shaa Allah akan dapat barang sama seperti yang kita lihat sendiri dalam laman web.

Andai kata tidak puas hati juga kerana nak pegang kain untuk rasa material dan cuba sendiri, Fiqqq kongsi maklumat berkenaan Butik Haqqi ...

Butik : Haqqi
Alamat : 67, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor (Sebaris dengan Jakel Shah Alam)
Telefon : 03-55234798

Sunday, 26 March 2017

Melaka Premium Outlet : Satu kepuasan bagi 'shoppaholic'

Bahaya kalau datang sini. Daripada tidak ada barang untuk dibeli atau yang diperlukan terus berjela senarai barang-barang yang perlu dibeli. Berpeluh dan rambang mata juga Fiqqq sepanjang berjalan dalam Melaka Premium Outlet (MPO). Lebih-lebih lagi apabila nama papan iklan Sale%, 50% dan paling kalah kalau tertulis 70%. Fuhhhhh.











Andai kata sudah tergoda dengan papan iklan jualan murah yang tergantung di hadapan kedai, apatah lagi kalau masuk dan melihat dan cuba dan yang pasti akan keluar juga duit dalam poket tu. Kalau tidak RM 200 mesti RM500. Lebih-lebih lagi kalau sudah betul-betul berkenan. Ibarat terkena gam kaki tu dalam kedai. Selagi tidak menjadi hak milik, maka akan sentiasa terfikir, angau dan sebagainya. Siapa macam itu? Baik mengaku cepat ... Hahaha.




Berbelah bahagi waktu nak beli sebab ada banyak pilihan. Dalam keadaan ini, Fiqqq perlu bijak. Kalau tersalah pilih, boleh moody seminggu. Tidur tidak lena, makan tidak kenyang. Almaklumlah, nak mengumpul duit bukan senang dan ambil masa yang lama. Sekali beli, Fiqqq perlu lihat kualiti, perlu yang terbaharu dan harga yang berpatutan. Paling penting, barang tersebut boleh tahan lama. 


Dengan itu, seperti yang dimaklumkan. Bahaya masuk ke sini. Daripada tidak ada barang yang ingin dibeli, balik mesti bawa balik satu barang. Dan sebenarnya syurga bagi mereka yang shoppaholic. Mana tidaknya, kita boleh jimat banyak. Contoh, harga barang Fiqqq ingin beli berharga RM 500 (asal). Selapas diskaun, jadi RM 300. Maka, Fiqqq jimat RM 200. Jadi, Fiqqq akan gunakan RM 200 itu untuk beli barang lagi satu. Sekurang-kurangnya dapat dua barang yang berjenama dengan harga yang murah. 'Just Do It'. Tapi beli yang latest desain tau. Hahaha.


Seronok jugalah apabila dapat satu dua barang. Fiqqq dapat juga beli barang untuk adik dan ibu sekali. Alang-alang sudah sampaikan dan alang-alang membeli, terus beli dengan sungguh-sungguh. Hahaha. 

Dan ... dan ... dan ... Jangan risau semasa di sana andai kata nak makan atau minum-minum hilangkan dahaga dek kerana cuaca panas dan terik kerana ada beberapa gerai-gerai minuman. Surau juga ada di sediakan dan berdekatan dengan Butik Nike. 




Selamat membeli-belah semua !!!!! Woot woot.

Wednesday, 22 March 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart : RM 29.90 untuk 6 pcs

Selalu nampak kedai Hokkaido Baked Cheese Tart tapi tiada keinginan untuk beli. Cuma, pada hari tersebut terberhenti dan tersinggah sebentar lantas memerhatikan tart bercheese yang tersusun rapi itu. Ambil masa juga untuk buat pilihan. Bukan apa, berbaloikah?


Alang-alang sudah sampai depan kedai maka Fiqqq belilah satu set yang berharga RM 29.90 dan dapatlah 6 biji tart berkeju itu. Boleh pilih mana-mana perasa atau inti. Jadi, Fiqqq pilih 2 perisa biasa, 2 perisa coklat dan 2 perisa durian.


Setelah dapat segigit cheese tart Hokkaido ni, barulah Fiqqq tahu kenapa harga dia agak istimewa. Rasa keju dia sangat sedap. Dengan pastri yang tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu keras membuatkan kita dapat menikmati rasa kombinasi pastri dan inti keju tersebut. Apabila dapat makan sesuatu yang sedap, Fiqqq akan cuba untuk memperlahankan kunyahan agar dapat menikmati setiap rasa yang ada pada tart tersebut. 


Andai perisa tart biasa sudah sedap, maka perisa yang ada campuran perisa akan jadi lebih sedap. Fiqqq pula suka coklat dan tart coklat ini tidak mengecewakan. Kombinasi coklat dan keju yang sangat sedap. Lebih-lebih lagi tart yang berperisa durian. Ini paling terangkat rasa dia. Bagi yang minat durian, sila rasa! Hahahaha.


Rasa rugi pula beli satu set sahaja waktu itu. Makanan yang sedap memang selalu tidak pernah cukup. Lebih-lebih lagi kalau kongsi dengan satu keluarga. Paling-paling 3 biji seorang. Jadi, Fiqqq akan beli lebih sedikit untuk makan puas-puas. Hahaha. 




Monday, 13 March 2017

Saujana Hotel : Rancang percutian dengan Traveloka

Wahhhh. Macam menarik je Saujana Hotel ni!!! Fiqqq macam ingin rancang percutian di sini. Boleh tak? Hahaha. Fiqqq tahu yang Saujana Hotel ini bertempat di Kuala Lumpur dan boleh dikatakan dekat jugalah dengan rumah tapi saja suka-suka untuk rehatkan diri di hotel yang eksklusif dan selesa. Cuba tengok bintang dia. Macam banyak je. Hehehe. Sengaja cari yang dekat ala-ala ikut tagline percutian di Malaysia #dekatjer. Hahaha.


Kali ini Fiqqq nak cuba guna www.traveloka.com sebab ada promosi potongan harga dan sebagainya. Almaklumlah, setiap kali ingin bercuti mesti bilik akan penuh. Mana tahu dengan Traveloka ni Fiqqq dapat bercuti seperti yang dirancang. Lagipun, saja survey hotel yang eksklusif  dan selesa serta kena dengan bajet. Terus nampak hotel ni. Boleh dikatakan the best pick in town the Saujana Hotel in Kuala Lumpur. Haaaaaaa.


Tiba-tiba rasa macam orang have-have kalau masuk hotel dengan laluan dia begini. Tapi, sekali sekala kan. Bila lagi nak merasa. Walaupun hanya merancang, mana tahu dapat rehatkan diri di sini. Kali ini nak bercuti yang selesa duduk dalam bilik, tidur, rehat-rehat, jalan-jalan dalam hotel, tenangkan fikiran, makan, dan cuba untuk menikmati setiap keindahan yang ada dalam hotel terkemuka ini. Wahhhh. Hahaha.


Tengoklah bilik dia. Cantikkan? Nampak sangat selesa. Adalah juga rasa tak nak keluar daripada bilik. Ala-ala berhibernasi untuk beberapa hari. Rugi kalau tidak gunakan masa yang ada untuk menikmati berehat dalam bilik mewah, eksklusif dan ada kelas gitu. Terasa indahnya dapat beristirehat sambil menikmati secawan milo panas di jendela sambil melunjurkan kaki. Hahaha. Boleh ambil gambar dan kongsikan di Instagram. Hahaha.

Kalau tidak silaplah kan, Saujana Hotel ini menyediakan lebih kurang dalam 386 bilik yang terbahagi kepada beberapa jenis. Seperti biasalah ada untuk kelas standard, Delux dan Executive Suites. Senang cerita, jangan risaulah bilik penuh. Hahaha. Yakin je Fiqqq cakap. 


Aktiviti yang boleh Fiqqq buat di Saujana Hotel yang menjadi tumpuan ialah berenang. Maka boleh Fiqqq menunjukkan bakat berenang seperti seekor badak air yang selesa dalam kolam renang. Pemandangan di kolam renangpun cantik. Haruslah Fiqqq berlama-lama di sini. Selepas berenang, boleh sapu losyen, pakai cermin mata hitam dan rehat sebentar di kerusi rehat. Jangan ingat hotel luar negara sahaja boleh buat begitu ya. Di sini pun ada kelas tau buat begitu. Hahahaha.


Setelah seharian berehat dan berenang, boleh rancang untuk makan malam sambil menikmati pemandangan yang tenang. Fuhhhhh! Fiqqq dapat bayangkan bahagianya makan malam ketika itu bersama keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi kalau ambil set bufet. Hahaha. Alamat makan sampai kenyang yang betul-betul kenyang. Fiqqq risik-risik tadi nampak banyak juga menu yang disediakan. 

Bukan takat menu hidangan sahaja yang banyak malah ada beberapa jenis restoran yang ada dalam hotel. Boleh sahaja pilih. Ada restoran yang menyediakan masakan Itali, barat, Jepun dan sebagainya. Banyakkan? Namapun hotel banyak bintang, mesti makanan ada kelas untuk pengunjung yang datang. Kan ... kan ... kan ???



Tidak lupa juga perkara paling penting dalam dunia bahawa Saujana Hotel ini menyediakan Wifi secara percuma. Maka, jangan khuatir tidak boleh bermedia sosial dalam hotel ini. Boleh memuat naik sebanyak manapun gambar dalam laman sosial dengan bahagia. Fiqqq yakin. Hotel cantik tersergam indah ini pasti ada banyak lokasi yang menarik dan cantik untuk kita bergambar sebagai kenangan. 

Kuat betul Fiqqq berangan. Ehhhh! tidak salahkan kalau Fiqqq berangan dan merancang untuk bercuti di sini? Bukan selalu. Ada rezeki, sampailah Fiqqq di sini. Dan seperti yang Fiqqq survey, boleh bagi saranan kepada mereka yang jauh mencari hotel di Kuala Lumpur. Nasib baik ada www.traveloka.com . Dapat Fiqqq rancang percutian akan datang. Tempah bilik siap-siap. Rajin-rajin buka website tersebut. Mana tahu waktu kita buka ada diskaun atau harga promosi. Dapatlah kita bercuti sambil berjimat. Bayar murah-murah sudah!!! Hahaha.

Dan ... dan ... dan ... Saujana Hotel ini dekat juga dengan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Menara Kuala Lumpur, Pavilion kepada mereka yang ingin membeli-belah dan banyak lagi. Senang cerita, senanglah serba serbi. Cuma bersabarlah apabila di atas jalan raya ya. Sekarang ini mana-mana pun sama sahaja. Janji tempat penginapan kita selesa. Kan ... kan ... kan ?!!

Sunday, 12 March 2017

Coconut Shake Klebang : Wajib Singgah!

Kalau bab makanan. Rasanya semua macam wajib singgah. Lebih-lebih lagi yang memang tahap sedap terlebih, berkualiti dan sangat memuaskan. Jadi, waktu pergi Melaka tempoh hari, memang Fiqqq pastikan lalu dan singgah di Coconut Shake, Klebang


Waktu beratur memang perlu bawa bertenang dan banyak bersabar. Lebih-lebih lagi apabila terlihat air kelapa yang mereka tonggang dalam bekas besar dan isi kelapa yang mereka keluarkan untuk dikisar bersama ais krim vanila. Telan air liur je lah waktu tu. Hahaha. 


Fiqqq saja ganggu mereka keluarkan isi kelapa. Warna isi kelapa pula putih bersih, cantik dan sangat menyelerekan. Apabila lihat mereka korek isi kelapa tersebut, terus rasa macam nak pergi ambil sudu dan makan. Almaklumlah, sudah terbiasa buat begitu. Lagi-lagi kalau dapat minum sebiji air kelapa. Tidak akan tinggalkan secebispun isi kelapa. Hahaha. 


Kadang-kadang tu perlu tunggu sebentar di hadapan kaunter. Almaklumlah, asal buat terus habis. Asal buat terus habis. Asal buat terus habis. Banyaknya ulangan!!! Nak buat macam mana? Memang laku habis. Sementara tunggu yang baru, dapatlah lihat mereka letak air kelapa, isi kelapa dan aiskrim vanila. Semua sukatan sama je. Bagus. Sebab itu mereka dapat kekalkan rasa coconut shake tersebut. Tidak kurang dan tidak terlebih. Dari dahulu sampai sekarang. Hahaha.


Waktu zaman belajar, inilah kedai dia. Kecil dan penuh dengan manusia. Yang beratur dan yang menunggu dan ada yang nak makan di situ. Tidak boleh bayangkan. Sekarang mereka sudah asingkan untuk yang ingin duduk lepak dan makan boleh pergi di bahagian dalam. Di tepi jalan ini hanya untuk yang datang semata untuk bungkus bawa balik. Ada kemajuan. Huhuhu. Maka cepat sedikit kita dapat beli. Tapi, orang tetap ramai.

Coconut Shake Biasa : RM 2.20
Coconut Shake Special : RM 2.70

Dinasihatkan. Kalau beli, tolong jangan beli hanya satu cawan. Belilah dua cawan untuk seorang. Adakalanya Fiqqq tidak cukup dua. Maka, Fiqqq akan beli tiga cawan coconut shake. Bukan tamak atau membazir tapi Fiqqq memerlukan lebih daripada satu cawan. Hahaha.